Oleh Mohd Zuharman
Umno dan PAS nampaknya berada dalam suasana menyerang menyerang dalam pilihan raya kecil Manek Urai. Apa sahaja yang dinyatakan oleh kedua-dua pihak akan dibalas segera oleh lawan masing-masing.
Misalnya hari ini, Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Manek Urai, Datuk Mustapa Mohamed menyifatkan dakwaan pemimpin PAS bahawa Umno menolak Islam adalah fitnah semata-mata.
Mustapa melahirkan rasa kesal dan dukacita terhadap tomahan dilemparkan kepada Umno selepas merujuk kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mendakwa Umno menolak Islam, menyeleweng dan membawa ajaran sesat sehingga menuntut pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap Nik Aziz.
Sambil menyifatkan perbuatan itu sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab beliau turut mempertahankan Umno tidak pernah mengabaikan kewajipan itu dan alasan pelaksanaan perbankan Islam, pendidikan Islam dan ekonomi Islam adalah sebahagian daripada bukti usaha tersebut.
Bagaimanapun Mustapa tidak menafikan sedikit sebanyak kelemahan, namun Umno sentiasa berusaha ke arah meningkatkan syiar itu. Pada masa yang sama beliau berharap rakyat tidak mudah terpedaya dengan dakyah dan fitnah seperti mana berlaku.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis khatam Al-Quran Parlimen Kuala Krai anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan di Dewan Utama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, Manek Urai, dekat sini.
Mustapa menegaskan sebagai sebuah parti yang mendokong Islam, Umno bertanggungjawab menegakkan perkara yang benar dan menangkis segala fitnah yang disebarkan terutama dari kalangan pembangkang.
Pada masa sama Mustapa membidas Penasihat Pilihan Raya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang mendakwa sesiapa menatap wajah Tok Guru Nik Aziz akan mendapat pahala adalah ajaran salah yang boleh menyesatkan orang ramai.
"Tengok muka dapat pahala? Ini kira ajaran sesat. Tidak ada nas dalam Al-Quran atau Hadis tengok gambar tokoh dapat pahala, tapi tidak tahulah, saya bukan ulama besar. Saya tidak pernah baca mana-mana kitab yang kata begini.” jelasnya.
Sementara itu Wan Abdul Rahim semasa ditemui menafikan dakwaan tersebut sambil menyeru pimpinan Umno perlu menghayati setiap kenyataan dari sudut ilmiah dan hikmah sebelum membuat satu-satu rumusan.
“Lihat dari sudut ilmu agama, jangan ambil pengertian selapis sahaja. Kalau orang kata tidak tahu agama tak boleh, nak marah, tapi pengertian itupun tidak boleh faham,” sangkal Abdul Rahim.
Sebelum itu Pemuda PAS Kelantan sudah menyarankan supaya Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian meletak jawatan dan memasuki mana-mana pondok mendalami ilmu agama berikutan kekeliruannya terhadap perkara asas yang dimaksudkan dalam kenyataan Nik Aziz.
“Anuar seolah-olah tidak faham dengan segala penjelasan yang diberikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau juga seolah-olah ingin terus berdegil apa yang difahaminya itulah yang betul tanpa langsung ingin menyelami maksud ucapan Menteri Besar itu,” katanya.
Hisham berkata, perkara yang ditimbulkan Nik Abdul Aziz adalah perkara asas dalam akidah Islam dan jika isu itu pun Anuar masih keliru beliau dicadangkan meletak jawatan dan mendaftarkan diri ke mana-mana pondok di Kelantan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan