Oleh Tinta Abdullah Awab
Mengimbau Detik Sejarah Kita (PAS) Terpahat, Renongkanlah:
"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.
Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. (Al Fatehah)
Unggapan simpulmati diatas yang diucapkan oleh Almarhom Ustaz Fadzil Mohd Noor, ianya sentiasa basah dan gemanya berteruan ditelinga saya nyaring dengungnya. Ucapunggap itulah sentiasa saya pinjam guna berbicara dengan anak-anak, setiap hati nurani ini mengingat kepada Almarhom Ustaz.
Detik terakhir aku seorang cokia, mencium tangan dan memeluk Ustaz Fadzil adalah di hari ke2 Muktamar ke 48 di PUTIK Pengkalan Cepa (ketika itu 2 anakku di SM Sains Tengku Mohd Fariz Petra Pengkalan Chepa, dan 2 di MRSM Pengkalan Cepa juga) terakhir dihadiri oleh Ustaz, sambil ia bertanya tentang diriku, isteri dan anak-anakku. Aku maklumkan Ustaz ketika itu, anak kecilku berumur 2 tahun Inshaallah dalam sebulan lagi anak ke 10 akan lahir, sekiranya ianya lelaki anak nak boh namanya Fadzil Noor Bin.....Ummi ni semuanya perempuan, Inshaallah kalau lelaki ana nak boh nama Ustaz.
Ketika Ustaz di timpa musibah sakit terakhirnya, aku dah jangkakan pasti aku tidak dapat berkunjung menziarahinya, melainkan abang iparku beberapa kali menziarahinya dan melaporkan aku dengan hp nya. Petang Sabtu 22 Jun 2002 bersamaan 9 Rabiulakhir 1423 aku membawa dan mengiringi isteriku yang sakit cukup masanya untuk bersalin ke Hospital K. Bagi yang berumur 42 tahun untuk bersalin anak ke 10 ianya memerlukan ketabahan berdepan semua dugaan Allah akan Rahmat dan belaskesian Rahimnya. Isteriku dibawa ke Dewan Bersalin jam 8.15 malam dan selamat bersalin jam 11.30 malam, bayi perempuan selamat sejahtera dilahirkan.
Jam 1.45 pagi pagi bererti hari Ahad 10 Rabiuakhir 1423 bersamaan 23 Jun 2002, isteriku dibawa keluar dan dimasukkan ke WAD9 B1. Sebaik saja aku azan dan kamatkan putriku, aku menceritakan keadaan sebenar mutakhir ketika itu kesihatan Ustaz Fadzil yang kami sebelum itu sejak di HKT kami mendapat berita MJJ. Isteriku kata nak boh macam mana nama Ustaz Fadzil anak kita perempuan. Boleh, Inshaallah abang namakan anak kita (3 jam umurnya) Nur Fadzilah. Kami gembira dengan kelahiran anak ini, Alhamulillah.10.45 pagi aku menerima panggilan phoned dari abang iparku Dr Z, ia cuma menangis terisak-isak, tanpa berkata apa-apa. Aku merumuskan sudah tentu Ustaz Fadzil sudah meninggal dunia. Terus ia matikan phonenya.
Aku kembali menghubungi abang iparku Dr Z yang bertugas di GH KL ketika itu. Terus aku berkata ustaz dah meninggal? Ya! Ustaz Fadzil dah meninggal jam kira-kira 10.30 pagi tadi. Macamana Kiah dan bersalin? Dah jam 11.25. Kelahiran anakku dan meninggalnya Almarhom Ustaz Fadzil Noor dalam masa selang jarak masa kira-kira 10 jam berselang, ianya amat memilukan. Besarnya anakku Nur Fadzilah Tahun 1 bererti tidak beberapa bulan lagi genaplah 7 tahun almarhom Ustaz meninggalkan kita. Kian berumurnya anaku Nur Fadzilah bererti setiap itu kian jauh Almarhom Ustaz dengan kita. Setiap tahun hari lahir anakku, setiap itu lintasan kenangku kepangkuan Ustaz. Alfathah untuk Ustaz.
Ketika diantara Kawasan-kawasan PAS di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak telah tamat muktamar. Ada yang sedang bermuktamar di perengkat kawasan masing-masing dan banyak kawasan maseh berbaki berdepan dengan muktamar. Sesungguhnya muktamar kawasan, muktamar agung ianya adalah medium tahunan sekelian perwakilan yang mewakili cawangan dan kawasan, tampil memperagakan buah fikiran yang mantap, di ketengah dan dibahaskan umpama mengisar padi dilesung kisar atau dilesung hindek untuk mengeluarkan beras yang bernas untuk manfaat dimakan.
Al Quraan dan Hadis Junjungan Rasul adalah pedoman yang wajib diterima dan akur tanpa dipertikai. Maka orang Melayu dengan peradabannya juga mempunyai kiasan dan bidalan. Cuma bagi mereka yang menggunakan budi dan perasaan akan mengerti betapa kiasan bidalan Melayu juga tidak perlu dipinggir dan dihapuskan, biarkanlah ianya beriringan sebagai pecaman pengajaran untuk kita. Kisaran dan pertembungan pendapat semasa bermuktamar, ianya adalah tuntutan dalam penapisan untuk mendapatkan saripati keputusan untuk menjana perjalanan merealisasikan parti bergerak diobit dan real yang diepakatkan. Bukan benda diluar dari keputusan resmi muktamar diputuskan secara solo dalam merealisasikannya.
Sekurang-kurangnya setahun sekali dikalangan ahli-ahli dapat bertemu dan berhimpun dalam tempoh beberapa hari dalam memupuk perteguhkan persaudaraan ukhwah dikalangan ahli-ahli PAS. Fungsi perwakilan adalah bertanggungjawab dan memikul amanah ahli yang diwakili, agar setiap usul dan pengharapan dapatlah diketengah, dirunding untuk mendapat keputusan demi kebaikkan dan kesejahteraan ummah sejagat. Perwakilan wajarlah tidak menjadikan modium muktamar sebagai rehlah biasa sekadar bersukaria, membeli belah berjumpa kawan-kawan lama sahaja. Atau sekadar ditonjolkan diri menjadi pemidato hebat berdebat berhujah menyanggah seperti harimau lapar atau pula menjadi penglipurlara bahan ketawa.
Perwakilan wajar menumpukan perhatian dan fokas menjana minda perkasa memertabat serta mendaulatkan Islam menerusi PAS pada resolusi kearah panduarah, mendenai perjuangan sehingganya penyudah di Muktamar Agong PAS Ke 53 yang akan dilangsungkan tidak lama lagi di Stadium Melawati, Selangor Darul Ehsan. PAS Selangor sebagai tuan rumah selepas Perak tahun 2008. Samada muktamar itu mendatangkan kebaikan dan faedah keatas setiap perwakilan atau sebaliknya, bergantung kepada niat dan pengesahan dalam merelaisasi memenuhi bunga tari dalam gelanggang muktamar. Inshaallah.
Untuk apa dan tujuan apakah kita bermuktamar? Apakah natijah kita PAS bermuktamar, adalah bermatlamat umpama menggunakan sebilah pisau yang tajam berbisa untuk membelah tembikai, sebaik dibelah dan dijorong-jorongkan serta difaraid mengikut kekuatan yang memukul tembikai gergasi tersebut. Diberi kepada faraid mengikut sukaaku bukan faraid diajarkan Allah dan RasulNya? Kerana Bukit Uhud dan Gunung Keriang sudah ditangan dan dijangkkan seluruh bukit di Malaysia dalam PRU13 nanti dapat ditawan, makanya sebiji tembikai besar ini (PAS) wajib dijadikan rebutan oleh pemilik-pemilik yang rakus? Sudah tanda-tanda titik-titik tersebut akan bercantum menjadi garis, apakah itu garis pemisah, garis pembelahan?
Sekalipun para perwakilan yang dipileh ke muktamar kawasan dan kemuktamar pusat, bukanlah jenis perwakilan cokia yang buta Al Quraan dan buta Hadis Junjungan Rasulallah SAW hatta butta intelek dan buta minda. Seperti saya saorang blogger cokia popia kaki lima atau kudong terus tidak berkaki seperti Merbau Kudong. Menulis membicarakan tentang muktamar, walau sesiapa tidak memintanya. Sudah tentu oleh kerana PAS parti halal dengan motto ”PAS FOR ALL” yang memerlukan jenis manusia menganggotainya, bukan dari jenis Jin Islam untuk menganggotai PAS, kalut bagaimana nak bermuktamar, kerana tak dapat keleh diantara kedunya, kalau Jin islam menganggotai PAS.
Maka manusia dari jenis blogger cokia popia berhak memperkatakan sesuatu sehubungan dengan PAS dan para muktamarnya. Inshaallah. Setitik ilmu diterima blogger cokia popia ini dari Almarhom Tuan Guru Haji Abdul Rahman Lubuk Tapah ayahnda kepada Almarhom Tuan guru Haji Lah (Abdullah) menantu kepada Almarhom Tuan Guru Haji Abdul Ghani Kubang Bemban (mantan KD Ulamak PAS awal-awal dulu), maka saya peturunkan untuk peringatan khusus kepada saya untuk melakar bukilan tinta ini, dengan ilmu Allah dan Rasul saya derima dari Tok Guru Ayah Mea, iaitu:-
Nabi s.a.w dalam sabda baginda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
Mafhumnya: “Ingatlah! Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya”.Surah al-Baqarah ayat 124:
Maksudnya: “Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati.”Firman Allah SWT dalam surah al-Saff ayat 2-3:
Maksudnya: " Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!. Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya. "Matlamat kita bermuktamar adalah untuk menyelesaikan permasalahan dalaman dan luaran PAS, skop perjuangan, matlamat dan fokas menangani isu semasa dengan penuh hikmah. Bukanlah didalam muktamar pusat yang akan diadakan sebagai gelanggan kecam mengecam, tuduh menuduh, dengan label dan brand yang memanaskan cuping telinga dan berdentum dikalbu. Janganlah kita jadikan lidah musuh dalam apa bentuk sekalipun sebagai alat ampuh bahan hujag fitnah untuk bertujuan menjatuhkan antara kita dengan kita yang akhirnya menjadi bahan ketawa musuh lawan kita yang sebenar. Ingatlah semua hli-ahli PAS dan penyokong sekutu PAS adalah: KITA KAWAN; BUKAN LAWAN.
Wahai perwakilan sekelian jadikanlah diri anda semua sebagai pemimpinn dan perwakilan yang berintegriti dan mengerti mengenali antara musuh dengan sahabat. Janganlah wahai perwakilan sekelian, anda jadikan Muktamar Agong ke 53 ini, umpama anda mengambil sebilah pisau yang beracun; belah temikai dan dijorong-jorongkan. Ingatkanlah pesanan rintihan terakhir Almarhom Ustaz Fadzil sebagimana diawal mukadimmah nukilan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan