Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 12 Jun 2010

TADBIR PUTRAJAYA : PAS PERLU SIAP SEDIA LEBIH AWAL


Hasrat PAS untuk menuju ke Putrajaya perlu disusuli dengan persiapan secara bersungguh-sungguh sehingga ia mampu menjadi kenyataan.Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, banyak orang mempunyai cita-cita besar tetapi ia sekadar angan-angan sahaja.Beliau berkata, untuk menjadikan cita-cita itu kenyataan, perlu tindakan dilakukan bagi memperkukuhkan PAS itu sendiri.

Ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-56 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, petang tadi katanya usaha memperkasakan ahli di seluruh peringkat parti perlu dilakukan.

Katanya juga berlaku peningkatan jumlah cawangan dan ahli PAS sekarang, namun beliau khuatir kemasukan itu sekadar ikutan sahaja tanpa ada alasan yang kukuh."Parti perlu susun program kefahaman khusus kepada ahli baru. Kita tidak mahu yang masuk terikut kawan atau sahabat, atau seronok ramai masuk PAS dia masuk PAS. PAS perlu merancang perkara ini," ujar beliau.

Selain itu katanya, ahli lama pula perlu diberi perhatian dari segi meningkatkan kefahaman semasa mereka kerana senario politik sekarang amat berbeza.Beliau berkata, jangan pula dilupakan orang yang telah berjuang bersama kita kerana terlalu
asyik dengan rakan-rakan baru.Kata beliau dahulu PAS bersendirian tetapi kini bersama rakan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, perubahan yang berlaku itu perlu difahami dan dasar-dasar parti wajib terus
dipertahankan.Bagi melaksanakan usaha ke arah itu katanya, ia memerlukan usaha yang tersusun dan terancang.

Tiada ulasan: