Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 5 Mei 2009

Datuk Husam Tutup Mulut - Malaysiakini

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, mendakwa pelbagai kenyataan yang dikeluarkan pemimpin parti itu dalam media berhubung pemilihan menjelang muktamar pada bulan depan sejak kebelakangan ini, kini menimbulkan keresahan di kalangan ahli Pas.

Justeru, Husam yang turut dikatakan berhasrat bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden, berkata mulai semalam beliau mengambil pendirian untuk tidak membuat sebarang komen berhubung perkembangan dalam parti itu atau mengulas kenyataan mana-mana pemimpinnya.

"Saya (kini) berpuasa daripada bercakap, sama ada untuk mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) atau mengenai parti. Justeru untuk mengulas melalui, akhbar, saya mengambil sikap berpuasa bercakap.

"Semakin banyak yang dibincangkan dalam akhbar, ia akan menimbulkan keresahan kepada ahli Pas nanti," katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada mangsa kebakaran di Blok Tanah Merah, Kampung Air Lanas, dekat sini, semalam.

Tiada ulasan: