Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 13 Jun 2010

ISRAEL PENGGANAS DAN PEROMPAK

“Mereka merampas lebih AS$3,500 (RM11,500) wang tunai dan lesen memandu saya. Mereka turut mengambil kad permit kerja saya di Arab Saudi sebagai guru. Mereka mengambil komputer riba dan pakaian,” kata seorang lagi aktivis, Bllat Abdul Aziz.

Sementara itu, dakwaan itu turut diakui wartawan TV3 , Halim Mohamed yang mengesahkan semua barangan miliknya dan milik jurukamera, Mohd Jufri Judin, iaitu telefon bimbit, komputer riba, kamera digital, kamera video, buku nota, resit hotel, serta bahan yang boleh mengaitkan bukti kekejaman rejim Zionis turut dirampas.

“Sebelum merampas semua barangan, kami diberitahu semua barangan itu akan dipulangkan semula tetapi tidak diberitahu bila. Apabila kami merujuk kepada pegawai Kedutaan Thailand yang membantu mengisi beberapa borang dan prosedur sebelum boleh dibebaskan, kami diberitahu jika dalam tempoh dua minggu tidak dipulangkan, bermakna barang yang dirampas tidak akan diserahkan semula,” katanya.

Halim berkata, tentera Israel merampas semua barangan yang ada, kecuali dompet dan pasport sebelum membebaskan semua sukarelawan selepas menjalani pemeriksaan.

“Bagaimanapun, semalam (Jumaat) saya ada menerima e-mel daripada seorang sukarelawan Ireland yang turut serta dalam misi kemanusiaan itu meminta delegasi serta sukarelawan yang barangan mereka dirampas menyenaraikan barangan mereka bagi memudahkan urusan pengambilan semula barangan melalui pejabat kedutaan,” katanya ketika dihubungi semalam.


sumber : Berita Hairan

Tiada ulasan: