Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 31 Januari 2009

Perihal kematangan

Matang jika dirujuk kepada tumbuhan - ia bermaksud sudah boleh dituai contohnya : padi, gandum. Boleh di tebang contohnya : meranti, merbau, jati, merbah. Boleh dipetik buahnya kerana sudah masak seperti : rambutan, mempelam dan jambu.

Matang jika dirujuk kepada binatang - contohnya : sudah sampai umurnya untuk disembelih bagi tujuan korban seperti kerbau, lembu, unta (unta berumur 5 tahun lebih, kambing 2 tahun lebih).

Di dalam buku Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat : kematangan dirujuk kepada manusia ia menggambarkan insan yang sudah mencapai kesempurnaan fikiran. Begitulah takrifan kematangan berbeza apabila merujuk kepada objek yang digunakan. Apatah lagi apabila dinilai dari sudut manusiawi ia lebih subjektif.

Mengapa Perlu Kematangan?

Untuk menjadi matang, luaskanlah pergaulan dengan manusia. Di situ kita akan melihat kepelbagaian pendapat, fikiran, budaya, tatacara hidup, adat, bahasa dan sebagainya. Kematangan tidak datang dengan hanya duduk di dalam bilik atau hanya berteori dengan akal sendiri, atau hanya pandai bercakap sahaja di pentas, seminar, dewan kuliah, ceramah tanpa turun ke lapangan umat dan merasai sendiri erti kehidupan.

Orang yang matang banyak benar fikirnya, sebab sudah merasai jatuh dan bangunnya dalam hidup. Ia sudah merasai manisnya gula dan masinnya garam di dalam buku kehidupan. Sudah terfikir apa yang boleh dan tidak boleh di dalam pergaulan. Adakah baik dan buruk kesannya. Sebab itu katanya banyak berkias. Jika menegur ia menyindir. Jika terlalu marah ia menjadi diam dari biasa.

Orang yang matang tidak berfikir untuk diri sendiri sahaja. Tetapi dilihat apa natijahnya kepada orang lain. Untung dan rugi dikirakan, besar atau sedikit mudaratnya, disesuaikan pula dengan suasana, keadaan dan zaman.

Dari Abu Hurairah radiyaLlahu 'anhu katanya :
Telah bersabda RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam : Daripada keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna kepadanya " Hadith hasan riwayat Tirmidzi

Islam mengajar kita untuk meninggalkan perbuatan yang sia-sia yang menghabiskan umur dan masa secara percuma. Kehidupan perlu diisikan dengan perkara yang dapat memberi manfaat kerana orang yang matang bukan sahaja berfikir untuk waktu sekarang, tetapi sehingga di alam akhirat sana.

Budaya Kita Tidak Sama


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya ALLah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan- Nya (akan keadaan dan amalan kamu) (Surah al Hujarat ayat 13)

Orang Asli (yang masih belum sangat terdedah dengan kehidupan moden) menghabiskan masa bersama keluarga, ada kalanya turun ke hutan mencari rotan, menanam ubi kayu dan padi huma. Kadang-kadang meletakkan bubu, jorannya dari buluh agar dapat ditangkap ikan tengas. Sifatnya pemalu, sensitif dan berpegang pada janji. Janganlah kampung mereka dicerobohi tanpa hak, tentu disumpit penceroboh tersebut. Tentu sahaja berbeza bahasa, budaya dan loghat mereka kerana di tanahair kita sahaja terdapat 3 kumpulan etnik Orang Asli yang mempunyai pelbagai suku kaum iaitu Negrito, Senoi dan Melayu- Proto.

Orang Jawa tidak sama dengan Orang Jawa Halus dan Jawa Kasar, Bugis, Banjar. Begitulah dengan mereka yang tinggal di negeri dan negara lain. Bahasa dan loghatnya tidak sama. Mungkin sahaja ada perkataan yang sama sebutan tetapi berbeza erti dan penerimaan. Ada yang menyukai masakan manis, pedas dan sebagainya.

Bahasa di SMS tiada nada tinggi dan rendahnya (hanya dapat dilihat tulisan besar dan kecil, titik, koma dan yang berkaitan) berbanding bahasa percakapan.

Ilmu, Akhlaq dan Kematangan

Lihatlah, adab remaja dan diri di zaman ini. Masih adakah santunnya kepada orang yang lebih tua apabila bercakap? Masih rajinkah memberi salam dan senyum? Ilmu semakin tinggi adakah menjadikan diri semakin menunduk atau mendongak langit? lalu berjalan dengan sombong dan bongkak sedangkan siapalah jika diperkirakan hakikat diri, siapalah diri kita sebenarnya di hadapan ALlah berbanding orang lain (yang lebih tinggi ilmu dan taqwanya).


Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya ALlah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri (Surah Luqman 18)


Lihatlah, di zaman ini terdapat juga insan yang berani menuduh tanpa bukti, tidak diselidiki benarkah tuduhannya kepada orang atau golongan yang lain. Tidak memikirkan kesan dari percakapannya dan perbuatannya.

Mungkin agaknya ia lupa apa yang disuruh ALlah :

Surah Al-Hujuraat ayat 6, yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".
ALLahu ALlah...

Matang Dalam Membuat Keputusan

Ada juga yang suka berfikiran singkat, keputusan hendak segera tanpa ditimbang buruk dan baiknya. Ada juga apabila yang sudah memegang jawatan atau urusan yang penting segalanya hendak baharu. Tidak pula membuat kaji selidik, bertanyakan dengan orang yang lebih tahu, tidak mahu bermesyuarat agar setiap tindakan dapat diteliti dengan lebih mendalam. Katanya zaman dahulu biarkan berlalu, sekarang adalah zaman kita, pendekatan perlu berubah mengikut masa. Bahkan lebih dari itu terus dihapuskan sahaja tatacara dan budaya walaupun ia adalah baik untuk masa hadapan. Lihat sahaja hukuman rotan kepada anak murid. Keputusan guru diharamkan dari merotan dan diserahkan kepada 'tiga tangan' iaitu guru disiplin, guru penolong kanan dan pengetua.

Segala masalah berkaitan akhlaq pelajar diserah bulat-bulat kepada kaunselor sekolah. Akibatnya ramailah pelajar yang semakin kurang ajarnya. Semakin hilang hormatnya dengan guru apatah lagi didukungi oleh ibu dan ayah yang tidak boleh anaknya 'dijentik sedikit' walaupun tujuannya untuk mendidik dan membetuli sikap yang salah. Padahal dalam menyelesaikan masalah pelajar ada masanya diperlukan rotan untuk mendidik. Ada masanya perlu dinasihati, ada masanya perlu juga dikuarantin. Setiap satunya mempunyai kekuatan tersendiri. Alangkah baiknya jika ketiga-tiga ini digabungkan agar lebih efektif.

Pelajar merokok, berapa ramai yang 'makan nasihat' dengan diberi kaunseling? Pelajar yang mencuri, mengaibkan guru, dan kesalahan yang berat berapa kerat yang mengubah diri hanya dengan menghadiri sesi kaunseling semata-mata. Sedangkan apabila dilihat dalam Islam sendiri hukuman rotan itu wujud (contoh dalam hukuman zina lelaki dan wanita yang belum berkahwin serta minum arak) antara lain untuk memberi rasa insaf, gerun dan untuk mencegah bukan sahaja kepada diri pelaku kesalahan malahan untuk orang yang menyaksikannya.

Dan kini, akibatnya masyarakat juga sendiri yang merasa bahangnya.

Begitulah.. serba sedikit perihal kematangan.. Apa ruginya jika kita berfikir berkali-kali, belajar memahami, bertanya dahulu sebelum bertindak?

Selasa, 27 Januari 2009

Gaza mother gives birth under fire -Malaysiakini

A Palestinian woman has described in an exclusive interview with Al Jazeera how she gave birth as her house was being shelled by Israeli forces during the war on Gaza.In footage broadcast on Al Jazeera on Thursday, 37-year-old Nawal Samouni told how she gave birth as the Israeli army prevented medical teams from reaching her.

Nawal's daughter was delivered three weeks earlier than expected as her family huddled in a house in Zeitoun, shelled by Israeli forces."I was so scared," she said: "My mother delivered my baby ... but the placenta wouldn't come out. It took another two hours."Imtissal Samouni, Nawal's mother, told Al Jazeera: "The strikes and the shelling were all around us. It was night time and there was no electricity so we held a candle up to see."I tried to take out the placenta but there were more strikes so it wouldn't come out ... and Nawal started bleeding heavily. I cut the umbilical cord with a knife as it was around the baby's neck."


Civilians killed
The Israeli army prevented paramedics from entering the area where the family was sheltering for several days, according to the Samouni family.When they finally escaped, Israeli troops shot at them, Nawal's other children told Al Jazeera, saying the soldiers had looked on them and laughed as they opened fire.Accounts of what happened to the Samounis and others like them in Gaza during Israel's 22-day offensive on the Palestinian territory are only just beginning to emerge.


Al Jazeera's Sherine Tadros, who covered the war in Gaza as well as the Samouni family's story, said that many Palestinians had approached her with accounts of family members being killed in front of their eyes.Over 1,300 Palestinians died in the Israeli offensive and homes and infrastructure in Gaza were destroyed.Israel has also come under criticism for using phosphorus weapons in built up civilian areas.


Temporary ceasefire
The UN's nuclear watchdog, The International Atomic Energy Agency, has said it will open an investigation into Israel's alleged use of depleted uranium during its campaign On Sunday, Hamas and Israel separately declared ceasefires which continue to hold.The UN Security Council has issued a statement calling for the ceasefires to be turned into a "durable" truce agreement, calling for guarantees to prevent arms being smuggled via tunnels in Gaza and for Israel to open all border crossings.The council has also expressed "grave concern" at the humanitarian situation in Gaza.The US supported the press statement, which came out on Wednesday, having abstained from backing an earlier, legally-binding resolution adopted by the security council on January 8.
sourse : Al Jazeera

Menanti 'Solahuddin al-Ayyubi' kedua

Oleh W. RAHIMAH DRAMAN
SEJARAH sering kali berulang kerana sejarah tidak pernah berbohong. Cuma manusia yang selalu alpa.Sejarah bukan untuk dibukukan dan disimpan dalam arkib atau sekadar di catat dan diulang sebut tanpa dihayati dan dijadikan iktibar serta panduan dalam kehidupan.

Tamadun yang cemerlang kerana khalifah dan umara yang berkuasa banyak belajar dengan mengambil iktibar dan teladan daripada sejarah.Manusia yang berjaya lazimnya adalah yang mengkaji, belajar meneliti dan sentiasa ingat akan sejarah yang mencorak hidupnya.

Tetapi paling malang jika manusia buta sejarah. Buta sejarah bangsa keturunan dan asal usul boleh dimaafkan, kerana asal insan dari satu iaitu Adam dan Hawa yang Allah ciptakan dari tanah.Tetapi jika buta sejarah agama kepercayaan, akidah anutan dan perjuangan Rasulullah SAW serta khalifah terdahulu, tidak akan ada maafnya.

Kerana itulah yang paling merugikan sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Namun itulah yang banyak berlaku kini.Islam hanya satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah SWT. Allah berfirman yang mafhum-Nya:

Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (ali-'Imran: 85).

Namun sejarah agama dan akidah yang digaris al-Quran serta al-Sunnah semakin jauh dari umat muslim. Maka itulah nilai iman terhakis dan wujud masalah dengan musibah silih berganti.
Kedajalan zionis Yahudi Israel adalah ulangan sejarah manusia nafsu syaitan yang buas, ganas dan kejam ke atas sesama insan bergelar Islam. Palestin terus bermandi darah oleh kedayusan tentera rejim zionis Yahudi Israel di bumi Palestin yang dijajah sekarang.

Jika kekejaman zionis Kristian Eropah di bumi ambia itu dapat dihapus dan dinyah oleh tokoh pejuang terbilang Islam tahun 1192, Solahuddin al-Ayyubi, apakah ada Solahuddin kedua abad ini akan muncul menghancurkan zionis Yahudi Israel yang gila darah dan sedang bermaharajalela di bumi Palestin sekarang? Islam kini benar-benar memerlukan Solahuddin era moden untuk menyatukan ummah dan mengembalikan nilai iman serta membetulkan akidah bagi menyelamatkan Palestin dan membebaskan Al-Aqsa serta Baitul Maqdis dari penjajahan rejim Yahudi Israel.

Roh, semangat dan jiwa Solahuddin diperlukan oleh Muslim agar Islam kembali mengetuai urusan dunia agar dihormat dan ditakuti golongan kafir dan puak kufar yang bernafsu dan bertuhankan syaitan.Sejarah kehebatan Solahuddin adalah jelmaan dari ketokohan khalifah terulung Islam di zaman Nabi dan para sahabat, Saidina Umar al-Khattab.Kebijaksanaan dan pandangan jauh Solahuddin dalam membina semula daulah Islamiah selepas jatuhnya keagungan tamadun Islam belum ada tandingan hingga kini.

Kehebatannya menyusun strategi sama ada dalam peperangan mahu pun ketika mengurus tadbir pemerintahan dan penyatuan ummah terus jadi sejarah. Namun keberanian dalam perjuangan, ketokohan memimpin dan kewarakan dalam melaksanakan tuntutan beragama Solahuddin tidak ditonjolkan kepada khalayak.Solahuddin al-Ayyubi adalah nama gelaran. Nama sebenar dan nasab keturunannya ialah Solahuddin bin Najmuddin Ayub bin Syazi bin Marwan al-Kurdi.

Berasal dari puak Kurdis dari kabilah paling besar dan sangat mulia serta tinggi keimanan iaitu Rawadiyah, dari golongan al-Hazyaniah yang menetap di Duwain bersempadankan Wilayah Azerbaijan.Dilahirkan di Tikrit, Baghdad tahun 1137 (532 Hijrah), Solahuddin yang bapanya pernah memerintah kota itu sebelum dihalau ketika dia masih kecil oleh Raja Baghdad, Sultan Majuhid Bahruz adalah pejuang dan mujahid sejati era pasca moden.

Berhijrah ke Mosul
Berhijrah ke Mosul bersama bapanya, Najmuddin Ayub, keluarganya disambut baik oleh pemerintah di situ, Imaduddin Zinki kerana jasa bapanya sewaktu memerintah Kota Baghdad. Sejarah tokoh dan panglima terbilang selepas malapnya tamaddun Islam itu bagaimanapun tidak diuar-uarkan oleh dunia dan umat Islam sendiri.Sebagai tokoh, pejuang, mujahid dan khalifah paling hampir kepada ummah kini, roh dan semangat Solahuddin penting untuk ditiup ke sanubari Muslim kini.Terutama ketika rejim Yahudi Israel sedang bermaharajalela mengganas dengan membunuh serta mengusir rakyat Palestin sesuka hati sejak tahun 1948 hingga hari ini dengan bangsa Arab yang berpecah belah.

Solahuddin kedua diperlukan bagi menyatukan bangsa Arab yang berpecah dan berpuak untuk bersekongkol dengan puak kafir kini. Golongan kufar Kristian sememangnya ngeri dengan nama dan bayangan Solahuddin Al-Ayyubi. Perang Salib yang berlarutan hampir 200 tahun (1096-1192) akan terus menghantui kuasa penjajah zionis Kristian Eropah. Sebab itulah ketokohan Solahuddin tidak dikaji dan dikembangkan oleh sarjana orientalis barat. Malangnya, umat Islam juga turut 'menyembunyikan' kepahlawanan tokoh terbilang awal abad moden itu daripada generasi kini.

Menyatupadukan ummah (Arab) dan menegakkan Islam serta mengembalikan hak Muslim ke atas Masjid Al-Aqsa dan Baitul Maqdis daripada penaklukan zionis Kristian Eropah adalah misi dan hasil perjuangan tinggalan Solahuddin yang hanya ada dalam lipatan sejarah Islam.
Menyedari besar dan agungnya ketokohan serta sumbangan Solahuddin dalam menyatu ummah dan menegakkan Islam serta kewarakannya, Aman Palestin Malaysia (APM) tampil menyelusuri jejak-jejak perjuangannya untuk didedah kepada umum.Dengan matlamat membangkitkan semangat Solahuddin al-Ayyubi ke jiwa generasi muda Muslim negara ini dan dunia Islam seluruhnya, APM merealisasikan usha itu melalui program Rehlah Jejak Solahuddin pada 2 hingga 11 Disember lalu."Kami menyahut cabaran selepas salah seorang pejuang Palestin di Jordan, Sheikh Abu Habib, menyuarakan gagasan itu dua tahun lalu."APM terpanggil bagi merealisasikan idea itu selepas tiada pihak tampil menyambut gagasan beliau," kata Ahli Lembaga Pengarah APM yang berpusat di Shah Alam, Selangor, Hashimah Saleh.

Menurut beliau, APM mengambil risiko kerana pentingnya ada ikon Islam tulen paling hampir dengan generasi zaman ini untuk dijadikan idola dalam perjuangan Muslim sekarang.Hashimah antara tunggak utama APM dalam menyingkap sejarah perjuangan Solahuddin untuk didedahkan kepada umat Muslim.Menjejaki tinggalan kubu-kubu kota tinggalan perjuangan Solahuddin dan tenteranya melalui Rehlah Jejak Salahuddin berlangsung ketika kemuncak 'jihad' dalam ibadah Haji musim 1429.

Semangat pengorbanan
Mengambil semangat pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s serta ketabahan jiwa rakyat Palestin menghadapi penyiksaan rejim zionis Yahudi Israel, 13 peserta di mana lapan adalah wanita diketuai Mohd. Nadzmaimi Mohd. Nadzir, selaku Pengarah program tersebut.

Perjalanan 10 hari meninggalkan keluarga dan kemeriahan Hari Raya korban di tanah air, melalui perjalanan hingga melewati 24 jam sehari untuk pergi dan balik ke satu-satu lokasi tinggalan Solahuddin merentasi gurun dan laluan bergunung ganang ke pendalaman Jordan dan Syria di jalan berliku yang sempit bukan perkara mudah.Sedangkan muncung M-16, pelancar roket dan mortar di kubu kawalan yang sedia di petik picu ada di mana-mana dengan kelibat kereta kebal berkeliaran terutama di kawasan bersempadankan Palestin dan sekitar Beirut.

Adakalanya pula, makan dan minum perlu 'diqada dan jamak' sebagaimana amalan ibadah solat ketika bermusafir."Alhamdulillah usaha terlaksana, selepas beberapa kali tertangguh kerana melibatkan soal keselamatan selain wang ringgit dan komitmen serta sokongan telus mereka yang benar-benar prihatin," kata Hashimah.Menyelusuri jejak perjuangan Solahuddin perlu menjelajah seluruh kawasan bersempadankan Palestin di Jordan, Syria dan Lubnan.

Ketiga-tiga negara ini adalah laluan utama dan benteng strategik tentera Solahuddin ketika menyerang dan menawan penjajahan tentera Salib untuk mengembalikan keadilan dan hak Islam ke atas Aqsa serta Baitul Maqdis..Di Jordan sahaja terdapat tidak kurang 40 buah kubu kota (qol'ah) yang dibina semula oleh Solahuddin selepas menawannya daripada tentera Salib, di samping membina banyak lagi kubu-kubu pertahanan baru bagi mengukuhkan kekuatan Islam.

Kubu kota di banjaran pergunungan atas puncak bukit di pendalaman daerah Lattakia, Syria, di mana puncak bukit batu granit setinggi menara berkembar Petronas di belah untuk membina jalan oleh pemerintahan Bizantin era empayar Rom yang dijajah tentera Salib, turut di tawan dan dibina semula oleh tentera Solahuddin.

Kubu di pergunungan Lattakia adalah kota pertahanan terbesar (lima hektar) dalam sejarah pembinaan kubu-kubu pertahanan era tamadun Rom yang berjaya 'diislamkan' oleh Solahuddin, di samping kubu kota Karak di utara Jordan yang menghadap Laut Mati dan menjadi benteng paling hadapan untuk menawan semula Al-Aqsa dan Baitul Maqadis dari penjajahan zionis Kristian.

Bukti ketinggian iman
Sebuah masjid serba lengkap dibina oleh Solahuddin di setiap kubu kota yang diduduki dan dibinanya semula adalah bukti ketinggian iman serta kewarakan beliau dalam perjuangannya.Kehebatan seni bina kubu-kubu yang turut dilengkapi dengan pusat pentadbiran, perniagaan dan penjara itu utuh hingga kini dan tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana seni bina era moden.Semua kubu yang ditawan dan dibina semula oleh tentera Solahuddin berada di kawasan strategi, atas bukit di banjaran pergunungan jauh ke pendalaman dan menghadap ke arah kiblat pertama Islam, Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis.

Ini kerana misi perjuangan Solahuddin semata-mata untuk membebas dan mengembalikan hak Al-Aqsa dan tanah haram Baitul Maqdis kepada pemilik mutlak, Islam.Tentera kaum Arab dari pelbagai suku puak bangsa dan warna kulit bergabung atas kerja keras Solahuddin menyatukan mereka yang berpecah belah, bermula tahun 569 Hijrah (1173 Masihi), iaitu setelah lima tahun dia dilantik memimpin Mesir.

Mereka berjihad melalui semangat Solahuddin dan berpegang pada firman Allah SWT dalam mafhum-Nya: Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan besar (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (al-Anfaal: 41).

Bertahun-tahun Solahuddin berusaha menyatukan wilayah-wilayah Islam Arab yang berpecah ketika itu, bagi memerangi penjajahan zionis Kristian dalam tiga Perang Salib sebelum dapat mengembalikan Al-Aqsa dan Baitul Maqdis ke pangkuan Islam.Ketika tentera salib hampir memusnahkan Masjid Al-Aqsa dengan lautan darah dari pembunuhan lebih 5,000 umat Muslim Palestin, bagai 'singa lapar' Solahuddin dan tenteranya bangkit menamatkan kedajalan zionis Kristian hampir 200 tahun itu (1096/489H - 1192/588H), pada tahun 1192.

Ribuan tentera Salib diketuai raja-raja Eropah ketika itu, (Raja Jerman, Frederick I Barbarossa, Raja Perancis, Philip II Augustus dan Raja England, Richard The Lion Heart) mati serta tunduk kepada perjanjian damai yang diputuskan oleh Solahuddin pada bulan Syaaban 588 Hijrah (1192 Masehi).Namun kejayaan perjuangan Solahuddin yang benar-benar berlandaskan al-Quran dan al-sunnah serta apa yang menjadi amalan Rasulullah SAW tidak terus dinobatkan.Hingga akhirnya rejim zionis Yahudi Israel pula bertindak menjajah bumi Palestin dengan membunuh serta mengusir Muslim bermula tahun 1948 hingga hari ini.

"Diharap jihad kecil AMP bagi mendedahkan perjuangan tentera Solahuddin menyelamatkan Palestin, Aqsa dan Islam ini akan menghidupkan semula roh serta semangat Solahuddin Al-Ayyubi di sanubari umat Muslim."Ia bagi mengembalikan semula hak Islam ke atas Aqsa dan Baitul Maqdis dari penjajahan zionis Yahudi Israel pula," kata Mohd. Nadzmaimi.Menurutnya, semangat perjuangan yang tidak pernah kenal penat dan putus asa Solahuddin dalam jihad mempertahankan Islam inilah yang mahu dipupuk oleh APM ke jiwa setiap Muslim hari

Selasa, 6 Januari 2009

Boikot Amerika, Bukan Sekadar Jangan Beli Barang, Tetapi Jangan Jual Barang Kepadanya

Oleh: Hasbullah Pit

Sekian lama kempen boikot barangan Amerika telah berjalan, namun ianya agak kurang berkesan.

Mengapa?

Secara kebiasaannya, apabila orang membeli barangan Amerika, kita akan sangka dia mendapat keuntungan daripada itu. Kebiasaannya kita akan menyangka bahawa kita menyumbang duit kepada Amerika.

Sebenarnya Amerika tidak memerlukan duit daripada jualan kepada pelanggannya untuk menguasai dunia.

Duit yang dia mahu itu hanya ingin digunakan untuk dikitarkan semula supaya membeli bahan mentah daripada luar.

Kekuatan Amerika letaknya adalah dengan penjualan matawang USDnya, bukan pada penjualan barangan keluaran negaranya.

Apabila Amerika perlukan duit(USD) untuk membuat sesuatu, kongres bersidang dan penciptaan duit(USD) yang baru  boleh diluluskan.

Mereka, Amerika tidak begitu risau akan inflasi matawangnya walaupun dicetak lebih, atau diwujudkan dalam bentuk "kredit" kerana permintaan terhadap Dollar tetap ada.

Dalam erti kata lain, kekuatan ekonomi Amerika lebih bergantung kepada penjualan dollar berbanding dengan penjualan barangan keluarannya.

Jadi untuk melumpuhkan amerika, kita hendaklah tidak membeli dolar Amerika (USD).

"Tidak Membeli USD" dalam perpektif lain ialah tidak menjual barangan dalam USD.
atau, tidak menerima USD ketika menjual barangan.

Mungkin sukar untuk diterangkan kalau disebut dengan ayat di atas, jadi ayat ringkasnya ialah "Jangan Jual Barang Kepada Amerika".

Kepada sesiapa yang tidak faham bagaimana Amerika menguasai dunia menggunakan dollar, perlu baca artikel berkaitan petrodollar. (Minta golongan mahasiswa yang banyak masa itu terjemahkan artikel itu ke B.M).

Atau baca catatan lama saya

Iran akan menyerang Amerika Dalam Beberapa Minggu

Sebenarnya Iran sudah serang.

Jadi saya ringkaskan semula..

Oleh Kerana  Amerika menguasai dunia dengan petrodollar, maka serangan ke atas Amerika adalah

Jangan Beli USD
==> tidak menjual barangan dalam USD
==> Tidak Menerima USD Ketika Menjual Barang
==> Jangan Jual Barang Kepada Amerika.

Jadi kepada sesiapa yang faham, sila kemukakan idea saranan untuk tidak menjual barangan kepada Amerika Ulama-ulama yang ada di dunia ini supaya kekejaman di Gaza dapat dihentikan dengan cepat.

Ahad, 4 Januari 2009

KASUT ITU SEPATUTNYA SINGGAHNYA KE MUKA PEMIMPIN ARAB - Malaysiakini

oleh Ahmad Tajdid

Stesen TV Al-Jazeera dalam rancangan "Inside" yang disiarkan di Malaysia melalui rangkaian Astro, 31 Disember lalu menampilkan debat dalam talian (online) antara tiga panelis berhubung isu serangan terbaru regim haram Israel ke atas semenanjung Gaza.

Ia menampilkan seorang aktivis media Palestin berbangsa Arab, aktivis hak asasi manusia berpangkalan di London berbangsa Inggeris, dan seorang ahli akademik Israel berbangsa Yahudi.

Ketiga-tiga panelis memberikan hujah mereka secara bersahaja dan meyakinkan, menandakan konflik yang berlaku di Palestin kini memang sudah berada dikotak pemikiran mereka.

Aktivis media Palestin berbangsa Arab itu sudah pasti memberikan pandangan bersandarkan fakta yang menyebelahi rakyat Palestin, yang bagi beliau menjadi mangsa kekejaman Isreal. Israel baginya bukan sahaja bermaharajalela menyerang, menindas dan membunuh rakyat Palestin; malah berjaya meyakinkan masyarakat antarabangsa bahawa negara pengganas itu adalah sebenarnya 'mangsa' kepada tindakan ganas rakyat Palestin khususnya Hamas. Dan tindakan Israel menyerang Palestin dilihat oleh sekutu-sekutu rapatnya - Amerika, Britain dan Eropah - sebagai usaha mempertahankan diri daripada serangan pejuang Hamas!

Aktivis hak asasi manusia berpusat di London - seorang perempuan tua berbangsa Inggeris - secara terang-terangan membela Hamas yang pada hemat dirinya adalah pertubuhan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin khususnya di Gaza.

Beliau bukan sahaja mengecam Israel kerana keganasannya, tetapi juga menempelak kuasa besar dunia khususnya Amerika yang enggan menerima Hamas sebagai penguasa di Gaza; satu pilihan rakyat Palestin yang dibuat melalui proses demokrasi.

Seorang lagi panelis, ahli akademik Israel pula pastinya melihat isu itu melalui sudut pandang negaranya. Beliau membela kempen serangan Isreal terhadap Gaza dan menyalahkan Hamas yang baginya menjadi duri dalam daging kewujudan negara Israel. Hamas bagi beliau adalah kumpulan pengganas yang dikelompokkan bersama Syria, Iran dan Hizbullah. "Paksi kejahatan" ini, tidak mengiktiraf kewujudan Israel dan mahu negara Yahudi itu dihapuskan daripada peta dunia.

Perbincangan atau lebih tepatnya perdebatan antara tiga panelis itu amat menarik untuk disorot. Bagaimanapun penulis rasa terpana dengan sanggahan hujah ahli akademik Israel itu.

Menurut beliau, jika benar serangan Isreal terhadap Gaza itu bakal menggugat keamanan serantau dan menjadikan rantau Timur Tengah sebagai tidak stabil, mengapa tiada sebarang tindakan atau bantahan dibuat oleh negara-negara Arab di rantau itu terhadap operasi ganas tentera Israel di Gaza? Dan baginya, sikap tidak peduli dan acuh tak acuh negara-negara Arab serantau terhadap konflik terkini yang tercetus di Gaza, menandakan kempen ganas Israel terhadap penduduk Palestin khususnya pejuang Hamas 'direstui' negara-negara tersebut.

Maka penulis pun teringat kisah seorang wartawan Iraq, Muntazer Al-Zaidi yang melemparkan kasut ke arah Presiden Amerika, George Bush dalam satu sidang akhbar bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri Al-Maliki di Baghdad, baru-baru ini.

Muntazer ditangkap dan bakal didakwa kerana kesalahan menghina seorang pemimpin negara asing.

Beliau tidak menyesali tindakannya itu malah dianggap sebagai hero oleh masyarakat Arab kerana berjaya memalukan Bush yang banyak melakukan jenayah kemanusiaan di rantau itu. Ada yang mahu menjadikannya menantu kerana tertarik dengan keberaniannya. Tidak kurang juga yang berdemonstrasi membawa kasut di tangan bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan Muntazer.

Menyesali kegagalan pemimpin-pemimpin negara Arab menangani isu Palestin apatah lagi membela rakyat Palestin di Gaza yang kini menjadi bahan belasahan Isreal alangkah baiknya jika kasut-kasut pemuda Arab itu singgah ke hidung-hidung para pemimpin mereka

sumber : Kedahlanie

12 HARI PENJENAYAH AKAN OVERTIME - Malaysiakini

Oleh Ibnu Mustaffa

Seronoknya pencuri, penyamun, perompak, mat rempit, perasuah, pemaksiat, perogol dan berbagai-bagai mereka yang profesyennya adalah membuat dosa noda pada 6/1/09 sehingga 17/1/09 ini.

Mana tidaknya, seramai 6,000 anggota polis akan di'cuti'kan tugasnya untuk memantau dan menangkap mereka-mereka yang berprofesyenkan pekerjaan cap ayam ini. Seronok bebenorlah mereka-mereka ini nanti. Akan menambahkan pendapatan dan boleh buat overtimelah mereka-mereka ini untuk membuat pekerjaan harian mereka kerana kesenangan membuat kerja harian.

Hamba pun tidak faham mengapa polis Malaysia ini sungguh berminat dengan PRK KT P036 ini? Apa masalahnya dengan pilihanraya kecil ini sehingga 6,000 anggota polis perlu ditugaskan untuk PRK ini? Mengapa? Orang Kuala Terengganu ni ganas macam LTTE ke? Tidak puas hati je, bunuh orang, tidak puas hati je bunuh orang, gitu? Atau puak-puak PAS ini adalah teroris antarabangsa yang selalu mengebom berani mati kepada pengundi-pengundi yang tidak mahu mengundi mereka?

Apalah punya cerita ni. Macam cap ayam. Orang Kuala Terengganu adalah orang bandar. Majoriti Melayu. Majoriti Melayu diulangi. Diulangi lagi sekali, majoriti Melayu. Melayu yang bersifat sopan santun, penuh maruah dan beragama Islam serta berpendidikan. Ini nampak macam pihak kerajaan hendak menghina puak-puak Terengganu yang seperti mengatakan mereka ini tidak boleh bertindak mengikut lunas undang-undang kerana sifat 'kejahatan' mereka. Ya, ini memang satu penghinaan kepada pengundi dan juga penduduk Kuala Terengganu.

Hamba kasihan melihat 6,000 anggota polis ini nanti, sudahlah kena buat kerja lari dari 'job description' mereka, nanti, bila hujung tahun, bila ada temuduga prestasi kerja tahunan, kena hentam kromok kerana prestasi kerja yang kurang memberangsangkan. Kerana apa, kerana kes-kes jenayah meningkat, kes-kes samun meningkat, dan kes-kes PRK asyik-asyik pembangkang je menang.

Wahai polis. Tolonglah buat kerja yang telah diamanahkan rakyat kepada anda sekelian. Tolonglah. Kes-kes jenayah sekarang di Malaysia sudah terlalu kronik. Hilang kasut mahal di pintu rumah sudah menjadi fenomena kehidupan biasa di Malaysia di bandar-bandar besar. Sehingga polis sudah ke tahap tidak mahu layan kes-kes kasut hilang ini kerana kes-kes jenayah lebih besar lebih banyak yang perlu diselesaikan.

Jika motor anda hendak diparkir, anda diwajibkan untuk membawa sekali mangga sebesar buah nangka agar motor anda tidak hilang ghaib entah ke mana. Jika hilang ghaib juga, maka janganlah berangan-angan dengan repot kepada polis akan membuahkan hasil mengembalikan motor kesayangan anda kepada anda.

Inilah dia Malaysia yang kita duduki sekarang. Penuh dengan perkara-perkara cap ayam. Atau ada tambahan bahasa baru dari abang hamba dari Bahrain, cap ayam pongek. Maka bergembiralah penjenayah-penjenayah di Malaysia nanti dengan kerja-kerja tambahan masa kerana polis akan berkurangan sebanyak 6,000 anggota selama 12 hari mulai 6/1 ini. Apalah nasib badan kepada kita rakyat marhaen ini, malang, malang,....... :(

http://ibnmustaffa.blogspot.com

SEKALI SEKALA KENA TENGOK JUGA DIRI SENDIRI - Malaysiakini

Oleh: Anak Bapa

Sahlah calon PAS bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu ialah sahabat saya YB Mohd Abd Wahid Endut, ADUN Wakaf Mempelam. Saya juga kenal sangat anaknya yang belajar di Jordan sewaktu saya pi "berehat" selama setahun di sana dahulu. Saya tak ada apa nak komen sekadar mengucapkan syabas kepada pimpinan kerana berjaya mengenegahkan seorang calon yang bersih dan berwibawa untuk pilihanraya ini. Semoga dengan pemilihan ini akan membawa kebaikan di dalam perjuangan kita dan doa saya semoga semua pihak di dalam Pakatan Rakyat akan bekerja bertungkus lumus bagi memenangkan calon kita.

Apa yang ingin saya coretkan di sini adalah lebih kepada muhasabah sesama kita. Maklumlah kita ni mana ada yang maksum (walaupun kebelakangan ini ada pulak orang yang nak mengaku maksum, sampai nak tegur pun tak boleh …), jadi elok juga kita sama-sama merenung, belajar dan mengambil pengiktibaran. Saya dengan orang-orang Terengganu ni bukanlah jauh sangat. Malah saya pernah duduk di sana dekat setahun semasa PAS memerintah dulu. Sepanjang pengamatan saya (mungkin juga saya silap …), saya lihat gelagat sesetengah pimpinan di sana seolah-olah mereka ni hidup di alam mereka sendiri (syok sendiri?). Pandangan dan kehendak akar umbi sering mereka pinggirkan. Pentadbiran parti sabankali diabaikan. Perkara penting, sebagai contoh, membentuk kepimpinan pelapis telah tidak ditangani dengan baik menyebabkan ada kelopongan dari aspek kesinambungan kepimpinan. Justeru itu kita dapati mereka ketandusan pemimpin pelapis yang dinamik dan berwibawa, tidak seperti Kelantan. Apabila diminta menyenaraikan calon-calon yang lebih muda , "fresh" dan berketrampilan, mereka terkial-kial mencarinya. Balik-balik muka tu juga yang disenaraikan…. Bukanlah kita nak merendah-rendahkan sesiapa, tetapi sebagai sebuah negeri yang antara "terkuat" PAS, "you can do better". Jikalau dikehendaki seorang calon yang hebat, tentu PAS Terengganu akan berupaya mengemukakan "at least" 10 calon "power" punya.

Sebagaimana yang saya sebutkan di atas, saya mempunyai begitu ramai kenalan PAS di Terengganu, samada pemimpin pertengahan dan ahli akar umbi. Mereka merayu-rayu kepada perubahan. Mereka begitu mendambakan kepimpinan baru yang lebih berwawasan. Orang-orang lama kena mula dengar dan bagi peluang pemimpin pelapis untuk menerajui Terengganu. Jasa pemimpin ahli takkan lupa. Almarhum Ustaz Fazdil, walaupun telah lama meninggalkan kita, namanya tetap disebut dan dikenang. Lagi pun perjuangan kita bukan untuk mendapatkan pujian manusia. Kalau orang tak puji pun tak apa asalkan kita telah melaksanakan tanggungjawab kita terhadap Allah swt dan Allah reda dengan kita. Tentulah jika kita dapat kedua-dua lagi baik. Jangan pula cakap berjuang lillahi taala tetapi apabila ada orang lebih layak, dia nak terus juga bergayut dengan jawatan yang ada. Silap-silap cari jalan pula nak menyekat orang yang lebih layak daripada menjadi pemimpin. Cara ni cara Islam ke? Cuba fikir-fikirkan ……

Anak Bapa: Sayang Terengganu, ahli PAS ramai pemimpin kurang ………!

Khamis, 1 Januari 2009

MARI KITA LIHAT PENYELEWENGAN RASHID SPR - Malaysiakini

KUANTAN - Ini satu berita gempar dan amat mengejutkan telah kami terima daripada satu sumber yang amat dipercayai. Sebelum ini kami telah mendedahkan betapa “murahnya” hati YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob kerana sudi menghadiahkan “tanah” kepada Pengerusi SPR yang bakal pencen tidak lama lagi iaitu Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman. Pendedahan kami itu telah menggegarkan puak-puak UMNO Pahang. Apakah simboliknya tanah yang begitu luas dihadiahkan kepada Rashit SPR?. Apakah ini bermakna terdapat satu perancangan “jahat” yang dibuat oleh UMNO dan BN Pahang bagi memastikan kemenangan mutlak BN di Pahang dalam pilihanraya umum yang lalu. Ini bermakna, negeri pimpinan Adnan Yaakob telah diselamatkan oleh Rashit SPR dari gelombang “Tsunami Politik” yang melanda seluruh negara. Justeru itulah beliau dihadiahkan “tanah” oleh MB Pahang. Ini amat mengecewakan seluruh rakyat, termasuk juga puak-puak UMNO karat itu sendiri. Mereka pun begitu sukar sebenarnya untuk memohon tanah biarpun sekangkang kera.

Namun kini, ada satu berita baru yang pasti lebih menggemparkan disaat Pengerusi SPR itu kini berkokok kononnya akan menyaman mana-mana pemimpin pembangkang yang menfitnah dirinya. Katanya sepanjang 25 tahun menjadi orang kuat SPR beliau telah berjaya menjalankan pilihanraya yang adil dan telus. Bahkan katanya. SPR tidak kuasa untuk menghalang penggunaan media dan lain-lain instrumen kerajaan oleb Barisan Nasional. Justeru itulah, beliau menafikan yang SPR berkerjasama dengan kerajaan BN untuk memastikan pakatan karat itu terus berkuasa biarpun telah ditolak oleh rakyat sebenarnya. Rashit SPR ini juga mengatakan beliau akan membuat tindakan tersebut selepas tamat tempoh perkhidmatannya hari ini. Beliau akan bersara wajib mulai hari ini selepas sekian lama menjadi “pencatur” perjalanan politik di negara kita. Terkadang rasa naik “meloya tekak” bila mendengar penjelasan “bangang” si Rashit ini sebenarnya. Kononnya beliau menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab sejak mengendalikan pilihanraya di negera ini.

Kami tidak mahu mengulas tentang kebobrokan SPR ini sebenarnya. Sebab semua rakyat yang cintakan keadilan melihat apa yang berlaku didepan mata mereka. Rashit boleh “berkata apa saja” kononnya beliau diftinah, ditohmah dan bermacam-macam lagi. Maka dengan bangganya. beliau akan membuat tindakan saman terhadap pemimpin pembangkang terbabit. Anehnya, beliau bertegas bahawa hanya pemimpin pembangkang sahaja yang menfitnah dirinya. Sebaliknya tiada pemimpin UMNO dan BN yang berbuat demikian. Ini bermakna, memang Rashit sebenarnya disokong oleh puak-puak yang telah “memperkotak-katikkan keadilan serta sistem demokrasi” di negara ini. Rashit tidak perlu terlalu bangga dan mendabik dada dengan kenytaaan beliau itu. Ini kerana rakyat sudah bijak menilai apa yang berlaku. Perjalanan pilihanraya di Malaysia terus dicemari dengan berbagai siu dan taktik kotor dalam memastikan kuasa terus berpihak kepada kerajaan. Rashit juga perlu menjawab isu persempadanan semula, celup jari dengan dakwat, pengundi hantu, undi pos dan banyak lagi yang ternyata telah disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu. Lihat sahaja di negeri Pahang ini, Rashit membantu TPM Najib untuk mendapat kemenangan mutlak dengan majoriti tinggi selepas dikejutkan dalam pilihanraya umum ke-10 dulu. Najib sudah tewas jika tidak dibantu dengan “undi pos” yang hadir lewat malam. Sedangkan semua pihak sudah tahu keputusan lebih awal.

Rashit Perancang Kemenangan Najib Razak

Tiba-tiba, Najib dimenangkan dengan undi pos yang entah dari mana datangnya. Bagi mengukuhkan lagi bakal PM itu, kawasan yang terletak dalam daerah Kuantan dan sah berada dalam parlimen Paya Besar telah dihantar ke parlimen Pekan. Kawasan itu ialah Kem Batu 10, KuantanPulau Manis. Inilah dia sebenarnya penipuan jelas yang dibuat secara terancang antara Rashit dan juga Najib Razak. Itupun Rashit masih mahu mengatakan beliau tidak bersalah dan semua itu hanya fitnah semata-mata?. Begitu juga dalam kes celup dakwat pada jari. SPR telah membazirkan wang rakyat untuk menempah sistem terbabit tetapi akibat gusar ia akan menyukarkan “pengundi hantu”2/3 BN di parlimen. Bayangkan jika penggunaan dakwat itu dilakukan, sudah pasti kerajaan pusat sudah bertukar selapas tanggal 8 Mac 2008 yang lalu.

yang menempatkan hampir 12,000 angkatan tentera. Diwujudkan sebuah kawasan DUN baru yang dinamakan beroperasi maka dengan kuasa yang ada beliau membatalkan penggunaan dakwat tersebut disaat akhir. Atas alasan dakwat itu telah dibeli juga oleh orang lain untuk tujuan penipuan. Hingga ke hari ini tiada apa tindakan dan akhirnya beliau pula mengaku hanya mendapat laporan dan khabar angin. Bukankah ini jelas penipuan terancang Rashit untuk memastikan kerajaan BN tidak dimalukan baru-baru ini. Itu pun Pakatan Rakyat telah berjaya menidakkan majoriti

Apakah ini semua satu fitnah?. Rashit kononnya profesional tetapi dalam masa mengumumkan keputusan pilihanraya umum ke-12 lalu jelas sekali beliau seperti pemimpin UMNO dan BN. Cakap dan gayanya menunjukkan beliau terlalu kecewa dengan keputusan yang berlaku. Malah, beliau juga gagal melaporkan keputusan di negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Melihat watak beliau pada malam keputusan itu, sudah jelas kepada kita baha siapa Rashit ini sebenarnya. Maka usahlah Rashit ingin menjadi juara kononnya beliau “bersih” dari segala tohmahan yang dibuat. Mungkin dek kerana beliau akan berara wajib pada hari ini 31 Disember 2008 maka segala bukti-bukti tentang penyelewengan yang dibuatnya sejak sekian lama akan dibersihkan oleh pihak-pihak tertentu. Ini kononnnya bagi menjaga nama baik beliau, dan atas perkara itulah kini beliau dengan angkuh dan sombong mengatakan akan menfailkan tindakan saman terhadap mana-mana pemimpin pembangkang yang dikatakan menfitnah dirinya itu.

Rashit Dapat Tanah "Pilihanraya"Di Pahang

Sebelum ini, kami pernah mendedahkan bahawa Pengerusi SPR itu telah dihadiahkan tanah oleh MB Pahang. Ini berikutan dengan jasa-jasa Rashit yang telah menyelamatkan Pahang dari gelombang “Tsunami Pilihanraya” lalu. Mereka hanya gagal berbuat demikian di parlimen Kuantan dan Indera Mahkota, kerana pemimpin Pakatan Rakyat di kawasan itu memantau perjalanan pilihanraya dengan sistematik. Akhirnya kedua-dua kerusi parlimen itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dari PKR. Namun bagi lain-lain kawasan, ternyata UMNO dan BN masih dapat bertahan dari gelombang yang berlaku. Kami sudah mengenal pasti beberapa lokasi tanah tang berkaitan. Antaranya di sekitar daerah Maran, Temerloh dan Raub Pahang. Namun begitu siasatan kami untuk lokasi terbabit agak terjejas apabila segala data di Pejabat Tanah telah dihilangkan oleh pihak-pihak tertentu. Namun, satu penemuan terbaru telah dikenalpasti baru-baru ini. Pengerusi SPR itu dipercayai telah mempunyai tanah seluas lebih kurang 400 ekar di kawasan Raub Pahang. Maklumat yang kami terima, tanah terbabit dibuat atas nama anaknya bersama seorang pemimpin politik di Pahang.

Kami masih menyiasat perkara ini dan akan membongkarkannya dalam masa terdekat. Difahamkan juga semua proses tanah terbabit sudah hampir selesai sepenuhnya dan hanya menunggu geran sahaja. Krew kami di kawasan terbabit melaporkan bahawa tanah tersebut adalah anugerah dari MB Pahang atas kerjasama yang diberikan oleh Rashit SPR bagi memastikan negeri Pahang tidak tumbang ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum lalu. Soalnya di sini, siapakah pemimpin politik terbabit yang khabarnya bertaraf “Ketua Bahagian” di Pahang. Kami sedang mengumpulkan segala bukti dan maklumat berkaitan untuk didedahkan dalam masa terdekat ini.

Justeru itu, kami amatlah berharap agar Rashit SPR dapat berhati-hati dengan tindakannya untuk menyaman pemimpin pembangkang. Jika perkara ini terdedah dan dibongkarkan , sudah pasti beliau akan meneri malu dan tamparan yang lebih hebat. Sebelum ini kami difahamkan juga beliau mempunyai sebauh kilang di Semenyih, Selangor

yang juga diusahakan atas nama anaknya dengan pemimpin UMNO dari Sabah. Melihat kepada hubungan akrab beliau dengan pemimpin terbabit dalam urusan bisnes, jelas sekali ia akan menimbulkan lebih banyak skandal dan kontroversi selepas ini. Jangan sampai satu demi satu rahsia penyelewengan beliau dibongkarkan pula nanti.

Maka itu, kita amatlah berharap agar Rashit SPR berehat dan bermuhasabahkan diri serta bermain bersama anak-anak cucunya selepas bersara nanti. Jika beliau ingin menjadi juara saman menyaman kita mencabar agar beliau bertindak sebagai “anak jantan” dan menyertai politik dan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang. Jika beliau yakin dirinya berada dipihak yang benar maka sudah pasti rakyat akan memberi sokongan kepadanya.

Namun, jika sebaliknya maka terbukti bahawa Rashit hanya bercakap dengan “bayang-bayang sendiri”. Usahlah menjolok sarang tebuan, kelak akan memakan diri. Lebih baik beliau perbanyakkan beribadah dan mendekatkan diri kepada tuhan serta menginsafi segala apa yang telah beliau lakukan selama ini. Kerana Rashit akan dikenang sebagai “Bapa Perosak Demokrasi Malaysia”.

Kami difahamkan pemimpin terbabit adalah merupakan seorang Ketua Bahagian sebuah parti politik terkenal di Pahang, dan mereka kini amat gusar rahsia ini didedahkan kerana hanya menunggu geran sahaja. Justeru itu kami nasihatkan agar mereka berhati-hati jika tidak mahu isu ini dibongkar untuk pengetahuan rakyat dalam masa terdekat ini !!

SAMAN, LUCUT KERUSI PARLIMEN : KENYATAAN RASHID MENGARUT - Malaysiakini

TEMERLOH 1 Jan (Hrkh) Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abdul karim menyifatkan kenyataan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman untuk menyaman dan melucutkan kerusi parlimen anggota pembangkang sebagai kenyataan 'mengarut'.

Katanya, Rashid bercakap seperti orang jahil undang-undang dan perlembagaan Persekutuan.

Jelas Abdullah, perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyenaraikan sebab-sebab seorang anggota perlimen boleh dilucutkan kerusinya, antaranya disebabkan oleh gila atau disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara atau denda tidak melebihi RM2,000 jika tidak mendapatkan keampunan dan sebagainya.

"Ia berbeza dengan kenyataan Rashid kononya ada ahli parlimen pembangkang akan digugurkan kerusinya jika disabit dengan kesalahan memfitnahnya," ujar Abdullah yang juga seorang peguam.

Menurut Abdullah sekalipun Rashid menang saman sivil dengan jumlah jutaan ringgit sekalipun ia tidak akan menjejaskan kerusi anggota parlimen berkenaan kerana kesalahan yang memboleh kerusi sesaorang anggota parlimen itu digugurkan adalah bersabit kes jenayah, ia tidak termasuk dalam kes saman sivil atau saman malu yang sebutkan bekas pengerusi SPR itu.

"Kenyataan Rashid itu mendedahkan kejahilanya, bagaimanapun kita hormatlah hak beliau untuk membuat saman sivil itu, itu haknya, ujar Abdullah ketika ditemui di pejabatnya.

http://www.harakahdaily.net