Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 7 November 2010

Konon Melaka Maju.. Menteliti Masih Kuno

Assalamualaikum .. Salam Hormat 

Malam tadi Program Ceramah Penerangan Pas Cawangan Bukit Pulau Kawasan Bukit Katil diganggu lagi. Insiden yang berlaku ini bukan lah  sesuatu yang baru bagi PAS Kawasan Bukit Katil bahkan setiap kali PAS Kawasan Bukit Katil mengadakan ceramah pasti akan timbul satu lagi majlis ceramah anjuran UMNO Bahagian Bukit Katil. Penulis bersama rakan sempat mengunjungi kedua-dua tapak ceramah yang diadakan. 

Jika berada di Majlis Ceramah Pakatan Rakyat semalam, rasanya banyak ilmu dan fakta yang berkaitan dengan penyelewengan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Melaka Pimpinan Datok Mohd Ali Rustam dan konco-konconya dibongkar berdasarkan dengan Laporan Ketua Audit Negara dan Teks Pembentangan Budget 2011.Tetapi keadaan sebaliknya lain pula ceritanya bila mengunjungi program ceramah UMNO yang dijuarai oleh Ulama'Muda Umno seperti Khairul Amin dan beberapa orang lagi. Dengarnya balik dari Luar Negara tapi mentaliti dan apa yang diucapkan seakan-akan lawak yang dibuat oleh Nabil Raja Lawak bahkan lebih teruk dari itu. Tak cukup dengan ceramah merapu seumpama penjual ubat di pasar malam malahan idea yang dilontarkan jelas tak mencerminkan yang penceramah tersebut seorang yang berpelajaran tinggi dan berkarisma. Nampak sangap mengampu dan memperbangangkan orang-orang Kampung Pulau. 

Kadang-kadang rasa kesian dan terkilan melihat mentaliti generasi muda khususnya Ulama Muda Umno yang sangat licik memberbodohkan orang-orang kampung di Negeri yang kononya diiktiraf sebagai Negeri Maju. Jika di Majlis Ceramah Pakatan Rakyat, Rakyat didedahkan mengenai hutang kerajaan negeri yang hampir berbilion-bilion dibelanjakan sepertimana yang dinyatakan oleh YB dari DAP mengenai apa yang ditanyakan kepada Datok Ali Rostam kenapa hutang negeri makin bertambah, dengan muka yang tak malunya KM Melaka menyatakan "bukan hutang saya dan bukan saya yang perlu bayar, Hutang Kerajaan, Kerajaan lah yang kena bayar" . Jelas kepada kita disini bahawa kerajaan pimpinan UMNO/ BN hanya tahu untuk membuat hutang dan tidak tahu untuk melangsaikan hutang.Pesanan Nabil Raja Lawak kepada semua Rakyat Negeri Melaka dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13" LU PIKIRLAH SENDIRI" 

Tiada ulasan: