Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 21 April 2009

DUN PENANTI : NAJIB DIHANTUI BAYANGAN MAHATHIR


Bukan sekadar hantu Altantuya sahaja yang mengekori Najib, mamanda tua yang sudah lebih 5 tahun meninggalkan kerusi PM pun tumpang menyebuk sama...tak percaya pembaca baca cerita dibawah...Sebenarnya sapa memerintah sapa sebenarnya ???? Alahai makin punah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional sejak akhir-akhir ini...

Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, bersedia memimpin jentera Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Penanti di Pulau Pinang, menurut laporan-laporan media tempatan semalam.

Ini sedang penyokong beliau, yang kembali menyertai Umno awal bulan ini, terus mengenakan tekanan ke atas presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, supaya tidak meneruskan cadangannya agar BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, kata laman berita dalam talian The Malaysian Insider.

Dr Mahathir percaya beliau boleh mengalahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kubu musuh ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penasihat umum PKR dan ketua pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR).

DUN Penanti terletak dalam kawasan undi parlimen Permatang Pauh yang diwakili Datuk Seri Anwar.

Malah, mesej itu telah disampaikan penyokong Dr Mahathir kepada beberapa pemimpin BN.

Kelmarin, sehari selepas Datuk Seri Najib, yang juga perdana menteri baru Malaysia, mengumumkan idea BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti, Dr Mahathir menggesa beliau membatalkan ideanya itu.

Dr Mahathir berhujah langkah mengaku kalah kepada pembangkang adalah satu tanda kelemahan.

The Malaysian Insider sejauh ini difahamkan Datuk Seri Najib dan kebanyakan pemimpin BN masih berpendapat tiada faedah bagi mereka bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Minggu lalu, Mohammad Fairus Khairuddin, daripada PKR, yang telah meletak jawatan sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang ekoran dakwaan rasuah, meletak jawatan sebagai Ahli DUN Penanti.

Ini mewajibkan pilihan raya kecil diadakan. Ia pilihan raya kecil kelima sejak Mac tahun lalu.

Dengan adanya kebimbangan mengenai 'keletihan pilihan raya', Datuk Seri Najib mengkritik pembangkang dengan dakwaan mereka menggunakan proses pengundian bagi tujuan politik dan ia membazirkan wang rakyat.

Pemimpin PR menyerang balas dengan mendakwa BN takut menghadapi pilihan raya kecil tersebut.

Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution, berkata kekalahan BN kepada PR dalam empat pilihan raya kecil berturut-turut sebelum ini - di parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta DUN Bukit Selambau - menyebabkan ia tidak yakin untuk terus bertanding.

'Tindakan itu didorong keadaan politik semasa, dengan mereka diselubungi kebimbangan kerana tumpas dalam empat pilihan raya kecil sebelum ini. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara BN tumpas secara berturutturut seperti itu,' katanya ketika dihubungi laman berita dalam talian mStar Online, milik akhbar The Star, semalam.

Kenyataan Dr Mahathir pula menunjukkan beliau bimbang BN dan Umno dicap demikian jika mereka enggan bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti dan ini akan melemahkan semangat parti pemerintah itu.

Tiada ulasan: