Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 21 April 2009

RAKYAT TAK TOLAK BARISAN NASIONAL TAPI........

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat bukan menolak Barisan Nasional (BN) tetapi hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka.

Beliau berkata, oleh itu pemimpin BN perlu bekerja keras mendekati rakyat bagi memastikan kejayaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Perdana Menteri berkata, sekalipun berlaku tsunami politik semasa pilihan raya umum 2008, namun kejayaan beliau mendapat majoriti besar di Parlimen Pekan iaitu 26,464 undi, majoriti yang dilihat menongkah arus pada pilihan raya umum lepas itu, membuktikan rakyat senang dengan pemimpin yang selalu mendekati mereka.

“Maknanya rakyat tidak tolak BN tapi hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan meraikan perdana menteri peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Najib berkata, pemimpin BN kini perlu mencontohi pemimpin terdahulu yang sentiasa bersama rakyat dan mengutamakan kepentingan rakyat.

p/s : Itulah kata Najib, tapi hakikatnya sudah 4 kali PRK Kecil diadakan telah membuktikan bahawa rakyat sememangnya menolak BN cuma Najib sahaja yang masih terawang-awang dengan mimpinya. Inilah hakikat yang tidak dapat diterima oleh Najib sendiri.....Kita semua ada akal, jadi gunakan sebaiknya untuk kita semua berfikir...oleh itu, sudah sampai masanya untuk kita melakukan tranformasi besar-besaran di Melaka pada PRU 13....

Tiada ulasan: