Malah beliau berkata mereka semua, termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, akan dipanggil atas dakwaan berhimpun secara haram dekat pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kenyataan beliau semalam telah mendapat riaksi spontan dari rakyat seluruh negara khususnya di negeri Perak yang menganggap kenyataan itu sbagai satu kenyataan yang begitu biadab, angkuh dan tidak bertanggungjawab.
“Apa yang berlaku ialah penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis sendiri. Yang dituduhnya orang lain,” kata seorang pemimpin PAS Kawasan yang turut berada di tempat kejadian semasa peristiwa itu berlaku.
Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Syed Abd Hamid Albar sendiri di dalam kenyataannya mengakui bahawa polis melakukan kesilapan dalam mengendalikan situasi krisis politik di Perak dua hari lepas.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Majlis Peguam bahawa pihak polis tidak bertindak adil semasa menjalankan tugas mereka menyuraikan ADUN Perak dari bersidang.
“Satu sudut perkara itu, kita akan melihat kesilapan yang dilakukan oleh pihak polis, tetapi saya fikir Majlis Peguam sepatutnya melihat keadaan itu dari sudut undang-undang. Undang-undang adalah undang-undang-undang dan apabila kita dipilih kita tidak (boleh) berada di atas undang-undang”, kata Syed Hamid seeperti yang dilaporkan dalam star online.
Sekalipun kenyataan menteri berkenaan jelas tidak betul apabila mempertikaikan tindakan Majlis Peguam yang mempersoalkan tindakan polis menghalang ahli dewan undangan negeri dari memasuki bangunan Perak Darul-Ridwan, namun kesediaannya untuk mengakui di satu sudut berlakunya kesilapan polis membuktikan bahawa tindakan polis Perak memang keterlaluan di hari tersebut.
Mereka secara biadab mengkasari ADUN-ADUN Pakatan Rakyat sedangkan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat datang ke bangunan tersebut untuk menghadiri sidang tergermpar yang telah dipanggil oleh Speaker.
“Soal samada sidang itu sah atau tidak, dapat perkenan Sultan atau pun tidak, itu bukan tugas polis memutuskan untuk dijadikan alasan menghalang wakil-wakil rakyat itu untuk mengadakan persidangan,” bentak seorang pemimpin PKR.
“Kita ada undang-undang tetapi yang jelas, polis meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka untuk melakukan apa saja kepada rakyat,” tambahnya lagi.
Perbuatan menyoalsiasat ADUN-ADUN Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jelas menunjukkan Ketua Polis berkenaan terlalu biadab dan tidak menghormati seseorang yang telah dipilih secara sah oleh rakyat.
“Kami meminta Ketua Polis itu meletakkan jawatan dan kemudian bertanding di dalam pilihanraya jika merasa dirinya telah terlalu hebat dan jika nak sangat jadi jaguh,” katanya.
Malah beliau dicabar menahan dan menangkap semua ADUN-ADUN pakatan Rakyat jika Polis merasakan tindakan mereka tidak salah.
“Jangan tangkap satu dua orang, tangkap semua termasuk Datuk Seri Nizar dan jika dia boleh, tangkap semua rakyat yang sokong Pakatan Rakyat di Perak,” tegasnya lagi.
Episod yang berlaku menampakkan kepada mata dunia bagaimana polis Malaysia tidak profesyenal malah sebenarnya menjadi alat kepada pihak tertentu di dalam menjalankan tugasnya.
Membelakangkan fakta bahawa di dalam menjalankan tugas mereka juga sepatutnya mematuhi undang-undang, tetapi apa yang berlaku polis menjadikan mereka superhero meneruskan tradisi membelasah rakyat.
“Mereka sanggup mengKugankan sesiapa saja untuk menunjukkan kuasa, bukan untuk menjaga ketenteraman awam,” tambahnya dengan merujuk kepada tindakan polis berkenaan tidak ubah seperti tindakan polis ke atas Kugan yang mati didera dan dibelasah oleh pihak polis semasa Kugan berada di dalam tahanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan