Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 8 Disember 2010

Najib Konon Berlagak Membela Islam

Islam sememangnya adalah suatu cara hidup yang dijamin oleh Allah SWT sebagai Rahmatan Lil Alamin (rahmat untuk seluruh alam). Ini sejajar dengan firman Allah SWT: “Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” [TMQ. Al Anbiya (21) : 107]. 

Terlampau banyak fakta normatif yang dapat membuktikan bagaimana Islam pernah memberikan keamanan kepada dunia. Lihatlah bagaimana penganut dua agama besar dunia iaitu Yahudi dan Kristian selama hampir 800 tahun lamanya boleh hidup di Andalusia dengan penuh harmoni ketika Islam berkuasa di Andalusia. 

Di sepanjang sejarah, ketika umat Islam menjadi pemimpin dan syariat Islam diterapkan, Islam adalah agama yang senantiasa menjamin keamanan, keselamatan dan kebebasan kaum minoriti non-muslim dalam beribadah sesuai dengan keyakinan mereka. Ini sudah berlaku semenjak zaman Rasulullah SAW dan ia tetap dilaksanakan oleh para khalifah selepas baginda. Polisi yang begitu baik terhadap non-muslim ini terus berlangsung selama berabad-abad lamanya sepanjang sejarah kekhilafahan Islam. Karen Amstrong dalam bukunya, Holy War, menggambarkan saat-saat penyerahan kunci Baitul Maqdis kepada Khalifah Umar bin al-Khathathab sebagai berikut,

“Pada tahun 637 M, Umar bin Khaththab memasuki Jerusalem dengan dikawal oleh Uskup Yunani Sofronius. Umar meminta agar dia segera dibawa ke Haram asy-Syarif dan di sana dia berlutut untuk berdoa di tempat Nabi Muhammad SAW melakukan perjalanan malamnya. Si Uskup memandang Umar penuh dengan ketakutan. Dia berfikir, ini adalah hari penaklukan yang akan dipenuhi dengan kengerian yang pernah diramalkan oleh Nabi Daniel. 

Pastilah, Umar adalah seorang yang anti Kristian dan yang akan melakukan pembantaian dan menandai datangnya Hari Kiamat. Namun, kekhawatiran Sofronius sama sekali tidak terbukti.” Setelah itu, penduduk Palestin hidup dengan damai dan tenteram; tidak ada permusuhan dan pertikaian meskipun mereka menganut tiga agama besar yang berbeda iaitu Islam, Kristian, dan Yahudi. Apa yang dilakukan oleh Khalifah Umar ra jauh berbeda dengan apa yang dilakukan oleh tentara Salib pada tahun 1099 M.

 Ketika mereka berhasil menakluki Palestin, kengerian, keganasan dan pembantaian disebarkan hampir ke seluruh kota. Selama dua hari setelah penaklukkan, 40,000 umat Islam telah dibunuh. Tentera Salib berjalan di jalan-jalan sekitar Palestin dengan menyeberangi lautan darah. Keadilan, persatuan, dan perdamaian tiga penganut agama besar yang diciptakan sejak tahun 637 M oleh Khalifah Umar ra hancur lebur. Meskipun demikian, ketika Shalahuddin al-Ayyubi berhasil membebaskan Kota al-Quds pada tahun 1187 M, beliau tidak melakukan balas dendam dan kebiadaban yang serupa”

Karen Armstrong menggambarkan penaklukan kedua kalinya ke atas Jerusalem ini sebagai berikut,

“Pada tanggal 2 Oktober 1187 M, Salahuddin dan tentaranya memasuki Jerusalem sebagai penakluk dan selama 800 tahun berikutnya Jerusalem tetap menjadi kota Muslim. Salahuddin menepati janjinya. Dia menaklukkan kota tersebut menurut ajaran Islam yang murni dan paling tinggi. Beliau tidak berdendam untuk membalas pembantaian sebagaimana yang berlaku pada tahun 1099 M…”

Perlakuan kekhilafahan terakhir, iaitu Khilafahan Uthmaniyyah, terhadap kaum non-Muslim dilukiskan oleh sejarawan Inggeris, Arnold J. Toynbee, dalam bukunya, Preaching of Islam,

“Perlakuan terhadap warga Kristian oleh pemerintahan Ottoman—selama lebih kurang dua abad setelah penaklukan Yunani—telah memberikan contoh toleransi keyakinan yang sebelumnya tidak dikenal di daratan Eropah…”

Demikianlah, dengan secuil fakta sejarah di atas, adalah tidak wajar bagi orang-orang non-muslim, apalagi umat Islam, tetap mengidap sindrom Islamophobia. Ini kerana, Islam sememangnya datang untuk menebarkan rahmatnya bagi seluruh umat manusia. Tetapi kini kita dapat melihat apabila dunia dikuasai oleh Barat, kerosakan dan kesengsaraan berlaku di sana sini, hasil ulah dan makar yang dilakukan dan yang dimulakan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya. 

Siapa yang telah membunuh umat Islam di Palestin? Siapa yang memulakan peperangan di bumi Iraq? Siapa yang mengganas di bumi Afghanistan sampai saat ini? Siapa yang terus menghancurkan umat Islam di Pakistan ketika ini? Hakikatnya Allah SWT telah mengungkapkan watak dan sifat mereka ini dalam firmanNya:

” Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya”. [TMQ al-Baqarah (2) : 11-12].

Apa yang pastinya Islam dan umat Islam akan terus menjadi mangsa di sana sini kesan dari Islamophobia yang dicetuskan oleh Barat. Amat jelas, konflik yang tercetus di dunia saat ini adalah hasil kerja jahat kuffar Barat yang diketuai oleh Amerika dan sekutu-sekutunya dan bukannya dimulakan oleh golongan ’ektremis’ sebagaimana yang didakwa oleh Najib. Malangnya label golongan ’ektremis’ itu kebanyakannya ditujukan kepada umat Islam. Nampaknya Najib telah terkena sihir hasil hembusan Amerika dan sekutu-sekutunya.

Tiada ulasan: