Saya sokong 100 peratus keputusan PAS untuk benarkan bukan islam bertanding atas nama PAS. Ini satu lonjakan baru buat PAS..dan pada masa sama akan membina sebuah politik baru di negara ini. Harus diingat bahawa keputusan ini telah disepakati oleh mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas Pusat, sebuah badan tertinggi dalam parti.
Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Ke-56 berkata :"Ingin saya umumkan bahawa Majlis Syura parti telah memutuskan untuk membenarkan calon bukan Islam daripada DHPP dibenar untuk menggunakan logo parti dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Beliau berkata, Pas kemungkinan akan mengenakan syarat dengan bakal-bakal wakil rakyat itu sebagaimana ‘bai’ah’ agar tidak berlaku gejala melompat parti.
Menurut beliau lagi, mereka yang bakal dipilih berasas tapisan terperinci di mana mereka perlu menerima konsep perjuangan politik Pas dan juga mempunyai latar belakang baik serta bermoral tinggi.
Tindakan membuat ikrar ini sudah pasti akan mengelakkan kebarangkalian calon bukan Islam itu yang memenangi kerusi bertindak melompat keluar parti.Sebelum ini PAS sudah ada calon bukan islam yang bertanding di kawasan yang majoritinya bukan Melayu iaitu R. Kumutha, lulusan Ijazah Undang-Undang dari Universiti Northumbria, United Kingdom yang bertanding di Dun Tiram atas tiket PAS, menentang calon BN, Maulizan Bujang.
Beliau memperolehi 8827 undi berbanding Maulizan, 17,006 undi. Bagaimana pun Kumutha berjaya mencatatkan peningkatan lebih 3000 undi berbanding undi diperolehi calon PAS, Roslani Sharif, pada PRU 2004.
Menurut Abdul Hadi lagi, tidak timbul usaha cuba membayangi pengaruh parti-parti lain dalam pakatan pembangkang yang turut mempunyai calon bukan Melayu.Beliau berkata: "Tidak timbul isu itu (membayangi). Pakatan pembangkang sudah ada persefahaman, kita akan cuba sedaya upaya untuk hanya memastikan pertandingan dua penjuru sahaja.
‘‘Pas hanya letak calon di kawasan yang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak letak calon."Memang ada perbezaan, calon bukan Islam Pas itu menerima dasar perjuangan kita. Dalam Islam ia bukan perkara baru malah semasa Nabi Muhammad berhijrah dahulu Baginda dibantu tunjuk jalan oleh bukan Islam sehingga sampai ke Madinah."
Ketika ditanya adakah tindakan menerima calon bukan Islam itu seolah-olah membawa maksud tersirat bahawa rakan pakatan, DAP tidak memahami perjuangan politik Pas, Abdul Hadi berkata, "Perkara itu tidak berbangkit".
Sebaliknya beliau menegaskan bahawa ia bukannya strategi politik untuk menarik sokongan pengundi bukan Islam terhadap Pas tetapi lebih kepada tanggungjawab untuk memperkenalkan keindahan Islam.
Ada juga yang tak setuju
Ada juga yang tak setuju apabila menyatakan keputusan Pas meletakkan calon bukan Islam mewakili parti itu dalam pilihan raya umum akan datang dibuat atas pertimbangan politik jangka pendek.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia dilihat tidak akan berjaya kerana parti itu tiada pengalaman berkongsi kuasa politik dengan bukan Islam.
"Mereka mempunyai masalah tidak konsisten dalam parti dan tindakan itu hanya memenuhi keperluan politik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kah..kah..lawaklah menteri judi ni..dia ni tuhan ke boleh ramal keputusan bukan islam jadi calon PAS tidak akan berjaya. Kalau judi bola bolehlah ramal jika beri rasuah pada pemain bola..tapi keputusan ini sukar diramal dan ia bakal cetuskan fenomena baru buat PAS. Kerana UMNO masih dalam lingkungan kepompong satu bangsa, yang hanya boleh perdaya saluran 1 dan 2..buat generasi muda, mereka melihat PAS semakin moden dan segar dengan idea baru.
Ia akan menarik golongan muda sertai PAS dan pada masa sama, bukan islam akan tertarik dengan PAS. Pernah rakan saya, seorang India berkata akan masuk PAS jika Kelab Penyokong PAS diiktiraf. Nah sekarang, bukan setakat kelab penyokong PAS dijadikan dewan, malahan boleh bertanding dalam pilihanraya..ini satu perkembangan yang segar.
Calon bukan islam lebih baik dari katak
Apapun, calon bukan islam lebih baik daripada calon katak macam Ibrahim Ali. Menang atas tiket PAS tapi tak sedar diri, pergi pimpin NGO Gila Melayu dan UMNO..
sumber : Justice For All
Tiada ulasan:
Catat Ulasan