Isu terbabit mencetuskan pertelingkahan diplomatik menyebabkan lima negara tempat pasport berkenaan digunakan, memanggil wakil Israel untuk berunding.
Poland menahan seorang suspek ejen agensi perisikan Israel, Mossad, yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan seorang panglima kanan Hamas di Dubai, selepas mendapat permintaan Jerman, semalam.
“Dia ditahan di Warsaw dan disyaki terbabit secara haram mendapatkan satu pasport Jerman,” kata jurucakap pendakwa raya persekutuan Jerman.
“Kini terpulang kepada pihak berkuasa Berlin untuk membuat keputusan jika mereka mahu suspek dihantar ke Jerman,” kata pendakwa raya berkenaan yang mengesahkan laporan dalam majalah Jerman, Der Spiegel.
Dalam satu artikel yang bakal diterbitkan esok dalam Der Spiegel, suspek yang dikenal pasti sebagai Uri Brodsky ditahan awal Jun ini ketika tiba di lapangan terbang Warsaw kerana curiga dia membantu seorang anggota skuad pembunuh mendapatkan pasport Jerman pada Jun 2009.
Mahmud al-Mabhuh, seorang pengasas sayap tentera pergerakan Islam Hamas yang mengawal Gaza, ditemui mati dalam biliknya di Hotel Al Bustan Rotana berhampiran lapangan terbang Dubai, 20 Januari lalu.
Polis Dubai mengeluarkan rakaman kamera pengawasan meluas yang dikatakan mereka menunjukkan anggota suspek daripada skuad pembunuh yang dikaitkan dengan Mossad.
Anggota kanan Hamas berkenaan disahkan diberi dadah dan kemudian dicekik. Sebanyak 12 pasport Britain, enam (Ireland), empat (Perancis), seorang (Jerman) dan tiga (Australia) digunakan oleh 26 orang dipercayai dikaitkan dengan pembunuhan itu, menurut polis Dubai.
Dalam kebanyakan kes, dokumen itu jelas sama ada dipalsukan atau diperoleh secara haram.
Isu terbabit mencetuskan pertelingkahan diplomatik menyebabkan lima negara tempat pasport berkenaan digunakan, memanggil wakil Israel untuk berunding.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan