Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 28 Ogos 2008

DARI MEJA JASINDAILY

Kepada pengunjung sekalian, Insya-Allah selepas ini blog ini akan menukar format penulisan kepada link. Jadi untuk melihat berita terkini dan panas anda semua boleh klik pada link yang disediakan untuk melihat berita selanjutnya..

terima kasih diatas sokongan kepada kami selama ini dan maaf kerana blog ini stop hampir seminggu akibat komputer kami ada masalah..salam perjuangan dan tahniah kepada Pakatan Rakyat serta DSAI diatas kemenangan dalam PRK Permatang Pauh

DETIK MULA PERUBAHAN KE ARAH KERAJAAN BARU 16 SEPTEMBER ~ Malaysiakini

Hari ini Dato' Seri Anwar Ibrahim akan hadir kali kedua ke Bangunan Parlimen, selepas 10 tahun untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, sekaligus menjadi Ketua Pembangkang yang baru..read more

Cerita Seterusnya :-

Sabtu, 23 Ogos 2008

APA YANG PEMUDA UMNO TEDONG TAHU PASAL DATUK ONN?

Bersungguh-sungguh Pemuda UMNO Kampung Tedong menyiarkan Sumpah Melayu sambil dihiasi Datuk Onn sebagai Latar Belakang.



Sumpah tersebut dilafazkan ketika dia masih lagi UMNO. Ketika itu dia masih lagi mempercayai bahawa dengan UMNO boleh berjuang.

Namun Datuk Onn Keluar UMNO, kerana dia mahu membuka UMNO kepada bukan melayu.

Kerana apa?

Orang UMNO peringkat kampung hanya tahu langkah itu sebagai "pengkianatan kepada bangsa", memang sampai 2008 ini pun pemikiranmereka setakat itu.

Walhal Datuk Onn tidak setuju benar dengan Tunku yang mahu memberikan kerakyatan murahan kepada pendatang asing. Datuk Onn ingin membuka UMNO kepada bukan melayu kerana mahu mengawal kerakyatan. Orang UMNO zaman milenium baru ini yang duduk di Kampung Tedong mana faham.

Hasilnya, Datuk Onn keluar UMNO, tubuhkan IMP, kemudian orang IMP sendiri diludah oleh orang UMNO, Itu sebelum merdeka.

Tetapi ludahan orang UMNO terhadap orang IMP itu tiada ertinya.
IMP mahu merdekakan Malaya tanpa memberi kerakyatan kepada pendatang Asing, UMNO pula memberikanl kerakyatan murahan sebanyak 1 juta dengan harapan mereka dapat mengundi perikatan.

IMP dan PAS pada awalnya memang tak bersetuju dengan langkah Tunku dan UMNO memberikan kerakyatan murahan.

Oh! Kenapa perlu berikan kerakyatan terus? Mengapa tidak berikan penduduk tetap sahaja dulu, dan sedikit demi sedikit diberikan kerakyatan apabila mereka terbukti setia kepada Negara.
Kerakyatan boleh diberikan kemudian, letak sahaja syarat selepas 3 atau 4 generasi.

Hakikatnya, Perikatan mahukan undi daripada "kaum pendatang" yang telah diberikan kerakyatan itu.

Kemudian UMNO cuba menutup kesalahan mereka dengan mengadakan kontrak sosial, kontrak sosial itu hanya diantara pemimpin perikatan.

Mengapa UMNO begitu beria tidak mahu orang membincangkan kontrak sosial?
Mereka tidak mahu orang melayu tahu yang mereka yang memberikan kerakyatan murahan. Itu kesalahan utama mereka. Mereka tidak mahu orang kampung tahu, pemimpin PAS Dr Burhanudin Helmi menentang pemberian kerakyatan murahan diberikan oleh UMNO.

Takut orang Melayu beralih kepada PAS?

Kini, Kerakyatan telah diberi, maka layanlah mereka sebagai rakyat Malaysia. Kalau tak mahu layan sebagai rakyat Malaysia, kenapa dulu berikan kerakyatan murahan?
Kalau tak mahu beri layanan sebagai rakyat Malaysia, kenapa tidak berikan sahaja taraf penduduk tetap?

Khamis, 21 Ogos 2008

ANWAR NAK HANTAR ABDULLAH SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG ~ Ref Malaysiakini

Oleh Suhana A. Samat

BAHANG pilihan raya kecil semakin hangat di Permatang Pauh apabila penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam mendedahkan bahawa Anggota Parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak sedang bersiap sedia menyertainya sebaik beliau dilantik menjadi ketua pembangkang.

Beliau juga mengulangi amarannya untuk mengguling kerajaan dan mengambil alih sebagai Perdana Menteri.

Berucap di majlis pelancaran slogan kempennya iaitu 'Merdeka Rakyat' di sini semalam, Datuk Seri Anwar berkata:

'Kawan-kawan saya di Sabah dan Sarawak kata 'Anwar bila anda masuk Parlimen (pada 27 Ogos ini), anda boleh jangkakan kita lompat parti ikut Pakatan Rakyat.

'Insya-Allah, sasaran kita selepas itu ialah untuk mengambil alih Putrajaya dan kita hantar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai ketua pembangkang.'

Sebelum ini, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu beberapa kali berkata beliau yakin dapat menggulingkan kerajaan menjelang 16 September ini.

Kelmarin, Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, mendakwa 13 AP BN dari Sabah telah memaklumkannya akan melompat parti.

Pembangkang yang menang 82 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum Mac lalu, memerlukan sekurang-kurangnya 30 AP BN menyertai mereka untuk membentuk kerajaan pusat.

Namun, sumber-sumber terdekat Pakatan Rakyat mendedahkan Datuk Seri Anwar kini telah berjaya menarik lebih daripada jumlah itu.

Sementara itu, polis semalam berkata pihaknya menerima maklumat terdapat usaha pihak tertentu menakut-nakutkan pengundi di Permatang Pauh bagi menghalang mereka keluar mengundi Selasa depan.

Pegawai perhubungan media, Superintenden Shaharon Anuar Abdul Latif, berkata maklumat itu diperoleh hasil daripada risikan dan pemerhatian pihaknya.

Dalam pada itu, calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah, terus mendapat sokongan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengadakan kunjungan ke beberapa lokasi di kawasan undi kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi hari ketiga berturut-turut, malam tadi.

Ketika berucap pada pertemuan dengan masyarakat India dan Cina di Bukit Mertajam kelmarin, Datuk Seri Najib telah menggesa masyarakat itu agar tidak menggadaikan masa depan anak-anak dengan menyokong parti pembangkang.

'Jangan mudah percaya dengan janji-janji yang dibuat oleh parti pembangkang dan jangan termakan kata-kata mereka yang jika diikut akan menyebabkan kita bergaduh antara kaum,' katanya.

SATU CUBAAN UNTUK MELEMAH PAKATAN DI PERAK ~ Ref Malaysiakini

Mengulas mengenainya, Pengerusi DAP Perak yang juga ahli exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan penahanan dua pemimpin Pakatan itu sebagai satu tindakan Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri.

"Ini hanyalah satu percubaan untuk melemahkam Pakatan di Perak, dan satu percubaan untuk menyumbat mereka ke penjara," kata Ngeh, ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ngeh berkata, perkhidmatan kedua-dua ahli exco itu tidak akan digantung sepanjang penyiasatan dijalankan oleh BPR, sambil menegaskan bahawa mereka telah dianiaya.

"Kami mengesyaki yang mereka telah dianiaya. Jadi, bagaimana perkhidmatan mereka hendak digantung?" tegasnya.

Beliau juga menyentuh tentang ‘tindakan pantas” BPR bertindak dalam kes-kes yang membabitkan wakil rakyat Pakatan.

"Apa yang paling mengecewa dalam hal ini, ialah mengapa BPR bertindak pantas sekali dalam mengambil tindakan terhadap kita, sedangkan kita juga telah membuat banyak laporan terhadap BN tentang perbuatan rasuah mereka?" soalnya.

Ngeh, yang juga ahli Parlimen Beruas, mempertahankan pemimpin Pakatan, sambil berkata mereka telah diingatkan supaya jangan terbabit dalam rasuah sebelulm kerajaan negeri ditubuhkan dahulu.

"Kita mahu mengisytiharkan bahawa kita telah memberi penekanan terhadap ketelusan dan penubuhan sebuah kerajaan yang bebas rasuah, sebelum kita menubuhkan kerajaan negeri," tambahnya.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz pula berkata: "Apa yang baru? Mereka telah bercakap mengenainya sepanjang masa. Kita hanya perlu tunggu BPR menyiapkan siasatan mereka tanpa sebarang campurtangan."

http://malaysiakini.com

SUSULAN SELEPAS HIMPUNAN BERSIH : GELOMBANG YANG SEMAKIN SEPI...

Perhimpunan aman BERSIH yang diadakan pada tahun lepas sudah hampir setahun berlalu. Objektif utama himpunan tersebut diadakan ialah untuk menuntut:-

1. Penggunaan dakwat kekal
2. Pembersihan daftar pemilih
3. Pemansuhan undi Pos
4. Akses kepada media


Cuma yang menjadi persoalan apa tindakan BERSIH selepas ini, adakah selepas
Pakatan Rakyat memenangi 5 negeri dalam PRU 12 sudah memberikan kepuasan hati dan adakah ini masih membuktikan yang SPR dibawah kendalian ra'SHIT' itu telus dalam melaksanakan tanggungjawab ??Harap pihak pengurusan BERSIH dapat memperjuangkan terus isu ni walaupun dalam PRU 12kita semua telah dipermainkan oleh ra'SHIT' berkenaan dengan isu penggunaan dakwat kekal.

Harap jangan dipersiakan perjuangan dan pengorbaban para penyokong yang mahukan pilihanraya di Malaysia ini dijalankan dengan adil dan saksama tanpa dikongkong oleh mana-mana pihak. Perlu diingat, perjuangan kita semua masih jauh lagi...

silembiks : kenapa sebelum PR Permatang Pauh ni takde siapa nak bangkitkan isu penggunaan dakwat kekal..yang saya dengarpun cuma dari kenyataan dari
Bro Shamsul Iskandar dari AMK Malaysia..yang lain xde langsung... Rakyat sentiasa memerhatikan setiap langkah kepimpinan Pakatan Rakyat.. Maaflah jika saya terlepas pandang

www.silembiks.blogspot.com

LAGI KES MURTAD ~ Ref Malaysiakini

Oleh: Muhamad Na'im Ab Razak
Aktivis Pelajar USM

Sedih dan pedih. Itulah ungkapan yang dapat digambarkan setelah membaca Akhbar Utusan Malaysia kelmarin, Selasa, 19 Ogos 2008 Ruangan Dalam Negeri bertajuk Jeffrey Or Dibenar Keluar Islam’.

Mungkin ramai yang terlepas pandang isu ini. Maklumlah masing-masing sibuk dengan Kampen Pilihan raya Permatang Pauh. Baik rakyat jelata hinggalah ke Pak Menteri Dato’ Seri Najib. Bagi mahasiswa USMKK pula, mungkin masing-masing sibuk dengan Expo Kampus, MSFT dan juga karenah MPDMN yang mencabar mahasiswa agar hadir ke majlis mereka pada 26 Ogos ini.

Walaubagaimanapun, diharapkan agar semua pembaca dapat bertenang seketika dari semua kekalutan dan menghayati kisah Saudara Jeffrey Or ini kerana satu lagi mutiara yang berjaya kita kutip telah terlepas kembali ke lautan luas. Mutiara yang bergemerlapan di dasar lautan itu juga telah hilang serinya. Apa reaksi kita terhadap isu ini? Adakah kita hanya sekadar melepas tangan atau masih adakah di antara kita yang bersedih tentang isu ini?

Saudara Jeffrey Or Abdullah @ Or Boon Hua, 36 tahun memeluk islam pada 20 Januari 1994. Dia berkahwin dengan seorang muslimat pada 16 November 1996 tetapi bercerai pada 27 November 2001. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Selepas penceraian itu, dia menyatakan permohonan untuk keluar daripada agama Islam di Jabatan Agama Islam Pahang.

Selama 14 tahun memeluk islam, dia tidak pernah mengamalkan suruhan Islam bahkan masih lagi melakukan ibadat di tokong, memasang colok di rumah dan makan makanan haram. Dia juga memberitahu saksi bahawa dia tidak pernah percaya dengan agama Islam dan kekal dengan amalan sebelum menjadi islam. Di sini, satu persoalan timbul. Adakah tiada seorang pun pihak dari Jabatan Agama yang ambil peduli tentang kisah ini bermula daripada saat saudara kita ini mengucap dua kalimah syahadah. Apa peranan yang dijalankan isteri, mertua dan jiran Saudara Jeffrey? Apa pula peranan yang dimainkan JAIP bermua dari penyerahan permohonan keluar Islam pada Tahun 2001 sehingga ke tarikh dia keluar dari Islam pada 18 Ogos 2008.

Episod kisah luka ini tercatat dalam lipatan sejarah apabila Hakim Syarie, Datuk A. Rahman Yunus membacakan keputusan mahkamah membenarkan Saudara Jeffrey murtad .di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Sesungguhnya kita benar-benar terasa kehilangan atas tercabutnya keislaman saudara kita ini. Berdasarkan penelitian aku terhadap kes-kes murtad sebelum ini, jelas menunjukkan adanya lompang-lompang ketidak efisienan dalam sistem Jabatan Agama Islam di Negara kita. Aku tertanya-tanya, apakah peranan yang dimainkan oleh mereka. Kalau dulu heboh masalah susah nak memeluk islam di Jabatan-jabatan ini, kini timbul pula isu murtad yang semakin berleluasa.

Aku serahkan kepada semua untuk menilai isu ini.

Sumber:
http://jacknaim.blogspot.com/

Isnin, 18 Ogos 2008

SUSULAN AHLI PAKATAN RAKYAT MELAKA MASUK BN : KENAPA BERITAHU 500 ORANG JER ??

Utusan Malaysia pada 15 Ogos 2008 melaporkan seramai 500 orang ahli PAS, PKR dan DAP di Melaka telah menyertai UMNO dan BN. Hebat sungguh Ali Rustam, saat orang lain sibuk di Permatang Pauh, dia pula sibuk dengan kempen nak jadi Naib Presiden. Bukan saya hendak menidakkan kemasukan 500 orang dalam BN tapi banyak perkara yang memusykilkan hati saya. Kenapa saya berhujah sebegini ?? ini jawapannya :-

1. Sebelum PRU 12, kecoh dengan kemasukan abang Dato' Mustapa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu) ke dalam UMNO, bila dikaji semula rupa-rupanya ia lakonan semata-mata, yang kelakarnya Abang Dato' Mustapa Ali yang dikenali sebagai Cikgu Zakaria memang pengikut setia
UMNO lagi dulu, lagi hebat dia yang tak pernah keluar UMNO masuk UMNO untuk kali yang kedua. Mahu maklumat lebih detail, klik disini.

2. Ini kes yang berlaku kat kampung saya bahkan ia melibatkan ahli keluarga saya. Adik dan abang saya tak pernah mendaftar menjadi ahli
UMNO mahupun Puteri UMNO tiba-tiba dapat kad keahlian. Bila dikaji rupa-rupanya ia terjadi bila abang dan adik saya mengisi borang untuk daftar pemilih pilihanraya dibawah kendalian seseorang yang juga orang UMNO. Rupa-rupanya bila dah isi borang daftar pemilih secara automatik mereka jadi ahli UMNO.

3. Seterusnya berita dari salah seorang kawan saya, sapa yang hendak menyewa atau membeli kedai dibawah kendalian kerajaan negeri, syarat utamanya ialah kena isi borang keahlian
UMNO. Ini merupakan salah satu syarat yang dikenakan.

4. Hah, ini lagi best, rakan dari
PKR Melaka telah membongkarkan isu tersebut berkaitan dengan kesahihan ahli yang masuk BN, menurut mereka nama-nama yang terdapat akhbar tidak pula berada di dalam senarai ketiga-tiga parti komponen dan menurut Timb. AMK Melaka beliau telah meminta kerajaan negeri mendedahkan butiran ahli yang dikatakan keluar parti dibawah naungan Pakatan Rakyat. Untuk isu ini, sila rujuk di dalam akhbar Sinar Harian (Melaka & N9) bertarikh 16 Ogos 2008 di m/s 2.

Rasanya cukup 4 perkara saya maklumkan, sebenarnya banyak perkara yang saya sukar terima dari mereka terutama dari Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka,
Ali Rustam. Entah apa yang beliau takutkan..hairan-hairan..

Kenyataan beliau sentiasa berbelit-belit dan dia seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri. Ayuh
Ali Rustam, jika kau mengaku diri kau anak jantan, mari kita berpencak secara anak jantan, bukan seloka irama sebegini yang kami mahukan...

lagi satu, takde pula hujah dari
Ketua Penerangan PAS Melaka berkenaan dengan isu ini. Apa-apahal saya nantikan isu ini dari dia.

sumber : www.silembiks.blogspot.com

TAK DAPAT DNA, KAMI DAPAT SUMPAH MU PUN JADILAH, ~ Ref Malaysiakini

Syukur Alhamdulillah, selepas Saiful melaksanakan 'Sumpah Permatang Pauh'nya di Masjid Wilayah, sokongan terhadap DS Anwar semakin bertambah. Mengapa saya menganggap sumpah Saiful tersebut sebagai 'Sumpah Permatang Pauh'? Sebab utamanya saya tidak berani bersubahat dengan mereka-mereka yang jahil, terutamanya Saiful yang berani mempermainkan hukum Allah. Adalah lebih sopan jika saya menganggap sumpah Saiful sebagai 'Sumpah Permatang Pauh' sempena dengan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Saya harap Saiful bersetuju dengan gelaran itu.

Sejak dari mula isu liwat ini timbul, media-media perdana saban hari menceritakan tuduhan Saiful bahawa DS Anwar melakukan liwat secara paksa berulangkali dengan Saiful dan kali terakhir adalah pada 26 Jun 08. Maka, laporan Polis dibuat oleh Saiful tetapi laporan Polis tersebut tidak diperolehi oleh DS Anwar walaupun berkali-kali diminta. Saiful membuat pemeriksaan perubatan di Hospital PUSRAWI, dan bocor pula maklumat dari hospital tersebut yang mengesahkan tiada kesan liwat ke atas Saiful.

Tidak selesai di situ, beberapa pemimpin UMNO dan menteri-menteri heboh meminta DS Anwar menyerahkan sampel DNAnya. Atas kebijaksanaan DS Anwar yang mendapatkan pandangan pakar undang-undang dan pakar perubatan, kehendak mereka untuk mendapatkan DNA DS Anwar gagal. Setelah Menteri Dalam Negeri mengarahkan agar kes ini diselesaikan secepat mungkin, maka DS Anwar dibawa ke Mahkamah. Pertuduhan di Mahkamah memeranjatkan ramai pihak kerana pertuduhan yang dibacakan bertentangan dengan laporan-laporan media sebelum ini. Maka, timbul kes liwat 'suka sama suka'.

Kununnya untuk mempertahankan maruah dan menegakkan kebenaran, Saiful beralih pentas ke arena 'sumpah menyumpah'. Maka, bagaikan lagak pengantin baru yang akan di akad nikahkan, Saiful bertandang ke masjid bersama beberapa ahli keluarganya dan wartawan untuk melaksanakan 'Sumpah Permatang Pauh'. Saya jangkakan tentu ramai alim ulamak atau para mufti yang akan menyaksikan kejahilan ini, tetapi yang ada cuma dikatakan beberapa kakitangan JAWI dan Imam. Mungkin Saiful beranggapan semua Imam adalah Ulamak. Upacara 'Sumpah Permatang Pauh' tetap dilakukan dengan skrip ditangan, dengan tutur kata kelam kabut, tarikh kejadian berlaku liwat (26 Jun)tersasul disebut tarikh Pilihanraya Permatang Pauh (26 Ogos), maka selesailah hajat Saiful untuk 'bersumpah'.

Sejurus selesai, Saiful membuat kenyataan kepada wartawan dengan menyatakan beliau diliwat secara paksa oleh DS Anwar. Kejadian liwat hanya sekali sahaja berlaku. Maka, kita dikelirukan sekali lagi. Akhir sekali, di dalam berita TV sebentar tadi dimaklumkan bahawa pertuduhan ke atas DS Anwar sebenarnya boleh dipinda sebelum kes tersebut dibicarakan pada 10 Sep 08 nanti. Saya tidak mahu mengulas isu mahkamah, tetapi ianya mengingatkan saya terhadap kes DS Anwar berkaitan isu yang sama 10 tahun dahulu yang mana pindaan terhadap pertuduhan dibuat sebanyak 3 kali. Saya tidak pasti apakah ianya akan berulang lagi. Sekiranya masih berulang juga, rakyat tentu akan mempertikaikan pihak yang menjalankan siasatan kerana tidak cekap dan sempurna atau mungkin ada sesuatu yang kita mungkin tidak ketahui atau kita ketahui.

Sekali lagi kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana isu ini mendatangkan hikmah kepada kita semua. Isu ini mengajar kita betapa hukum Islam itu lebih adil daripada hukum-hukum yang lain. Sehari dua ini banyak pemimpin-pemimpin UMNO sudah mula berminat berbicara tentang kaedah Islam seperti sumpah secara Islam, tapi malangnya mereka hanya ambil sebahagian tetapi meninggalkan sebahagian. Mereka ingin berbicara soal Islam, tetapi mereka lah yang menentang hukum Islam dilaksanakan secara syumul di negara ini. Orang yang dahulunya pernah menghina hukum hudud, menghina janggut Nabi dan serban, orang ini mula percaya kepada sumpah secara Islam. Kenapa? Tidak lain hanya keranamu DS Anwar..

W.FAUZDIN NS

Ahad, 17 Ogos 2008

HINANYA EZAM, DI KACA MATA TGHH, TGNA & TGHD ~ Ref Malaysiakini

Permintaan Sdr Ezam, supaya semua alim ulamak dalam PAS, maksudnya ditujukan kepada TGNA, TGHH, TGHD dan lain-lain, bagi menyatakan pendirian terhadap sumpah laknat saiful, telah disambut dan dibuat penjelasan.

Cabaran Ezam
Pas perlu tampil pertahan cara saiful angkat sumpah

BUKIT MERTAJAM 16 Ogos-Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor mendesak Pas tampil mempertahankan cara Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah kerana ia dilakukan mengikut proses Islam.
Sdr Ezam Mohamad Nor

Penjelasan Tok Guru
1.Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian
Mohd Rashidi Hassan - Sun Aug 17, 08 11:11:37 am MYT
IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.
Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.

Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

2.Sumpah Saiful tindakan bodoh
Intan Abdullah & Mohd Nor Yahya - Sat Aug 16, 08 12:39:28 pm MYT

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.

Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama.

"Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam," katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini.


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

3.Dr Haron Din persoal mengapa penuduh pula yang bersumpah?
Intan Abdullah Foto Wan Zahari Wan Salleh - Sat Aug 16, 08 3:57:25 pm MYT

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan.

"Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya.

Bahkan tambahnya, pihak yang kena tuduh (Anwar) pula sedang menunggu perbicaraan. Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu juga bertambah hairan apabila Saiful bersungguh-sungguh meminta Allah melaknat dirinya beserta keluarganya dalam sumpah tersebut.

"Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?"

"Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan," ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful.

Ulit Mayang Ulit_mayang@yahoo.com

MAT SABU KATA UNDI PAS MEROSOT DI EMPAT NEGERI ~ Ref Malaysiakini

Oleh Bernama

IPOH: Naib Presiden PAS Mohamad Sabu berkata undi yang diterima PAS di Terengganu, Perlis, Melaka dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas, didapati menurun.

Beliau berkata, hasil kajian yang dijalankan Jawatankuasa post-mortem pilihan raya itu juga mendapati undi di kalangan orang Melayu tidak banyak meningkat.

"Sebaliknya kejayaan kita banyak disumbangkan oleh peningkatan undi di kalangan kaum India diikuti kaum Cina dan selebihnya Melayu," katanya ketika menjawab soalan perwakilan pada sesi petang Muktamar Tahunan PAS ke-45 di sini, hari ini.

Beliau berkata penurunan sokongan terhadap parti itu dikesan di luar Kuala Terengganu, Seremban dan Melaka dan yang paling ketara di Perlis yang berkurangan sebanyak negatif enam peratus.

Mohamad berkata hasil 'post-mortem' pilihan raya yang dijalankan parti itu juga mendapati PAS turut menghadapi masalah dari segi sokongan di beberapa tempat berhubung isu kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PEREBUTAN 3 PENJURU DI PERMATANG PAUH ~ Ref Malaysiakini

Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh akan menyaksi pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, PKR dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Pengumuman tersebut dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Roslan Yahya pada jam 11.45 pagi tadi.

Calon-calon tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) dan Hanafi Hamad dari AKIM.

Seorang lagi calon yang turut mengemukakan borang pencalonan pagi tadi, Dr Mansor Othman telah menarik diri.

Menurut Roslan, Suruhanjaya Pilihanraya menerima lims bantahan tetapi semuanya ditolak.

Dr Mansor yang juga timbalan pengerusi biro pilihanraya PKR, mengejutkan banyak pihak pagi tadi apabila mengemukakan borang untuk bertanding sebagai calon bebas.

Ekoran itu, tercetus desas-desus yang mengatakan Dr Mansor adalah calon 'simpanan' PKR sekiranya pencalonan Anwar, ditolak.

Ketika ditemui pihak media kemudiannya, pengarah pilihanraya PKR Permatang Pauh, Mustapha Kamal Yusof mengesahkan bahawa Dr Mansor adalah calon 'simpanan'.

Calon BN, Arif Shah adalah yang pertama menyerahkan borang penamaan calon pada jam 9.12 pagi dan diikuti oleh Anwar pada jam 9.18 pagi.

Dr Mansor pula menyerahkan borang penamaan calonnya pada jam 9.40 pagi, diikuti oleh Hanafi (foto) pada jam 9.55 pagi.

Tarik diri

Roslan bagaimanapun tidak menyentuh langsung mengenai penarikan diri Dr Mansor.

Semasa ditanya pemberita kemudiannya, Roslan berkata Dr Mansor menarik diri tanpa sebab sebelum pengumuman dibuat.

Ekoran itu, Dr Mansor kehilangan depositnya kerana keputusan itu dibuat selepas jam 10 pagi, selepas waktu penyerahan borang pencalonan tamat.

"Malah mana-mana calon (yang bertanding pada pilihan raya kecil itu) masih boleh menarik diri dalam tempoh tiga hari," kata Roslan.

Sementara itu, Dr Mansor yang enggan mengulas lanjut berkata beliau menarik diri setelah pencalonan Anwar diterima dan mengakui beliau masih anggota PKR dan menyokong Anwar.

Penjelasan Saifuddin

Manakala Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan Dr Mansor mengemukakan borang pencalonan adalah satu strategi politik.

Bernama melaporkan beliau sebagai berkata, parti itu khuatir kertas pencalonan Anwar ditolak atas masalah teknikal memandangkan beliau pernah tidak menyerahkan penyata kewangannya pada pilihanraya umum pada tahun 1995.

"Strategi itu adalah betul kerana kita tidak mahu memberi laluan mudah kepada BN dan apabila SPR menolak bantahan oleh BN dan menerima borang pencalonan Anwar, Dr Mansor menarik semula pencalonannya", katanya.

Mansor, yang juga bekas setiausaha politik Anwar, mendaftar sebagai calon bebas bagaimanapun menarik diri sebaik pencalonan Anwar diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sementara itu, Hanafi yakin partinya boleh diterima oleh pengundi di Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil kali ini.

Beliau berkata, partinya akan membangkitkan isu-isu nasional seperti masalah keselamatan, inflasi, ketidakstabilan politik, perpaduan nasional dan isu ekonomi.

Calon AKIM

Sementara itu, Hanafi yakin dapat menarik banyak undi dalam pilihanraya kecil ini.

AKIM adalah parti serpihan PAS yang ditubuhkan pada tahun 1995.

Sejak penubuhannya, parti itu telah meletakkan beberapa calonnya bertanding di Kelantan sewaktu pilihanraya umum tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.

Hanafi sendiri pernah bertanding sebagai calon bebas dan tewas di kerusi negeri Tanah Merah pada 1990.

Katanya, beliau bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh sebagai calon alternatif kepada pengundi yang menolak BN dan PKR.

'Perang mulut'

Sementara itu sepanjang menunggu proses pengumuman calon, keadaan di luar dewan riuh rendah dengan penyokong kedua pihak 'berperang mulut'.

Penyokong BN melaung 'liwat tetap liwat' sambil menepuk benteng penghalang. Penyokong Pakatan pula membalas dengan laungan 'Altantuya' dan turut menepuk benteng penghalang.

Juga kedengaran laungan 'Samy Vellu undur undur'. Ini dibalas oleh penyokong BN dengan melaungkan 'Kasihan Saiful' beberapa kali. Kemudian kedengaran laungan Selawat dari penyokong Pakatan dan disambut oleh jeritan 'Hidup BN' oleh penyokong BN.

Kedengaran juga penyokong PKR yang meluangkan 'Saiful penipu' dan 'Tangkap boleh boleh'. Turut kedengaran laungan 'Najib' dan disambut dengan jeritan 'Altantuya'.

Keadaan tegang sedikit pada kira-kira jam 10.55 apabila seorang penyokong BN bertindak menunjuk punggung ke arah penyokong Pakatan. Dia bagaimanapun dinasihatkan oleh pihak polis supaya jangan berbuat demikian.

Kira-kira 40 anggota FRU kelihatan masuk ke ruang kosong yang memisahkan antara penyokong BN dan Pakatan, tetapi beredar keluar dari situ sejurus kemudian.

Penyokong kedua belah turut membawa kain rentang yang berbunyi 'Bersatu kita bersatu, menjulang pemimpin Melayu, Umno terus maju, menipu umat Melayu'. Di sebelah BN pula terdapat kain rentang 'Pastikan kemenangan Barisan Nasional di Permatang Pauh', 'Hidup Umno!!! hidup BN!!!.

Sebelum itu, Penyokong BN sampai di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun pada kira-kira jam 8.50 pagi, penyokong kedua belah pihak bersorak antara satu sama lain. Di sebelah BN, kedengaran laungan 'liwat tetap liwat'. Manakala di pihak Pakatan, penyokongnya melaung reformasi.

Penyokong kedua belah pihak dipisahkan oleh benteng pada jarak 30 meter.

STRATEGI BN SEKAT ANWAR KE PUTRAJAYA ~ Ref Malaysiakini

Bagusla kalau Pak Lah dan KERAjaan BN nak turunkan harga minyak pada 1 September yang diwar-warkan sebelum ini. Berapa banyak tidak pula dapat saya pastikan cuma yang saya fikirkan mungkin Pak Lah akan mengumumkan penurunan harga minyak 'mungkin' bukan pada 1 September sebaliknya sebelum 26 Ogos 2008. Semua maklum bahawa DSAI akan bertanding dalam PRK Permatang Pauh pada tarikh tersebut. Mungkin ini yang digusarkan oleh Pak Lah selama ini coz takut kedudukannya akan tergugat. Saya ingatkan dia ni manusia yang tak perihatin, yela...dok berangan jer kejenya.

Kenapa saya ramalkan macam tu ??

-Orang Melayu fikirannya mudah diracuni, hulur kain pelikat jer undi pun boleh berubah apatah lagi bila harga minyak diturunkan
-Untuk memastikan sokongan orang Melayu kepada
kemenangan BN di Permatang Pauh
-Menaikkan semula imej Pak Lah yang sememangnya dah tercalar terutama pada orang Melayu Pulau Pinang

Ini 3 perkara yang saya dapat 'list'kan, sebenarnya banyak lagi, mungkin rakan-rakan lain boleh menambahnya. Cuma saya dapat peringatkan disini, ini semua gula-gula yang dimainkan oleh pemimpin BN yang sememangnya sudah tiada lagi dihati masyarakat Malaysia kerana kezalimannya mereka terhadap rakyat. Ayuh rakan-rakan sama-sama mengembeling tenaga untuk membantu rakan-rakan
Pakatan Rakyat di Permatang Pauh untuk terus menjatuhkan Barisan Nasional. Jangan mudah digula-gulakan oleh pimpinan BN, biarkan mereka terus tersungkur dari bumi Malaysia..

kunjungi
http://www.silembiks.blogspot.com/

Sabtu, 16 Ogos 2008

KRONOLOGI PILIHANRAYA KECIL SEJAK AWAL PAGI ~ Ref Malaysiakini

BERIKUT merupakan kronologi hari penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh sejak awal pagi 16 Ogos. Laporan langsung Malaysiakini.

10.00 pagi: Proses penamaan calon ditutup, diikuti dengan tempoh sejam waktu bantahan.

9.56 pagi: Di luar pula keadaan riuh rendah dengan penyokong kedua pihak 'perang mulut'. Penyokong BN melaung 'liwat tetap liwat' sambil menepuk benteng penghalang. Penyokong Pakatan pula membalas dengan laungan 'Altantuya' dan turut menepuk benteng penghalang. Juga kedengaran laungan 'Samy Vellu undur undur'. Ini dibalas oleh penyokong BN dengan melaungkan 'Kasihan Saiful' beberapa kali. Kemudian kedengaran laungan Selawat dari penyokong Pakatan dan disambut oleh jeritan penyokong BN 'Hidup BN'.

9.55 pagi. Hanafi Mamat selesai menyerahkan borang penamaan calonnya.

9.45 pagi: Hanafi Hamat sedang dalam proses menyerahkan borang penamaan calon.

9.40 pagi: Dr Mansor Othman selesai menyerahkan borang penamaan calon.

9.30 pagi: Seorang lagi calon, Hanafi Hamat masuk ke dewan untuk menyerahkan borang penamaan calon. Beliau adalah dari Angkatan Keadilan Islam Malaysia.

9.20 pagi: Calon bebas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman sedang menyerahkan borang penamaan calon.

9.19 pagi: Seorang calon, Hanafi Hamat kelihatan di luar dewan dan dijangka menyerahkan borang percalonan. Beliau adalah dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia.

9.18 pagi: Anwar selesai menyerahkan borang penamaan calon. Manakala di luar penyokong PKR kedengaran meluangkan 'Saiful penipu'. 'Tangkap boleh boleh'. Turut kedengaran laungan 'Najib' dan disambut dengan jeritan 'Altantuya'.

Penyokong PKR juga membawa kain rentang yang berbunyi 'Bersatu kita bersatu, menjulang pemimpin Melayu, Umno terus maju, menipu umat Melayu'. Di sebelah BN pula terdapat kain rentang 'Pastikan kemenangan Barisan Nasional di Permatang Pauh', 'Hidup Umno!!! hidup BN!!!

9.15 pagi: Anwar dalam proses menyerahkan borang penamaan calon.

9.12 pagi: Arif Shah selesai menyerah borang penamaan calon.

9.08 pagi: Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan masuk ke dewan untuk menyerahkan borang penamaan calon.

9.03 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah sedang menyerahkan borang penamaan calon. Tempoh penamaan calon ialah dari jam 9 pagi hingga 10 pagi, diikuti oleh satu jam tempoh bantahan. Jika semuanya berjalan lancar, pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan nama calon-calon yang layak bertanding selepas jam 12 tengahari.

8.50 pagi: Penyokong sampai di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun. sedang bersorak antara satu sama lain. Di sebelah BN, kedengaran laungan 'liwat tetap liwat'. Manakala di pihak Pakatan, penyokongnya melaung reformasi.

Penyokong kedua belah pihak dipisahkan oleh benteng pada jarak 30 meter. Anggaran penyokong BN bertambah manakala penyokong Pakatan kelihatan lebih ramai, sehingga melimpah hingga ke tepi jalan.

8.30 pagi: Penyokong BN yang dianggarkan kira-kira 3,000 mula berarak ke pusat penamaan calon sambil menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita'.

Turut kelihatan ialah pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; ketua bahagian, Datuk Jalil Abdul Majid dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat; Ketua Wanita MCA, Datuk Ng Yen Yen dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

8.25 pagi: Penyokong pakatan mencecah 10,000.

8.15 pagi: Lim Guan Eng and pemimpin DAP tiba. Terdapat persembahan kebudayaan di pihak PKR, termasuk tarian singa dan tarian India, orami melum, sebagai menyambut ketibaan para penyokong Pakatan..

8.12 pagi: 60 anggota FRU berkawal di pintu masuk dan di bahagian dalam pagar pusat penamaan calon.

7.55 pagi: Manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba kira-kira empat minit kemudiannya.

7.51 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah tiba untuk menyertai kira-kira 3,000 penyokong BN yang berkumpul sejak awal pagi di Sekolah Kebangsaan Mengkuang, yang terletak kira-kira 600 meter dari tempat penamaan calon.

7.45 pagi: Penyokong BN dan Pakatan yang dianggarkan seramai 5,000 orang. Jelas penyokong Pakatan lebih ramai daripada penyokong BN. Penyokong PKR membawa plakad bertulis 'Harapan Baru untuk Malaysia'.

7.37 pagi: sebuah helikopter polis kelihatan berlegar di udara. Terdapat sekatan jalanraya dan kesesakan lalulintas. Penyokong BN dan Pakatan Rakyat berkumpul ditempat yang ditetapkan sambil membawa kain rentang dan bendera parti masing-masing.

7.25 pagi: Orang ramai mula tiba di pusat penamaan calon di Institut Penguruan Tuanku Bainun. Ramai anggota pois ditugaskan berkawal di situ.

KRONOLOGI PILIHANRAYA KECIL SEJAK AWAL PAGI ~ Ref Malaysiakini

BERIKUT merupakan kronologi hari penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh sejak awal pagi 16 Ogos. Laporan langsung Malaysiakini.

10.00 pagi: Proses penamaan calon ditutup, diikuti dengan tempoh sejam waktu bantahan.

9.56 pagi: Di luar pula keadaan riuh rendah dengan penyokong kedua pihak 'perang mulut'. Penyokong BN melaung 'liwat tetap liwat' sambil menepuk benteng penghalang. Penyokong Pakatan pula membalas dengan laungan 'Altantuya' dan turut menepuk benteng penghalang. Juga kedengaran laungan 'Samy Vellu undur undur'. Ini dibalas oleh penyokong BN dengan melaungkan 'Kasihan Saiful' beberapa kali. Kemudian kedengaran laungan Selawat dari penyokong Pakatan dan disambut oleh jeritan penyokong BN 'Hidup BN'.

9.55 pagi. Hanafi Mamat selesai menyerahkan borang penamaan calonnya.

9.45 pagi: Hanafi Hamat sedang dalam proses menyerahkan borang penamaan calon.

9.40 pagi: Dr Mansor Othman selesai menyerahkan borang penamaan calon.

9.30 pagi: Seorang lagi calon, Hanafi Hamat masuk ke dewan untuk menyerahkan borang penamaan calon. Beliau adalah dari Angkatan Keadilan Islam Malaysia.

9.20 pagi: Calon bebas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman sedang menyerahkan borang penamaan calon.

9.19 pagi: Seorang calon, Hanafi Hamat kelihatan di luar dewan dan dijangka menyerahkan borang percalonan. Beliau adalah dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia.

9.18 pagi: Anwar selesai menyerahkan borang penamaan calon. Manakala di luar penyokong PKR kedengaran meluangkan 'Saiful penipu'. 'Tangkap boleh boleh'. Turut kedengaran laungan 'Najib' dan disambut dengan jeritan 'Altantuya'.

Penyokong PKR juga membawa kain rentang yang berbunyi 'Bersatu kita bersatu, menjulang pemimpin Melayu, Umno terus maju, menipu umat Melayu'. Di sebelah BN pula terdapat kain rentang 'Pastikan kemenangan Barisan Nasional di Permatang Pauh', 'Hidup Umno!!! hidup BN!!!

9.15 pagi: Anwar dalam proses menyerahkan borang penamaan calon.

9.12 pagi: Arif Shah selesai menyerah borang penamaan calon.

9.08 pagi: Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan masuk ke dewan untuk menyerahkan borang penamaan calon.

9.03 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah sedang menyerahkan borang penamaan calon. Tempoh penamaan calon ialah dari jam 9 pagi hingga 10 pagi, diikuti oleh satu jam tempoh bantahan. Jika semuanya berjalan lancar, pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan nama calon-calon yang layak bertanding selepas jam 12 tengahari.

8.50 pagi: Penyokong sampai di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun. sedang bersorak antara satu sama lain. Di sebelah BN, kedengaran laungan 'liwat tetap liwat'. Manakala di pihak Pakatan, penyokongnya melaung reformasi.

Penyokong kedua belah pihak dipisahkan oleh benteng pada jarak 30 meter. Anggaran penyokong BN bertambah manakala penyokong Pakatan kelihatan lebih ramai, sehingga melimpah hingga ke tepi jalan.

8.30 pagi: Penyokong BN yang dianggarkan kira-kira 3,000 mula berarak ke pusat penamaan calon sambil menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita'.

Turut kelihatan ialah pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; ketua bahagian, Datuk Jalil Abdul Majid dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat; Ketua Wanita MCA, Datuk Ng Yen Yen dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

8.25 pagi: Penyokong pakatan mencecah 10,000.

8.15 pagi: Lim Guan Eng and pemimpin DAP tiba. Terdapat persembahan kebudayaan di pihak PKR, termasuk tarian singa dan tarian India, orami melum, sebagai menyambut ketibaan para penyokong Pakatan..

8.12 pagi: 60 anggota FRU berkawal di pintu masuk dan di bahagian dalam pagar pusat penamaan calon.

7.55 pagi: Manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba kira-kira empat minit kemudiannya.

7.51 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah tiba untuk menyertai kira-kira 3,000 penyokong BN yang berkumpul sejak awal pagi di Sekolah Kebangsaan Mengkuang, yang terletak kira-kira 600 meter dari tempat penamaan calon.

7.45 pagi: Penyokong BN dan Pakatan yang dianggarkan seramai 5,000 orang. Jelas penyokong Pakatan lebih ramai daripada penyokong BN. Penyokong PKR membawa plakad bertulis 'Harapan Baru untuk Malaysia'.

7.37 pagi: sebuah helikopter polis kelihatan berlegar di udara. Terdapat sekatan jalanraya dan kesesakan lalulintas. Penyokong BN dan Pakatan Rakyat berkumpul ditempat yang ditetapkan sambil membawa kain rentang dan bendera parti masing-masing.

7.25 pagi: Orang ramai mula tiba di pusat penamaan calon di Institut Penguruan Tuanku Bainun. Ramai anggota pois ditugaskan berkawal di situ.

PERTARUNGAN EMPAT PENJURU ~ Ref Malaysiakini

PERMATANG PAUH: Proses penamaan calon berakhir pada pukul 10 pagi tadi selepas empat calon mengemukakan borang penamaan calon masing-masing sebelum bertanding bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Pada pukul 9.30 pagi tadi, dua calon iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon Umno, Datuk Seri Arif Shah Omar Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Seberang Jaya telah menyerahkan borang penamaan calon.

Arif Shah masuk untuk menyerah borang pada pukul 8.55 pagi dan diikuti oleh Anwar 5 minit kemudian.

Calon keempat iaitu Datuk Mansor Othman tiba untuk menyerahkan borang penamaan calon mewakili parti Bebas pada pukul 9.20 pagi. Beliau juga merupakan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang dan anggota Majlis Tertinggi PKR.

Seterusnya, calon keempat iaitu Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Hamad tiba pada pukul 9.30 pagi untuk menyerahkan borang penamaan calon. Berbanding dengan dua calon terdahulu, Hanafi datang dengan sekumpulan kecil penyokongnya.

Ribuan penyokong banjiri Permatang Pauh

Penamaan calon kerusi Parlimen Permatang Pauh diadakan pagi ini dengan ribuan penyokong parti-parti politik yang bertanding sudah mula berkumpul di kawasan Mengkuang, Bukit Mertajam - lokasi penamaan calon - sejak 6 pagi tadi.

Proses penamaan calon bermula pukul 9 pagi. Ia akan berakhir sepenuhnya dalam tempoh tiga jam.

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat serta Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) sehingga 7 pagi tadi telah mengesahkan untuk bertarung dalam pilihan raya kecil ini.

BN diwakili oleh calon Umno, Datuk Seri Arif Shah Omar Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Seberang Jaya manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Anwar merupakan Ahli Parlimen kawasan itu dari 1982 hingga 1999.

Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) akan diwakili oleh Presidennya sendiri, Hanafi Hamad.

Ketika dihubungi 7 pagi tadi, Hanafi berkata: "Hanafi Hamad akan tanding wakili AKIM."

"Borang akan serahkan pukul 9 pagi ini. Saya yakin penduduk Permatang Pauh akan menyokong AKIM.

"Malaysia sudah maju, bagus.... tapi ada banyak isu yang perlu ditangani. AKIM mahu bertanding dengan matlamat itu," kata beliau.

mStar Online difahamkan kemungkinan akan ada calon Bebas.

Jika ada pertandingan pengundian akan diadakan 26 Ogos ini.

Penamaan calon diadakan di Institut Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, Bukit Mertajam dengan kawalan ketat polis.

Polis Diraja Malaysia juga mengadakan rondaan udara menggunakan helikopter dan pasukan Unit Simpanan Persekutuan.

Kawasan dan laluan menuju ke Institut Perguruan Tuanku Bainun dikawal ketat bagi membolehkan proses penamaan calon berjalan dengan lancar.

Penyokong-penyokong parti utama bertanding - BN dan Pakatan Rakyat - dinasihatkan menggunakan laluan bertentangan menuju ke pusat penamaan calon sebelum mereka berhimpun di padang utama Institut Perguruan Tuanku Bainun.

Sehingga 8.40 pagi tadi, lebih 10,000 penyokong kedua-dua parti itu sudah berkumpul di kawasan padang.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sehingga pukul 8.30 pagi tadi keadaan adalah terkawal dan calon akan memasuki dewan Aminuddin Baki - pusat penamaan calon mulai 9 pagi.

Difahamkan calon BN akan memasuki dewan untuk menyerahkan borang dan diikuti dengan calon Pakatan Rakyat.

"Kita akan melayan calon pada asas siapa datang dulu," katanya.

Kata beliau, pihaknya telah memilih lokasi yang lebih besar dan sesuai - Institut Perguruan Tuanku Bainun - dengan mengambil kira begitu ramai akan hadir kali ini.

"Kami berharap calon akan datang awal kerana waktu menyerahkan borang penamaan calon sejam sahaja, dari pukul 9 hingga 10 pagi.

"Dan, kali pertama kami menyediakan tiga penolong pengurus pilihan raya bagi memastikan proses perjalanan adalah lancarn," kata beliau ketika dihubungi malam tadi.

Hampir 20,000 orang dipercayai akan hadir pada hari penamaan calon.

Isnin, 11 Ogos 2008

'TUGAS NEGARA' PENGUNDI PERMATANG PAUH ~ Ref Malaysiakini

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pengundi di Permatang Pauh bahawa mereka mempunyai 'tugas negara' kepada keseluruhan 27 juta rakyat Malaysia,

Sehubungan itu, katanya, pilihanraya kecil Parmatang Pauh adalah bukan mengenai dirinya, tetapi ianya adalah mengenai urustadbir yang baik, pembasmian kemiskinan dan rasuah serta sistem perundangan dan kehakiman yang tidak adil.

Oleh itu, katanya, Pakatan Rakyat memerlukan kemenangan yang besar untuk mencetuskan perubahan politik di negara ini.

Anwar kemudiannya melancarkan jentera pilihanraya kecil Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.

Sementara, Shamsul berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada pemilik kilang dan syarikat di Pulau Pinang dan Kedah selatan, untuk mengingatkan mereka supaya membenarkan para pekerja keluar pengundi dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Katanya, ini kerana hari pengundian jatuh pada hari bekerja dan oleh itu, pekerja perlu diberi masa untuk menunai tanggungjawab mereka untuk mengundi.

J/KUASA SELESAI PERTIKAIAN PASANGAN PELUK ISLAM ~ Ref Malaysiakini

Pertikaian dan tuntutan yang timbul ekoran perceraian apabila salah seorang pasangan memeluk Islam boleh diselesaikan melalui rundingan dalam Jawatankuasa Bersama Peguam Syarie dan Sivil, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perbincangan melibatkan tuntutan harta sepencarian, tuntutan penjagaan anak dan perkara berkaitan akan dibuat secara tertutup dalam kamar antara pasangan terlibat dengan peguam masing-masing (peguam syarie dan sivil).

"Perkara ini tidak akan didedahkan kepada masyarakat umum kerana ini akan mengundang interpretasi yang pelbagai dan implikasi negatif," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Menurut laporan Bernama, Ahmad Zahid berkata cadangan rundingan seumpama itu adalah antara rumusan yang dibuat jawatankuasa terbabit bagi menyelesaikan masalah berbangkit yang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Sivil.

Katanya rundingan sebegitu dipraktikkan oleh banyak negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan kepelbagaian agama.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan jabatan agama Islam lain memang bekerjasama dengan semua pihak termasuk majlis agama Islam negeri dan Mahkamah Syariah negeri untuk menangani masalah berkaitan.

Beliau menegaskan bahawa Majlis Peguam tidak perlu campur tangan dalam hal tersebut seperti yang cuba dilakukannya semalam dengan penganjuran forum memeluk Islam yang terpaksa ditamatkan lebih awal selepas mendapat bantahan meluas pelbagai pihak termasuk badan bukan kerarajaan (NGO) dan organisasi Islam lain.

Cadang dapatkan permit

"Memang apa pun sistem yang ada, ada kelemahan tetapi tidak mustahil untuk kita boleh memperbaikinya tetapi bukan dengan cara menyanggah daripada orang lain (merujuk kepada Majlis Peguam) yang tidak patut mencampuri hak dalam hal ehwal kita.

"Mereka boleh memberi pandangan tetapi biarlah dengan bijaksana bukan dengan bersikap kurang ajar seperti yang ditunjukkan (dalam forum itu)," katanya.

Ahmad Zahid berkata pada masa akan datang beliau berharap sebelum sesuatu forum atau seminar yang menyentuh hak orang Melayu dan agama Islam dibenarkan dan permit dikeluarkan, pihak polis hendaklah mendapatkan pandangan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) terlebih dahulu.

Ahmad Zahid berkata kedegilan Majlis Peguam harus diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana dikhuatiri mereka akan membangkitkan isu yang lain selepas ini.

Beliau berkata ia menampakkan usaha seolah-olah mahu mempertikaikan apa yang telah diperundangkan organisasi Islam dan institusi Islam yang sedia ada.

"Kita berharap biar pun jika terdapat beberapa kelonggaran atau kelemahan dalam undang-undang atau organisasi yang melaksanakan perundangan ini ia harus dibincangkan dengan kami bukan dengan membangkitkan dalam satu forum terbuka dengan memanggil wartawan luar negara.

"Ini satu agenda tersembunyi yang mahu menghina Islam, saya fikir ini bukan satu jalan mencari penyelesaian tetapi memburukkan orang lain. Kebetulan penganjur membawa kes contoh dan saya tidak fikir tiada agenda tersembunyi," katanya.

Ahmad Zahid berkata jika Majlis Peguam betul-betuk ikhlas, pihaknya bersedia untuk membuka pintu dan membincangkan perkara-perkara yang mereka cuba bangkitkan.

RAJA NAZRIN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PAS ~ Ref KLpos

Oleh Bernama

KL: Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi PAS yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub di Istana Perak, Bukit Persekutuan dekat sini, Khamis.

Dalam pertemuan hampir sejam itu, baginda dan delegasi PAS membincangkan beberapa perkara berkaitan negara termasuk peranan Majlis Raja-raja serta isu berkaitan negara dan rakyat.

"Perbincangan adalah berkisar kepada bagaimana seharusnya peranan yang dimainkan oleh Majlis Raja-raja dan institusi di negara ini ke arah kebaikan semua rakyat.

"Tuanku amat gembira dengan kehadiran dan perbincangan yang diadakan hari ini. Dan kami mengharapkan agar pertemuan seperti ini akan diadakan pada masa akan datang," kata Salahuddin kepada Bernama selepas pertemuan itu.

Salahuddin hadir bersama lima anggota Dewan Pemuda PAS terdiri daripada Setiausaha Ahmad Sabri Yusof, Penolong Setiausaha 1 Musaddak Ahmad, Bendahari Zaki Ibrahim, Ketua Penerangan Suhaizan Kayat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak Norazli Musa.

Hadir sama Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.

GUAN ENG NAK DEDAH LAGI KISAH SELEWENG TANAH ~ Ref KLpos

Oleh Bernama

PP: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mendedahkan satu lagi penyelewengan berkaitan tanah yang berlaku semasa pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini tidak lama lagi, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Bukanlah tanggungjawab saya untuk mengorek sebarang penyelewengan kerana saya juga sudah bosan dengannya, tapi oleh kerana ini membabitkan kewangan negeri dan wang rakyat, saya perlu mendedahkannya," katanya dalam satu persidangan akhbar di sini Jumaat.

Minggu lepas Lim berkata kerajaan negeri sebelum ini mendedahkan "mungkin satu penyelewengan berkaitan tanah yang terbesar dalam sejarah Pulau Pinang", membabitkan kira-kira RM124 juta.

Lim juga berkata beliau menerima sepucuk surat daripada portal berita Agenda Daily, yang menjemput beliau untuk mengambil bahagian dalam satu debat awam bersama bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Katanya beliau menyambut baik penganjuran debat itu sekiranya ia berhasrat membincangkan mengenai isu tanah tersebut, dan tanpa sebarang syarat.

"Saya masih tertanya-tanya sekiranya portal berita itu menghantar surat berkenaan bagi pihak Koh, tapi saya harap debat ini akan memberi tumpuan hanya kepada isu berkaitan penyelewengan tanah," katanya.

Sementara itu dalam jawapan segera, Koh dalam satu kenyataan berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan Lim "walaupun Lim tidak berani menerima dua syarat yang dikemukakannya sebelum ini".

Koh sebelum ini berkata beliau sanggup mengambil bahagian dalam debat terbuka dengan Lim dengan syarat ia perlu menjadi satu debat yang adil, dan dijalankan selepas tamat perbicaraan mahkamah mengenai perkara itu nanti.

Debat anjuran Agenda Daily itu dijangka berlangsung pada 20 Ogos di Shah Alam.

Ia merupakan debat kedua antara Koh dan Lim, selepas kali pertama mereka berdebat 20 tahun lepas di Penang Town Hall semasa masing-masing adalah pemimpin pemuda Gerakan dan DAP

APA AKAN JADI PENDIDIKAN KITA ??

Oleh Ibnu Khuzaimah

Semalam, ketika memberi ucapan di ceramah umum di PJS 4, Kampung Medan, Anwar Ibrahim menyatakan betapa universiti-universiti di negara ini merudum teruk. Beliau menekankan antaranya ialah universiti nombor satu negara yang difahami umum, Universiti Malaya.

Dalam konteks ini, Anwar mengaitkan betapa teruknya kualiti Naib Cancelor Universiti Utara Malaysia, Professor Nordin Kardi, yang menjadi panel bersama Shabery Chik lewat debat isu minyak tempoh hari.

Dalam bidasannya, Anwar mengejek kedangkalan dan cara berfikir Nordin Kardi. Antara minyak dan gas pun professor ini tidak memahami. Dalam pada itu ramai pendengar yang berteriak " professor kangkung, professor kangkung", disambut senyuman Anwar.

Selanjutnya Anwar mendedahkan Nordin Kardi selama sepuluh tahun kerjanya menanamkan sifat kebencian terhadapnya dalam siri kursus Biro Tatanegara ketika dia menjadi Pengarah BTN. Antaranya Nordin sentiasa menuduh Anwar ejen Yahudi dan pelbagai lagi tuduhan yang bertujuan menjatuhkannya.

Cara Nordin cuba memerangkap Anwar dengan soalan yang "low class" seolah cuba meletakkan minda Anwar serupa taraf dengan peserta BTN dari UMNO atau pelajar baru yang mendaftar tahun pertama. Ketika debat itu sedang berjalan dan ketika Nordin menyoal jelas sekali audien yang hadir tertoleh-toleh tanda kecewa.

Kini semuanya sudah terserlah. UUM mempunyai Naib Canselor yang memalukan para pelajarnya sendiri. Anak saudara penulis yang sudah tamat belajar di UUM menghempas botol coca-cola sambil mengeluarkan kata-kata yang tak patut disebut di sini akan bekas cikgunya, NC Nordin Kardi ketika menonton debat tersebut.

Persoalannya di sini, siapakah yang Nordin Kardi wakili dalam perdebatan isu minyak tempoh hari? Adakah ia mewakili dirinya sendiri? Adakah dia mewakili UMNO atau mewakili akademia? Adakah Nordin mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi?

Apapun, di akhir perdebatan kesimpulannya Nordin Kardi hanya berjaya "mengkeldaikan" dan memalukan komuniti akademia. Lebih parah lagi jika Nordin Kardi perasan bahawa dia mewakili para intelek se Malaya. Beberapa rakan akademia dari sebuah universiti di Shah Alam geleng kepala , "what a blunder, man".. klip video.

Beberapa waktu yang lalu, Nordin Kardi berjaya mendapatkan perintah mahkamah terhadap Raja Petra Kamarudin kerana sebuah artikel yang tersiar berikutan satu isu ciplak. Dalam tuntutannya, Nordin menganggap dirinya mewakili intelek Malaysia dalam samannya terhadap RPK.

Nordin berjaya mendapat hanya RM4 juta dari jumlah tuntutannya sejumlah RM80 juta. Itupun kerana tuntutan itu diberikan secara 'default judgement' kerana RPK tidak pernah hadir di mahkamah malahan ketika mendapat penghakiman, RPK tidak ambil pusing malah mengtongsampahkan surat itu.

Persoalannya, apakah begitu ciput nilai para intelek seluruh Malaysia ini?? Jika RM 4 juta dibahagikan kepada beratus malah beribu-ribu intelek di Malaysia ini, maka nilai seorang intelek di sini hanya boleh dinilai dengan duit rupiah, baharulah dapat dinilai beribu atau berjuta banyaknya!

Pastinya ramai intelek tidak bersetuju dengan tindakan Nordin Kardi kecuali intelek-intelek yang ada kalung/tags "Professor Kangkung" atau intelek intelek yang mencapai taraf 'professorship' di atas tatangan dan naungan politik UMNO/BN.

Nordin Kardi sememangnya lebih dikenali sebagai BTN. Apabila dia dipilih sebagai Naib Canselor UUM menggantikan Allahyarham Dr Fauzi Basri, agak sukar untuk difahami matlamat sebenar pemilihannya. Yang jelas, Nordin lebih dilihat sebagai penyambung atau pewaris cengkaman kuku besi di UUM. Sama ada dia berjaya mengumnokan siswa UUM tidaklah diketahui sangat.
Bagaimanapun, gerakan pelajar menentang AUKU tidak pernah kendur malah semakin menyala. [Rang undang-undang pindaan AUKU akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang]

Sebagai contoh, tindakan keras mengekang siswa di UUM ialah dalam kes Rizal Mohd Anan yang menyaman UUM kerana menggantung pelajarannya selama 3 semester pada awal tahun 2000, hanya kerana terlibat dalam satu perdebatan. Mahkamah telah membuat keputusan yang memihak kepada siswa tersebut dengan penyelesaian RM70,000.

Tidak ketinggalan ahli akademia di UUM juga mendapat tekanan. Ketika syarat akujanji dipaksakan kepada ahli-ahli pendidikan, UUM adalah antara yang begitu keras dan tegas melaksanakanya. Bagaimanapun tidak semuanya setuju menerima syarat dan tekanan akujanji.
Terdapat seorang kakitangan akademik yang ditunjukkan "exit door' kerana enggan menandatangani akujanji.

Daripada contoh-contoh di atas dan mengambil banyak contoh lain berlaku di pusat-pusat pengajian tinggi awam di negara ini jelas bahawa perkembangan pendidikan tinggi Malaysia ke arah 'world class' terbantut sejak sekian lama. Antaranya kerana mengikut telunjuk kebejatan politik pimpinan sekarang, yang hanya mahukan tukang angguk dan tukang sokong "ngeh,ngeh".
Kronik. Tindakan radikal dan berani untuk merubah pendidikan dirasakan amat perlu.
Seandainya tidak bagi Malaysia, sekurang-kurangnya negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat perlu menganjak paradigma baru, malah dalam tempoh lima tahun ini menampilkan kewajaran yang lebih tambah-nilainya. [Baca rencana bertajuk,
Mind Schooling Race untuk gambaran jelas akan senario ini].

Negeri-negeri Pakatan rakyat, perlu mendahului dan menunjukkan kepada umum bahawa pengekangan pendidikan tidak memberi kesan yang baik untuk mencapai generasi 'e-knowledge' yang berkualiti. Apatah lagi ketika dunia sedang mengharungi kepelbagaian liberisasi peringkat global.

Langkah pertama yang perlu ialah memberikan ruang kepada pendidikan untuk berkembang dengan lebih positif tanpa kekangan yang melampau dengan memberi ruang seluas mungkin kepada pakar-pakar akademia untuk berkarya dalam memajukan pendidikan.

Dengan kebebasan berkarya pastinya golongan akademia mampu menghasilkan produk-produk baru pendidikan yang mampu dijaja ke santero dunia. Maka baharulah kita boleh melolong dan melelong bahawa di sinilah wujudnya satu hub-pendidikan yang 'world class'.

Ibarat besi semberani, seluruh mata dunia ditarik ke sini. Anak Malaysia di luar negara pasti kembali ke sini. Bukan sedikit anak cerdik pandai Malaysia berada di luar, dan bukan sedikit yang ingin kembali ke negara tumpah darah.

Bagaimanapun, suasana yang tidak kondusif untuk mereka berkarya di sini, tekanan-tekanan politik yang membabi buta membuatkan pintu hati mereka tertutup rapat.

Bagi mereka yang berada di sini pula besar kemungkinan hanya menjalankan tugas memenuhi syarat perkhidmatan dan mengambil jalan 'non-confrontational' dengan cara berdiam diri.

Seandainya terus-terusan begini, tidak hairan jika satu waktu nanti pendidikan tinggi negara ini akan terus merudum kerana dikuasai oleh "kangkung-kangkung" dan pemanas-pemanas kerusi empuk berhawa dingin yang sudah beku dan jumud kreativitinya.

Lebih daripada itu, maka seruan-seruan untuk memartabatkan pendidikan akan hanya tinggal seruan dan cakap-cakap politik yang tidak terpakai dan beransur-ansur menjadi bohong. Paling tidak ia akan hanya menjadi album kenangan ketika pelancaran pelbagai program pemimpin bersama rakyat!

Akhirnya yang akan kerugian negara ini sendiri. Ia akan mengalami 'brain drain' dan mengimport tenaga asing sama seperti sektor buruh dan ladang. Kesannya, esok atau lusa kita akan meratapi kesilapan semalam apabila generasi baru meludah ke muka kita.

Keyakinan Anwar untuk mengangkat martabat pendidikan negara ini sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya perlu diberi perhatian serius. Andaikata menjadi realiti bahawa Malaysia ini boleh menjadi hub-pendidikan bertaraf "world class", perlukah kita bimbang bila negara kehabisan sumber petroleum?

sumber dari :

Khamis, 7 Ogos 2008

ANWAR AKAN DIDAKWA ESOK, ZAMAN GELAP DI MALAYSIA BERMULA ~ Ref Amin Iskandar

Amin Iskandar

Sebaik sahaja SPR mengumumkan tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh yang dijadualkan pada 26 Ogos, polis mendatangi rumah Anwar Ibrahim dan memberi perintah agar Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu ke mahkamah esok.

Jelaslah Anwar akan didakwa esok dengan pertuduhan meliwat Saiful secara paksa.Jika dituduh meliwat secara paksa, Anwar tidak boleh dijamin.

Nampaknya Anwar akan bertanding pilihanraya dari dalam penjara.

Dalam sidang akhbarnya petang tadi, Anwar mendakwa terdapat "golongan yang dekat" dengan Pak Lah yang bersungguh-sungguh untuk memastikan dirinya didakwa tidak kira dengan apa kes sekalipun.

Tekaan saya, sudah pasti golongan dekat dengan Pak Lah yang dimaksudkan oleh Anwar itu adalah Kamaluddin Abdullah, Khairy Jamaluddin dan “budak-budak tingkat empat”.

Mereka-mereka ini yang mahukan Pak Lah terus berkuasa.Mereka tahu hanya Anwar yang mengancam Pak Lah sekarang. Najib telah senyap berikutan dengan "kes Altantuya" yang dijadikan senjata oleh "budak-budak tingkat empat" untuk mengugut Timbalan Perdana Menteri itu.

Bermulalah zaman gelap di Malaysia.Hanya penyatuan rakyat boleh menyelamatkan Malaysia.

Semua golongan tidak kira apa ideologi politik harus bersatu untuk menggulingkan Pak Lah, anak dan menantunya daripada terus menghancurkan negara.

Kita masih punyai jalan. Jalan yang terbaik ialah kembali kejalan raya.Kita pernah membuktikan tahun lalu dalam Perhimpunan BERSIH. Sebanyak manapun "roadblock" tidak akan mampu menghalang kekuatan rakyat!!!

ANWAR DIBICARA, UMNO MAKIN TERNODA ~ Laman Marhaen

Bertemu kembali…

Esok, tanggal 7 Ogos 2008 kira-kira 9 hari lagi sebelum Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil P044 Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Peristiwa ini sememangnya telah kita jangkakakan, sementelah sejak kebelakangan ini kita memang asyik menjangkakan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku dalam politik negara kita.

Secara mudahnya, tindakan menghadapkan Anwar ke mahkamah hanyalah untuk menyusahkan Anwar dan mengganggu kerancakan kempennya membawa Pakatan Rakyat menuju Putrajaya. Tambahan pula hari Penamaan Calon sudah tidak berapa jauh saatnya.

Secara simboliknya, tindakan ini dilihat mahu membenam Anwar daripada bertanding, di samping mengalihkan perhatian rakyat dan melekakan jentera Pakatan Rakyat daripada kesibukan di Post P044. Seharusnya percaturan terperinci dan strategik telah dipersiapkan untuk menghadapi situasi sebegini oleh Pakatan Rakyat, memandangkan jangkaan untuk menghadapkan Anwar ke mahkamah sebelum penamaan calon, telah lama disebut-sebut. Jentera Pakatan Rakyat tidak akan dilalaikan oleh permasalahan ini. Rakyat juga telah masak dengan taktik sebegini. Rata-rata penduduk Malaysia kini terpelajar, bukannya memegang Degree L.E.M.B.U.!

UMNO pasti bertambah agresif setelah hajat retorik mereka dileburkan mentah-mentah baru-baru ini. Hajat untuk berMuqabalah yang tak kesampaian, malah langsung tiada titik permulaan memaksa UMNO menggunakan kaedah Mukahelah! Kini mereka menggerak-gempur untuk mengganggu proses pilihan raya dengan menyelitkan iklan LIWAT di tengah-tengah tayangan politik yang semakin memuncak.

Himpunan rakyat mungkin berulang sekali lagi di mahkamah esok, beserta pekikan dan laungan reformasi mengiringi kemasukan Anwar buat kesekian kalinya ke muka pengadilan. Sebagaimana biasa, halaman mahkamah pasti dihiasi tiang-tiang megah barisan Simpanan Persekutuan berkeledar merah, beserta lori pembajak air gatal dan gas pemedih mata. Berkemungkinan juga diselang-seli dengan adegan sepak terajang, cekup-mencekup dan gari-menggari.

Walau apa pun akan terjadi pada Anwar, imej kerajaan Barisan Nasional kini telah pun terpalit dengan noda-noda dan sukar untuk dihilangkan. Barisan Nasional tak semudah kuman yang boleh dibasmi dengan rendaman air panas. Kuman dijirus air panas, pasti akan mati. Barisan Nasional dijirus air panas, pasti makin menggelegak…

Rabu, 6 Ogos 2008

UMNO MASIH BELUM TEMUI PAHLAWAN MELAYU ~ Ref Malaysiakini

Bekas ketua Umno Permatang Pauh berkata bahagian itu menghadapi masalah untuk mendapatkan calon sesuai bagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil nanti.

"Umno bahagian ketandusan pemimpin yang boleh menjadi calon untuk menentang Anwar.


"Beberapa nama yang disebut menjadi calon, sebenarnya tidak mencapai standard untuk mencabar bekas timbalan perdana menteri itu," kata Datuk Ahmad Saad.

Beliau yang memimpin bahagian itu antara 1997 hingga 2004 dianggap bekas seorang penyokong kuat Anwar.

Ahmad menambah, ada dua faktor yang menentukan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil kali ini.

Pertama, calon yang boleh diterima oleh semua pengundi Permatang Pauh dan satu lagi, katanya, kecenderungan pengundi Cina dan India yang berjumlah kira-kira 20,000 orang.

"Kita perlu ingat kemenangan lebih 13,000 undi majoriti (presiden PKR Datuk Seri) Dr Wan Azizah (Wan Ismail) dalam pilihanraya umum lalu disebabkan pengundi Cina dan India.

"Malah kalau tidak kena calon (BN kali ini), orang Umno akan mengundi pembangkang," katanya lagi.

Ketua bahagian itu Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata calon BN dalam pilihanraya kecil paling dinanti-nantikan itu akan ditentukan oleh pengerusi parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat Umno bahagian malam tadi, tambahnya, diadakan sebagai persiapan menghadapi pilihanraya tersebut dan bukannya membincangkan isu calon.

Mengulas kemungkinan beliau turut disenaraipendekkan sebagai calon menentang tokoh pembangkang itu, Abdul Jalil berkata "saya bersedia menjadi calon."

Ahmad menegaskan, beliau kini tidak lagi menyokong Anwar kerana penasihat PKR itu bersekongkol dengan DAP.

Katanya, beliau tidak suka pada seseorang pemimpin Melayu yang sanggup menggadaikan bangsa sendiri.

"Oleh kerana itu saya tidak boleh menyokong perjuangan Anwar walaupun sebelum ini merupakan penyokong kuat beliau," katanya

POLIS DIDAKWA BERNIAT JAHAT ~ Ref Malaysiakini

Enam orang lelaki terus ditahan oleh polis walaupun dua majistret di mahkamah berasingan telah memerintahkan mereka dibebaskan segera.

Mahkamah majistret pada 31 Julai telah mengarahkan keenam-enamnya dibebaskan dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya setelah setelah direman empat hari atas siasatan kes berhubung penculikan.


Bagaimanapun mereka dipindahkan ke IPD Klang pada hari yang sama dan dibawa ke depan majistret atas siasatan berhubung rompakan berkumpulan.

Majistret Klang juga mengarahkan mereka dibebaskan.

Mereka kemudian dipindahkan sekali lagi ke IPD Petaling Jaya dan ditahan bawah Ordinan Darurat yang membenarkan penangkapan sehingga 60 hari tanpa dibawa depan majistret.

Dua di antara mereka Al-Amin Zulkernain dan Samuel Raj Sivajothi membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) petang ini berhubung dakwaan "salah guna kuasa polis" dan tindakan pasukan itu yang dianggap "berniat jahat" (mala fide).

Peguam kedua-duanya Francis Pereira berkata, Al-Amin juga mendakwa beliau dipukul sewaktu siasatan di Petaling Jaya.

Aduan Al-Amin disampaikan oleh isterinya Fatimah Begum Mohd Kasim, sementara Samuel Raj diwakili kakaknya Padmini Sivajothi, kepada naib pengerusi Suhakam, Tan Sri Simon Sapuan di pejabat suruhanjaya itu di Jalan Raja Laut.

Turut hadir dalam majlis itu, pesuruhjaya Datuk Siva Subaramaniam, ketua bahagian aduannya Nurul Hasanah Ahamed, dua lagi peguam dan ahli-ahli keluarga Al-Amin dan Samuel Raj.

PEMERIKSAAN SAIFUL: LAPORAN HKL JUGA NEGATIF? ~ Ref Suara Keadilan

KUALA LUMPUR, 5 OGOS (SK)- Ketua Wanita KeADILan yang Juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin semalam menghadiahkan sejambak bunga kepada pihak Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) kerana mengeluarkan laporan keatas dakwaan liwat keatas Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.

Dalam sidang medianya selepas pertemuan bersama pihak Pengarah HBKL, beliau berkata 10 Jambak bunga yang dihadiahkan beliau mempunyai mesej tersirat dan pihak hospital agak terkejut dengan kehadiran beliau.

Menurut catatan di blog beliau, p99ampang.com, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak hospital kerana tulus jujur dan amanah dalam mengeluarkan laporan tersebut.

Katanya, beliau telah mendapat tahu isi laporan yang dikeluarkan oleh HBKL yang menyatakan bahawa tidak ada unsur-unsur liwat oleh Anwar Ibrahim keatas Saiful Bukhari Azlan.

"Menurut sumber sejurus laporan perubatan rasmi telah di keluarkan ternyata DSAI tidak bersalah namun Pihak Kerajaan berusaha untuk menukar fakta dengan menyuruh Pihak Hospital untuk menukar kembali laporan tersebut. Namun malang ianya sudah terlambat," kata blog berkenaan.

Tambah tulisan blog berkenaan lagi, “salah seorang pegawai di hospital berkenaan sudah tidak mahu terlibat serta bersubahat untuk melakukan jenayah tersebut. Walau selicik mana sekalipun jika pekara itu benar walau di sorokkan tetap akan timbul kebenarannya."

ALI YAKIN BN MAMPU RAMPAS SEMULA PERMATANG PAUH ~Ref Klpos

Oleh BHS

MELAKA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, percaya Barisan Nasional (BN) mampu merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil Parlimen itu.

Ini jika BN memilih calon tempatan untuk berdepan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut satu laporan akhbar setempat semalam.

Keyakinan Pengerusi BN negeri, yang juga Ketua Menteri Melaka, didasarkan atas andaian bahawa masih ramai calon tempatan yang berwibawa dan berpotensi untuk mengatasi mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu.

'Daripada reaksi yang saya terima, ada dua atau tiga calon tempatan yang mempunyai kewibawaan untuk menyaingi Anwar pada pilihan raya kecil itu nanti,' katanya dipetik dalam laporan akhbar Berita Minggu Malaysia (BMM) semalam.

'Penduduk mahukan calon tempatan mewakili mereka,' tambahnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri 2008 di Dataran Ayer Keroh, dekat sini, kelmarin.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh itu diadakan menyusuli tindakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen (AP) Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar, untuk bertanding.

Dr Wan Azizah, yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, telah menghantar surat perletakan jawatan itu kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, pada 31 Julai lalu

MENJELANG PEMILIHAN UMNO: GADUH, PUKUL, RASUAH WARNAI 'MEETING' PERINGKAT CAWANGAN - Ref Klpos

Oleh Mstar

UMNO yang mengadakan mesyuarat tahunan peringkat cawangan sejak dua minggu lalu dicemari dengan siri pergaduhan dan gejala politik wang di seluruh negara ketika pengurusan parti berusaha untuk mengawal budaya kurang sihat daripada berleluasa.

Insiden terbaru melibatkan Bahagian Kota Tinggi di Johor, Bahagian Gopeng di Ipoh dan negeri Selangor melibatkan kawasan bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Presiden Umno dan Timbalan Presiden Umno turut memberi perhatian berhubung perkembangan tersebut.

Di KOTA TINGGI, polis menerima lima laporan mengenai kejadian pergaduhan dalam mesyuarat agung beberapa cawangan Umno dalam Bahagian Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Osman Mohd Sebot yang mengesahkan tentang kejadian pergaduhan itu hari ini berkata, polis menyiasat satu daripada laporan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang juga Ketua Umno Bahagian itu dilaporkan oleh akhbar hari ini sebagai berkata, penjalanan mesyuarat cawangan kali ini adalah yang terburuk dan dibayangi dengan unsur-unsur "kemaruk kuasa."

Syed Hamid, yang telah mendapat 10 pencalonan, dijangka menghadapi saingan sengit dalam pemilihan kali ini daripada bekas naib ketua bahagian itu Daing A.Malik Daing A.Rahman yang telah mendapat 13 pencalonan setakat ini.

KOMEN PEMIMPIN UMNO SEMALAM DAN HARI:

-Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Syed Hamid Albar mendakwa pelbagai cara digunakan di dalam pertandingan sengit merebut jawatan di dalam parti pada masa ini, termasuk politik wang, makihamun dan ancaman. Syed Hamid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, perkara-perkara negatif yang berlaku pada ketika ini diibaratkan seperti "penyakit barah" yang boleh menghancurkan Umno.

-Mengulas mengenai seorang calon Ketua Umno Seremban yang ditahan BPR kerana disyaki terbabit dalam sogokan wang untuk mengundinya pada mesyuarat cawangan, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno akan mengkaji bentuk tindakan terhadap mereka yang didakwa oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung sogokan wang kepada ahli pada mesyuarat cawangan parti itu yang sedang berlangsung sekarang. Kata beliau, selain penguatkuasaan undang-undang rasuah menerusi BPR, Umno menerusi Lembaga Disiplinnya juga akan menangani isu politik wang berkenaan.

-Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perjalanan kempen itu akan dipantau ibu pejabat Umno. "Keputusan kita pada peringkat pengurusan ialah supaya perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian serta kempenkempen pemilihan nanti akan diawasi oleh ibu pejabat Umno. "Ibu pejabat Umno mempunyai pembantupembantu yang secukupnya untuk memberi perhatian kepada perkara ini khususnya kepada kegiatan yang boleh membawa kepada apa dianggap melanggar etika parti," katanya

DI IPOH, seorang anggota jawatankuasa (AJK) Umno Cawangan Pernas Charter Management (PCM) Bahagian Gopeng cedera di kedua-dua kaki akibat dipukul dengan kayu golf selepas seorang rakannya tidak berpuas hati berhubung pencalonan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian itu semalam.

Mangsa, Abdullah Abdul Hamid, 44, yang menyertai Umno sejak 1985, menerima rawatan sebagai pesakit luar Hospital Permaisuri Bainun.

Abdullah berkata, selepas selesai mesyuarat, pukul 4.30 petang, beliau yang singgah di
Batu Gajah didatangi seorang lelaki yang tidak berpuas hati apabila abangnya yang juga setiausaha Umno Bahagian Gopeng tidak dicalonkan cawangan PCM untuk bertanding timbalan ketua Umon bahagian itu.

Lelaki itu yang juga AJK Umno cawangan Kampung Pisang itu naik berang lalu mengeluarkan sebatang kayu golf dari keretanya lalu memukul Abdullah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sidang akhbar itu turut dihadiri Ketua Umno Cawangan PCM Hishamuddin Abdul Rahman.

Abdullah yang bekerja sebagai Eksekutif Tekun Nasional di sini kemudian berlari untuk menyelamatkan diri dan dibantu oleh orang ramai untuk mendapatkan rawatan di hospital Bainun sebelum membuat laporan di Balai Polis Batu Gajah.

Jurucakap Balai Polis Batu Gajah ketika dihubungi mengesahkan laporan yang dibuat oleh Abdullah.

Empat calon dijangka bertanding bagi merebut jawatan Ketua Umno bahagian itu selepas bekas ketuanya Datuk Seri Abdul Shamsuddin mengumumkan untuk melepaskan jawatan itu baru-baru ini.

Sementara itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini mengesahkan ada menerima beberapa laporan berhubung kes rasuah dalam pemilihan cawangan dan bahagian Umno.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata BPR sedang melakukan siasatan terhadap laporan itu.

"Kita ada terima laporan ...tapi tak banyaklah, sejumlah kecil saja. Kita sedang mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan calon Ketua Umno Bahagian Seremban Mohd Nor Awang oleh BPR kerana disyaki memberi sogokan wang kepada seorang anggota Umno untuk mengundinya pada mesyuarat cawangan.

Ahmad Said menjelaskan definisi rasuah tidak berdasarkan kepada jumlahnya, asalkan ia dapat mempengaruhi keputusan pemilihan.

Beliau juga berkata, setiap aduan kepada BPR perlu disertakan dengan bukti dan fakta.

"Berikan kepada kami fakta yang benar dan kami akan ambil tindakan," katanya.

Ahmad Said berkata, BPR mendapat kerjasama yang baik daripada orang ramai dalam usaha membanteras rasuah.

"Anda dapat lihat sekarang ini kita menerima maklumat yang betul dan bernas daripada orang ramai dan ini menunjukkan satu perubahan baru... kita harap sokongan ini berterusan untuk samasama menentukan kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya.

Di SUNGAI BESAR, Ketua Pemuda Umno Cawangan Belia 1, Mohd Zaki Sungib telah dipanggil memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan berlaku amalan rasuah pada mesyuarat cawangan Umno Bahagian Sungai Besar baru-baru ini.

Mohd Zaki berkata, beliau mengambil masa kira-kira empat jam memberi keterangan di Ibu Pejabat BPR, Putrajaya bermula pukul 10 malam tadi.

Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini, beliau berkata, tiga lagi anggota Umno cawangan itu turut dipanggil memberikan keterangan.

"BPR memerlukan maklumat berikutan desas-desus berlaku sogokan wang dalam proses pencalonan semasa mesyuarat cawangan-cawangan yang bermula sejak 19 Julai lalu.

"Setahu saya, setakat ini tiada mana-mana pihak membuat laporan rasmi kepada BPR mengenai perkara ini," katanya.

Mohd Zaki, 39, yang merupakan seorang usahawan tani sebelum ini menyatakan hasrat bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar yang disandang bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Sehingga kini, beliau belum menerima sebarang pencalonan setelah lebih 30 daripada 107 cawangan Umno Bahagian Sungai Besar bermesyuarat. Sekurang-kurangnya 21 pencalonan diperlukan bagi melayakkan beliau untuk bertanding pada pemilihan peringkat bahagian Oktober ini.

Sementara itu, Dr. Mohamad Khir ketika dihubungi mengesahkan ada meminta BPR memantau perjalanan setiap mesyuarat cawangan di bahagian itu berikutan menerima aduan daripada beberapa ketua cawangan yang khuatir berlakunya politik wang