Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 12 Jun 2010

BAI'AH BUKAN ISLAM SEBELUM JADI CALON

PAS akan mengadakan perjanjian dengan orang bukan Islam yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas majlis perasmian Muktamar PAS Pusat Ke-56, di Putik tengahari tadi.

Menurutnya lagi, beliau bagaimanapun yakin calon-calon bukan Islam yang bermoral tidak akan melompat parti sekiranya dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya terbabit dan menang kerusi yang dipertandingkan itu.Menyentuh tentang perletakan calon pula, beliau memberitahu persefahaman pasti akan wujud dalam mengagihkan calon-calon Pakatan Rakyat dan akan memastikan pertandingan dua penjuru akan berlaku.

“Mana-mana calon yang mewakili DAP atau PKR tidak akan diletakkan calon dari PAS, begitu juga tempat yang dikhususkan untuk Dewana Himpunan PAS,”ujarnya.Katanya, dalam sejarah Islam sendiri telah terbukti adanya kerjasama antara Islam dan bukan Islam yang turut menentang kezaliman yang juga telah wujud persefahaman antara Dewan Himpunan PAS dengan PAS sendiri.“Jadi ianya tidak ada sebarang masaalah,”ujarnya.

Katanya, PAS juga telah membuat keputusan dengan adanya Dewan Himpunan PAS itu membuktikan PAS telah mengiktiraf mereka dengan menjadikan mereka sebahagian dari sayap-sayap parti sebagaimana Dewan-Dewan yang lain.Hadi seterusnya berkata, setelah beberapa tahun Kelab Penyokong di tubuhkan dan tahun ini ditingkatkan sebagai Dewan Himpunan dan akan dipertingkatkan lagi sehingga membolehkan mereka mengikuti sidang muktamar dan mengadakan muktamar mereka sendiri tahun hadapan.

Beliau berkata, Dewan Himpunan diadakan untuk mereka sebagai satu pengiktirafan untuk golongan itu yang kini semakin bertambah keahliannya hasil kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan, Terengganu, Perak dan Kedah.“Mereka melihat sendiri bagaimana konsep Islam yang mengiktiraf mereka sebagaimana umat Islam yang lain,”ujarnya.Jelasnya, dalam urusan lain termasuk politik ianya boleh melibatkan bukan Islam kecuali amalan yang bersangkutan dengan agama Islam seperti puasa, zakat, solat dan sebagainya.

Tiada ulasan: