Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 9 Ogos 2009

SEGERAKAN POLISI PENJUALAN ARAK

Dewan Pemuda Pas mendesak Kerajaan Selangor supaya menyegerakan polisi penjualan arak, khususnya di tempat majoriti penduduk Islam. Timbalan Ketua Pemuda Pas, Azman Shapawi Ab Rani berkata, desakan itu merangkumi bagaimana pelaksanaan kaedah dan pengawalan penjualan arak yang sebelum ini dilakukan pihak berkuasa tempatan (BPT).

“Untuk itu, Pemuda Pas mencadangkan PBT di Selangor mewujudkan undang-undang kecil berkaitan khusus untuk menangani hal berkenaan,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Dewan Pemuda Pas Pusat di ibu pejabat parti itu di sini, semalam.

Azman berkata, pihaknya mahu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menguatkuasakan udang-undang sedia ada kepada masyarakat Islam yang melakukan kesalahan seperti minum arak dan pelacuran.

Mengulas desakan supaya Exco Selangor, Ronnie Liu meletakan jawatan, Azman berkata, Dewan Pemuda Pas berpendirian supaya isu itu diselesaikan melalui kaedah perbincangan.

“Kita tidak mengambil sikap meminta Ronnie meletak jawatan, cuma pemuda mahu perbincangan yang terbaik,” katanya.

Azman berkata, pihaknya menerima laporan bahawa polis dikatakan tidak menyerahkan kembali MyKad kepada mangsa yang ditangkap pada perhimpunan Mansuhkan Akta Keselamatan (ISA) minggu lalu.

“Kita tuntut (pihak berkuasa) menyerahkan kembali MyKad dengan cara yang terbaik, iaitu tidak diberikan syarat-syarat kepada bekas mangsa yang ditahan pada (perarakan) 1 Ogos lalu,” katanya.

Pada sidang media itu, Azman berkata, pihaknya sudah menerima jemputan daripada Gerakan Anti Rasuah Malaysia (Gerak) yang bertindak sebagai penganjur bagi mengadakan debat mengenai rasuah bersama Pemuda UMNO, 13 0gos ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, sekiranya terdapat dakwaan berkenaan, mereka hendaklah membuat laporan polis.

“Jangan melakukan sebarang tohmahan tanpa sebarang sebarang bukti yang kukuh. Polis akan menyiasat laporan berkenaan jika ia benar-benar berlaku,” katanya.

Tiada ulasan: