Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 12 Mei 2011

MAHFUZ : MACAM PELAWAK TAK LAKU

Tindakan Umno BN yang mencipta pelbagai fitnah bagi memburukkan Pakatan Rakyat telah menyebabkan parti itu kini boleh disifatkan sebagai parti kurang upaya, sehingga terpaksa menagih simpati rakyat dengan cara sedemikian hina.

Namun dalam masa yang sama, fitnah-fitnah yang diciptakannya berpusing pula menjadi bahan ketawa orang ramai, apabila ia ternyata tidak berasas, tetapi hanya sengaja diada-adakan bagi mengelirukan orang ramai.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan terbaru Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menzalimi rakyatnya memperjelaskan lagi realiti itu, sehingga menyebabkan para pemimpin Umno kini turut disifatkan sebagai pelawak oleh pelbagai pihak.

Menurut beliau, Umno BN boleh disifatkan sedemikian kerana yang menzalimi rakyat bukannya Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi parti itu sendiri ketika mereka memerintah Selangor dulu.

Katanya, tetapi kini setelah Selangor berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, setiap pihak boleh menilai sendiri betapa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seperti juga Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri lain telah melakukan pelbagai tindakan bagi membantu rakyat dalam segala aspek.

"Ketika rakyat sendiri dapat melihatnya dengan jelas, mereka pula yang mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat menzalimi rakyatnya, jadi tak ke lawak tu namanya?" katanya sambil ketawa ketika diminta mengulas perkara itu, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini secara terang-terangan telah mengarahkan para pemimpin Umno BN melakukan apa sahaja untuk merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, para pemimpin Umno antara lain telah menyambutnya dengan membuat tuduhan liar dengan mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menzalimi rakyat Selangor sepanjang memerintah Selangor sejak tahun 2008 lalu.

Menurut Mahfuz, tujuan Umno BN mahu merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang sebenarnya bukanlah untuk membantu rakyat, tetapi bagi membolehkan mereka membaham khazanah negeri Selangor bagi kepentingan mereka sendiri.

Tiada ulasan: