Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 7 November 2010

WANITA UMNO MELAKA HANCOR ..

HANGAT Wanita UMNO Melaka. Salah satu sumber boleh dipercayai melaporkan Wanita Melaka sedang dilanda ‘gempa bumi’ lebih hebat dari gempa bumi di Padang Indonesia. Kata mengata, umpat mengumpat dan salah melapor begitu hangat diperkatakan sehingga membawa perpecahan kepada pergerakan ini.

Kita sangka selepas mantan Ketua Wanita Melaka, Datuk Hazizah Mohd Sultan melepaskan baton kepada ketua yang baru, Datuk Rabiyah Ali (Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota) selesai segala masalah rupa-rupanya sangkaan itu meleset. Ternyata Rabiyah yang juga bukan wakil rakyat tidak mampu menjadi pengemudi atau ‘ibu’ yang baik bagi Wanita UMNO Melaka. Malah ada pihak yang mempertikaikan personaliti dan kewibawaan Rabiyah yang tidak setanding dengan bekas-bekas Ketua Wanita Melaka sebelum ini. Begitulah hebatnya kisah Wanita Melaka apabila faktor personaliti lebih hangat diperkatakan berbanding usaha memartabatkan pergerakan itu di negeri ini.

Sebenarnya di Melaka mempunyai dua Ketua Wanita UMNO Bahagian yang berstatus wakil rakyat iaitu ADUN Linggi, Latifah Omar dan ADUN Rembia Norpipah Abdol. Memandangkan dua wakil rakyat berkenaan mempunyai komitmen yang tinggi dalam tugas mereka maka Rabiyah Ali dilantik sebagai Ketua Wanita Melaka. Manakala Hasnah Salam yang mendapat tempat pertama dalam jawatan Exco Wanita semasa pemilihan parti bulan Mac lalu dilantik sebagai Penolong Setiausaha Wanita UMNO Melaka.

Sekadar meramalkan mungkin ada yang tidak kenanya dalam pelantikan jawatan Wanita UMNO Melaka ini. Sudah tentu ada yang bertanya kenapa Hasnah Salam yang menjadi calon popular dalam pertandingan jawatan Exco Wanita tidak dilantik Ketua Wanita Melaka? Dalam soal ini Hasnah tidak memenuhi keperluan dan kehendak Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mahukan ketua wanita negeri dilantik di kalangan ketua wanita bahagian. Memandangkan Hasnah hanya penyandang jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah maka jawatan tersebut terlepas kepada Rabiyah Ali.

Sememangnya kalau direnungi memang tidak ada kenanya dalam soal pelantikan Ketua Wanita Melaka ini. Bagaimana Rabiyah dan Hasnah Salam yang bergelar Exco Wanita Pusat serta mendapat mandat perwakilan Wanita UMNO seluruh negara harus mendengar arahan Rabiyah yang hanya berstatus ketua wanita bahagian? Kalau dikira kepada faktor logik, Hasnah Salam sepatutnya menjadi Ketua Wanita Melaka memandangkan menyandang jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia sekaligus mampu membawa suara pembelaan wanita negeri ini. Namun oleh kerana faktor yang disebutkan di atas maka Hasnah hanya menyandang jawatan ketiga tertinggi di negeri ini maka bermulalah konflik serta perpecahan.

Walau bagaimana pun perlu disebutkan di sini Hasnah Salam bukanlah pemimpin favourite sesetengah pemimpin bahagian Alor Gajah dan Melaka khususnya. Mungkin kerana keagresifan dan kelantangan atau lebih menonjol di peringkat nasional maka adalah sesetengah pihak tidak menyenangi ketrampilannya. Lalu adalah yang menyebut dalam sesetengah program yang dikendalikan oleh Hasnah tidak mendapat kerjasama secukupnya dari pimpinan bahagian dan ada juga keputusan pucuk pimpinan Wanita Melaka tanpa pengetahuannya. Malah usaha menjatuhkan Hasnah turut dilakukan pimpinan tertentu negeri ini sehingga kepada pengetahuan Shahrizat sendiri. Kononnya Hasnah antara pemimpin Wanita Melaka tidak boleh dipercayai dan sebagainya.

Dalam soal ini kita tidaklah berhasrat merendah-rendahkan mana-mana pemimpin UMNO di negeri Melaka. Sekadar mengingatkan pemimpin Wanita UMNO seluruh negara agar satukan tekad, satukan matlamat dan satukan suara anda. Mengambil kira perpecahan Wanita UMNO Melaka tiada faedahnya kepada mana-mana pihak sekalipun. Sebagai Ketua Wanita Melaka, Rabiyah umpamanya kena menjadi ketua yang adil kepada semua anggota pergerakan di negeri ini. Jangan kerana Hasnah Salam mempunyai hubungan dingin dengan Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah yang juga Exco Hal Ehwal Wanita Negeri Melaka , Norpipah Abdol maka beliau perlu dilanyak dan tidak disokong.

Sepatutnya Wanita Melaka berbangga mempunyai salah seorang pemimpin wanita seagresif dan selantang Hasnah. Jangan kerana beliau tidak popular di bahagian Alor Gajah maka ada pihak mengambil kesempatan merendah-rendahkan kewibawaannya. Begitu juga pimpinan bahagian Alor Gajah yang diterajui oleh Datuk Abdul Ghafar Atan kena bersikap adil dan menyokong mana-mana pemimpin yang mahu melakukan program atau aktiviti parti di bahagian berkenaan tidak kiralah Wanita, Pemuda dan Puteri. Jika wujud konflik, salah faham, rasa tidak puas hati dan sebagainya di kalangan Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah, Abdul Ghafar kena menjadi pendamai yang baik. Abdul Ghafar kena bertindak menyatukan mereka dan bukannya berpihak kepada mana-mana pimpinan wanita negeri ini. Jika ini mampu dilakukan maka baiklah Wanita Alor Gajah.
.


 read more  at MTD SERKAM

Tiada ulasan: