
Pegawai berkenaan, Farizan Subhi merupakan pegawai hal-ehwal pelajar yang bertanggungjawab ke atas pelajar tajaan JAIS.Difahamkan, Farizan akan mengadakan pertemuan dengan pegawai kedutaan dan universiti berkenaan, esok, bagi mendapatkan penjelasan."Saya minta dia (Farizan) cari surat rasmi yang kata dia (pelajar itu) dibuang."Kita akan cuba dapatkan bantuan menteri besar supaya tanya kedutaan.
"Kalau betul sah dibuang, kita akan minta penjelasan atas dasar apa dia dibuang," kata Rani ketika ditemui media di bangunan kompleks mahkamah Shah Alam hari ini.Menjawab soalan, Dr Rani berkata, pelajar berkenaan tidak mempunyai masalah akademik dan hanya hanya perlu menghabiskan pengajian tahun akhir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan