Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 7 November 2010

GALAS, BATU SAPI : SIGNAL UNTUK PRU 13

Kekalahan Pakatan Rakyat di Galas Batu Sapi adalah loceng amaran supaya gabungan pembangkan terus bangkit dan bermuhasabah terhadap kerja parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad.

Sambil menyifatkan pilihannya kecil itu sebagai "menampakkan ketempangan demokrasi dan pencabulan media", Idris berkata kekalahan partinya bukanlah mengejutkan apabila di kubu kuat mereka di Manek Urai sebelum ini pun PAS hampir tewas.

"Begitu juga sebelumnya ketika pilihan raya kecil Pengkalan Pasir (yang) merupakan kubu kuat PAS tewas dan dapat (di)tawan kembali dalam pilihan raya umum ke-12," katanya.

Dalam pilihan raya DUN Galas dan parlimen Batu Sapi yang berjalan serentak kelmarin, kedua-dua calon PAS dan PKR kecundang di tangan calon BN.

Di Galas, Dr Zulkefli Mohamad (PAS) tewas di tangan Abdul Aziz Yusof (BN ) dengan majoriti 1,190 undi.

Manakala di Batu Sapi pula, Linda Tsen (BN) menang dengan majoriti besar dengan majoriti 6,359 menewaskan Yong Teck Lee (SAPP) dan Ansari Abdullah (PKR).

Dalam satu kenyataan, Idiris berkata, kekalahan itu akan memberikan pengajaran yang berguna.

"Kemungkinan Allah tidak mahu kita leka dengan kemenangan cemerlang pilihan raya umum ke-12 sehingga menimpa kekalahan yang mengejutkan dalam pilihan raya umum ke-13," katanya lagi.

Tiada ulasan: