Suspek pengganas paling dikehendaki di Asia, Noordin Mat Top dan sekurang-kurangnya tiga pembantunya terbunuh dalam serbuan di rumah tempat dia bersembunyi di Jawa Tengah, menurut laporan Metro TV semalam.
Noordin dilaporkan terbunuh dalam bilik mandi rumah itu dan mayatnya dibawa ke Jakarta untuk menjalani ujian DNA bagi mengesahkan identitinya.
Dia dipercayai menjadi dalang pengeboman di hotel JW Marriot dan Ritz-Carlton di Jakarta pada bulan lalu di mana sembilan orang terbunuh.
Jurucakap polis, Nanan Sukarna berkata, pihaknya percaya Noordin bersama dua atau tiga lagi pengikutnya berada di dalam rumah itu.
Sementara itu, polis pada pagi kelmarin menyerbu sebuah lagi rumah yang terletak berhampiran Jakarta di mana dua suspek militan ditembak mati manakala bom yang disimpan di dalam sebuah kereta berjaya dirampas.
Ketua Polis Indonesia, Jeneral Bambang Hendarso Danuri berkata, seorang suspek yang ditahan didapati menempah sebuah bilik di sebuah hotel yang digunakan pengganas dalam serangan di Jakarta.
Rumah tersebut terletak kira-kira lima kilometer dari kediaman Presiden Susilo Bambang Yudhoyono. Polis percaya suspek merancang untuk menyerang kediaman Susilo.
Rumah yang diserbu di Jawa Tengah itu dikepung lewat tengah hari kelmarin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan