SEPERTI yang saya postingkan mengenai rasa hairan saya terhadap kenyataan Dr Hassan Mohd Ali dalam media (rujuk Utusan) pada 6 Disember lalu ternyata ianya telah dieksploitasikan oleh media berkenaan. Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Penerangan Pas Selangor yang baru (Roslan Shahir Mohd Shahir) yang menggantikan Saari Sungip menerusi kenyataanya medianya yang dikirimkan kepada saya hari ini 8 Dismber dan beberapa pihak lain. Disiarkan sepenuhnya kenyataan dibawah.
Nampaknya orang Pas tidak faham-faham dengan sikap media massa kroni yang selamanya akan berkiblat dan bersujud sembah kepada parti pemerintah Umno/BN. Apakah orang Pas tidak tahu akhbar Utusan dan Berita Harian, TV3 dan RTM itu adalah media propagda parti pemerintah?
Selamanya mereka akan berkerja untuk parti itu. Sikap dan dan peranan mereka terhadap Umno dan BN samalah sikap Harakah, Suara Keadilan dan Roket kepada Pas, PKR dan DAP. Sebab mereka adalah lidah rasmi kepada parti-parti politik itu.
Justeru bagaimana Harakah, Suara Keadilan dan DAP bersujud sembah kepada parti-parti itu, tidak pernah memberi laporan positif kepada Umno dan BN begitulah juga media cetak dan eletronik kroni itu akan bersujud sembah kepada Umno dan BN dan akan menyiarkan berita negatif kepada Pas, PKR dan DAP.
Yang saya tidak boleh faham ialah kenapa Pas masih memberi kepercayaan kepada agensi itu termasuk memberi kenyataan akhbar kepada merekea? Mengapa masih menggunakan media itu sebagai alat untuk menyebarkan maklumat? Satu masa mereka seperti bergaduh dengan media masa itu tetapi di masa lain menggunakan khidmatnya pula.
Sekrianya agensi propaganda itu memutarbelitkan kenyataan yang diberikan atau berita mengenai pembangkang tidak boleh disahlahkan. sewajarnya mereka berbuat begitu. Yang bodoh ialah diri kita sendiri yang memberi ruang dan membuka peluang kepada mereka.
Berhubung kenyataan Hassan Ali itu kalau ia disifatkan sebagai diputarbelit, salahnya bukan media kroni itu tetapi Hassan sendiri. Ketua Penerangan Pas Selangor yang baru Roslan Shahir tidak sepatutnya mengundang media kroni untuk membuat liputan terhadap kenyataan Hassan Ali dalam keadaan bagaimana sekalipun.
Bukankah Pas ada TVnya sendiri dan akhbar onlinenya sendiri selain daripada Harakah? Kenapa Hassan Ali tidak memberi kenyataan kepada media partinya? Kalaupun media itu keluarannya terbatas, tetapi tidak bolehkah kalau ia dibuat menjelang deteline media berkeanan. Dalam hal ini ia memerlukan kecerdikan dan kebijasanaan.
Adalah baik kalau di masa akan datang kenyataan penting oleh mana-mana pemimpin Pas dikeluarkan kepada media Pas atau pro pembangkang saja. Kalau media perdana hendak guna mereka boleh petik daripada media Pas itu. Secara tidak langsung cara itu juga menjadikan media Pas – lidah rasmi parti menjadi lebih berwibawa dan dihormati.
Saya yakin kalau kenyataan diberikan kepada media massa terpilih dan dapat dipercayai Pas tidak akan membuang masa untuk membuat penafian dan penjelasan mengenai berita dan kenyataan mereka diputer belitkan.
Berikut disiarkan kenyataan media Pas Selangor yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan