Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 14 Disember 2010

Zaid G-Pang Tak Tubuh Parti Baru

Assalamualaikum .. salam perjuangan
Datuk Zaid Ibrahim (Ex-PKR) hari ini telah pun selamat menjadi ahli Angkatan Keadilan Insan Malaysia atau akronimnya AKIM. Kemasukan beliau kedalam AKIM Setelah mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana hilang kepercayaan terhadap perjuangan PKR.Presiden AKIM, Zakaria Salleh yang mengesahkan perkara itu berkata, Zaid yang juga bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan telah menyerahkan borang keahliannya selepas mengumumkan keluar PKR 19 November lalu.

“Beliau (Zaid) sekarang sah sebagai ahli AKIM. Beliau telah serahkan borang keahlian pada November lalu. Jadi status beliau adalah ahli kita yang sah dan rasmi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Setelah menerima tekanan dan serangan peribadi bertubi-tubi daripada pimpinan PKR, Zaid pada 19 November lalu akhirnya mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa 16 Disember ini.Dengan ini berakhirlah teka teki Zaid nak tubuh parti baru setelah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat

Tiada ulasan: