Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 11 Mei 2010

MUSLIMAT MELAKA CADANG TAMBAH NAIB PRESIDEN MUSLIMAT

Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin mencadangkan supaya perlembagaan parti dipinda bagi mewujudkan empat jawatan Naib Presiden, satu daripadanya dikhususkan untuk muslimat.
Naib Ketua Muslimat PAS kawasan, Kintan Man membawakan usul itu pada Muktamar Dewan Muslimat PAS negeri, baru-baru ini.

Perasmiannya disempurnakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

(Gambar: Dr Khatijah menyampaikan cenderahati kepada Dr Lo' Lo'.)
Menurut Kintan, kewajaran usul itu diimplimentasikan adalah kerana muslimat PAS bukan sahaja memimpin muslimat tetapi juga memimpin wanita warga Malaysia amnya.
"Tema perubahan bermula dari dalam PAS itu sendiri di mana kita muslimat mahu ditempatkan pada kedudukan pembuat dasar dan mempunyai suara di peringkat kepimpinan tertinggi dan Islam itu sendiri yang dibawa oleh PAS menempatkan muslimat di tempat sewajarnya sekaligus memartabatkan wanita," katanya.
Sementara itu, Dr Lo' Lo' menggesa para muslimat supaya melakukan kerja secara sistematik bagi mencapai kejayaan di dalam pilihan raya di negeri ini yang dianggap sebagai 'Darul Umno'.

"Kadang-kadang kita lupa nak promote Islam kepada orang yang kita jumpa kerana usaha seperti ini perlu berjalan walaupun sedikit tapi berterusan dan saya tak mahu lihat orang PAS duduk di markas PAS tapi anaknya duduk di bangsal Umno.
"Ustaz, ustazah kena turun jumpa muda-mudi di shopping kompleks, padang bola, tempat rekreasi buat program sebab kadang-kadang kena tukar srategi buat yang baru," kata beliau.

Beliau turut menekankan supaya petugas muslimat istiqamah melakukan kerja yang kecil-kecil tetapi mendatangkan hasil seperti menemui masyarakat agar hati mereka tersentuh melalui kenduri, kematian, berkhatan, marhaban dan sebagainya.

Selain ketua Muslimat PAS negeri, Dr Khatijah Jumangat, muktamar itu turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya negeri, Mejar (B) Jasme Tompang, Ketua Pemuda negeri, Ustaz Kamarudin Sidek, Ketua Wanita PKR Melaka, Mahani Masban dana Ketua Wanita JIM Melaka, Rahimah Abdul Latif.

Tiada ulasan: