Pelancaran Gerak Gempur Daftar Pemilih Perdana Peringkat Negeri Melaka akan dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Melaka Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman pada 13 Disember 2010 jam 9.00 malam ini bertempat di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka. Program yang julung kali diadakan ini adalah salah satu inisiatif yang dilakukan oleh Jabatan Pilihan Raya Negeri Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dalam usaha menarik minat warga negeri melaka yang telah berkelayakan untuk mendaftar sebagai pengundi menjelang pilihanraya umum yang ke 13 yang dijangka berlangsung pertengahan tahun hadapan.Inisiatif ini juga bertujuan untuk mengatasi segala permasalahan yang berlaku khususnya pendaftaran pengundi di Negeri Melaka.
Semoga dengan gerak kerja dan usaha yang dijalankan dapat mengatasi masalah bilangan rakyat malaysia yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan