Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 10 Disember 2008

KALAU UMNO PEJUANG MELAYU KENAPA TINDAS RAKYAT KELANTAN ?? - Malaysiakini

PARIT BUNTAR, 8 Dis. : Sekiranya Umno benar-benar membela Melayu kenapa Kerajaan BN-Umno sanggup merampas royalti minyak hak rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu semasa PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999 ? Kenapa Kerajaan BN-Umno sanggup menindas rakyat Kelantan yang majoritinya Melayu sejak PAS mula memerintah Kelantan pada tahun 1990 ? Kenapa baru sekarang setelah kehilangan kuasa di beberapa negeri, Umno berlagak seolah-olah merekalah pejuang hak Melayu?.

Itulah antara soalan Dr. Mujahid Yusuf Rawa kepada Dato' Tajuddin Abdul Rahman yang mematikan hujah Ahli Parlimen Umno itu dalam Debat Perdana pada 6 Disember lepas. Debat Perdana yang diadakan di Dewan Sri Kerian ini menarik kehadiran lebih 2000 orang memenuhi dewan ini sehingga melimpah ke luar dewan.

Hampir 100 orang Umno dari Pasir Salak turut dibawa oleh Ahli Parlimen Pasir Salak untuk memberi sokongan kepada beliau.

Bagaimanapun dari pemerhatian yang dibuat, kebanyakan yang hadir adalah penyokong Pakatan Rakyat. Terlalu sedikit kehadiran penyokong Umno tempatan atau kawasan sekitar yang datang menyaksikan debat ini.

Menurut seorang penonton tempatan, sepatutnya orang-orang Umno yang digembar-gemburkan pejuang hak Melayu datang ke program debat yang membincangkan isu orang-orang Melayu ini.

" Ini tidak, tak ramai yang datang. Mungkin pemimpin Umno dan media massa mereka yang beria-ia menujukkan kehebatan Umno memperjuangkan Melayu. Tapi hakikatnya, tidak begitu. Lagipun ini bukan program PAS tetapi program Pejabat Agama, kenapa tak mai?" Soal beliau.

Debat yang bertajuk Melayu : Ke Mana Hala Tuju telah memberi peluang kepada ahli panel membentangkan hujah mereka yang berkisar kepada isu DEB, PPSMI dan perpaduan Melayu.

Sungguhpun di dalam dan luar dewan sesak, debat ini dapat dijalankan dalam keadaan terkawal walaupun panas dengan hujah-hujah ahli panel. Kebijaksanaan Moderator Ust. Ahmad Nizam dari Pejabat Agama Perak berjaya mengawal suasana debat yang panas itu.

Selain orang tempatan, orang ramai yang hadir datang dari merata tempat sejauh Ipoh, Alor Setar dan Pulau Pinang. Walaupun pihak penganjur tidak langsung menggunakan poster sebagai publisiti, kehadiran tetap ramai.

Keadaan ini berlaku kerana publisiti program ini beredar di internet dan menjadi buah mulut penduduk tempatan. Kehadiran yang ramai juga disebabkan debat ini melibatkan ahli panel PAS dan Umno serta boleh disaksikan secara "live".

Sementara itu, seorang penonton dari Bukit Gantang telah memberi respon dan penilaian terhadap ahli panel debat pada malam itu. Berikut adalah penilaian beliau :

Dr Mujahid ...... 7/10(hebat penuh dgn fakta dan ulasan, idea yang bernas)
Hafiz Mustafa Lubis.... 2/10 (hebat juga tapi tanpa pegangan).

Dato` Tajuddin Abdul Rahman.... 1/10 (hebat penuh dengan pembohongan dan
penipuan fakta tanpa bersandarkan relaiti).

Tiada ulasan: