Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 18 Mac 2009

Sendiri cari pasal sendiri tanggung-Malaysiakini

Lembaga Disiplin Umno semalam melarang calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam daripada bertanding jawatan itu kerana mendapatinya terbabit dalam politik wang. Keputusan itu dibuat selepas Lembaga Disiplin mendapati Mohd Ali, juga Naib Presiden Umno dan Ketua Menteri Melaka, bersalah mengikut Perkara 10.1 Tata Etika Ahli Umno kerana rasuah dan politik wang yang dilakukan ejen beliau. Lembaga Disiplin juga mendapati calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bersalah mengikut peruntukan yang sama. Bagaimanapun, Naib Ketua Pemuda itu hanya diberi amaran, sekali gus masih melayakkannya untuk bertanding.

Tiada ulasan: