Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 30 Oktober 2011

JOM BUAT PERBANDINGAN


klik untuk imej lebih jelas 

NEGARA PEMINUM ARAK TERTINGGI

Purata pengambilan arak dunia adalah sebanyak 6.1 liter setahun menurut data daripada WHO. Negara yang rakyatnya minum arak paling tinggi di dunia adalah negara Moldova. Mereka minum 18.22 liter sehari untuk bagi setiap rakyatnya, tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah purata rakyat dunia.

Moldova merupakan sebuah negara yang terbentuk hasil daripada kejatuhan Republik Soviet Union pada tahun 1991. Ia terletak di antara Ukraine dan Romania dan punyai jumlah penduduk seramai 3.6 juta orang. Majoriti rakyatnya beragama Kristian.

Laporan terbaru dari WHO menunjukkan sebanyak 6.2% daripada jumlah kematian penduduk lelaki dunia adalah berpunca daripada minum arak, manakala hanya 1.1% daripada kematian penduduk dunia perempuan mati akibat dari penggunaan arak.

Senarai negara peminum arak lain dunia yang tinggi adalah;

Republik Chez - 16.45 litre
Hungary - 16.27 litre
Rusia - 15.76 litre
Ukraine - 15.6 litre
Estonia - 15.57 litre
Andorra - 15.48 litre
Romania - 15.3 litre
Slovenia - 15.19 litre
Belarus - 15.13 litre
Britain - 13.37 litre
WHO setiap tahun mengeluarkan data-data tentang bahaya nya minuman arak ini tetapi jumlah ketagihan arak makin meningkat tahun demi tahun. Nampaknya tiada sesiapa yang perduli dengan segala data tersebut kerana dikelabui oleh keuntungan berganda-ganda dari industri pembuatan arak.

Ini termasuklah negara kita yang ada 2 kilang besar buat arak. Alasannya adalah kita tak boleh halang orang bukan Islam dari minum arak. Memang kita tak boleh halang orang minum arak, tapi kita boleh tidak izinkan orang buta arak di negara kita

FATWA AZHAR TERKINI ; LARANGAN BERKAHWIN DENGAN BEKAS AHLI NDP

Seorang ayah bertanyakan pada Sheikh Omar Stouhi, ulama Al-Azhar, Mesir samada boleh dia kahwinkan anak perempuannya dengan seorang lelaki bekas ahli kepada Parti Demokratik Kebangsaan Mesir atau NDP ( UMNO MESIR). Sheikh itu menjawab tidak boleh!

NDP adalah parti politik Mesir pimpinan bekas presidennya yang digulingkan baru-baru ini Hosni Mubarak. Parti tersebut dikatakan terlibat dengan berbagi skandal rasuah serta menyusahkan kehidupan rakyat Mesir keseluruhannya. Atas alasan tersebut, Sheikh Omar Stouhi memfatwakan tidak boleh membiarkan para wanita berkahwin dengan perosak masyarakat.

Dikhuatiri dengan perkahwinan tersebut akan berlanjutan kerosakan masyarakat Mesir terpengaruh dengan kejahatan yang telah dilakukan oleh para bekas ahli NDP.

Satu fatwa yang berani dan tegas dari seorang ulama dalam membenteras budaya korup dari menular dan mengcengkam masyarakat. Apa fatwa ulama kita dalam hal yang sama terhadap mereka yang berkahwin dengan para pengamal rasuah di negara kita. Kita boleh senaraikan golongan pengamal rasuah yang amat popular dan di ketahui umum...sendiri tahu...! kalau kita tengok di Malaysia , kebanyakan dari pengamal rasuah dikalangan ahli UMNO .. jadi cammana pulak hukumnya tu ??

UMNO KIRIM PELURU KE RUMAH DR AZIZ BARI

Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: “Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti”.

“(Dihantar dengan) pos biasa saja.“Saya waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai,” katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya.

Ketika dihubungi Malaysiakini awal petang ini, Aziz berkata, peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi.Oleh kerana dalam keadaan tergesa-gesa, laporan polis akan dibuat akan dibuat selepas ini, selewat-lewatnya esok, kata Aziz.

Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai “kecil sahaja”.

Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata “tidak” kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.“Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata ‘natang’. Itu jauh sekali.“Saya cuma bercakap tentang exercise of power,” kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Pada 23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis “kami nak Idris, natang”.

“Natang”, dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.Aziz sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Tindakan itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama beberapa hari.Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati terhadapnya.

UMNO MAIN KOTOR SESAMA SENDIRI

SEMASA dalam perjalanan memasuki pekan Sungai Golok Rabu lalu saya dihidangkan dengan sebuah Vcd pengakuan oleh seorang janda menerusi perenti Vcd di kereta pacuan empat roda teman berdaftar di Siam.


Pengakuan itu dirakam khusus, lokasinya seperti dalam sebuah bilik pejabat. Suara sang interviu janda itu saya dapat cam dengan cerat, dia lelaki dan bekas seorang artis tumpangan yang berlakun dalam sebuah komidi pada tahun 90-an.

Kalau diminta untuk membuat kawad cam saya sedia tampil kerana saya kenal benar dengan perantaran itu.

Mulanya saya tidak berminat untuk mendengar pengakuan seperti itu. Dari kulit Vcd itu saya sudah dapat mengagak bagaimana isinya. Tetapi kerana kawan yang memandu kereta itu juga mahu mendengarnya, saya tepaksa akur saja.

Benar seperti saya jangkakan pengakuan janda itu saya kira melampau dan tidak berakhlak. Pendedahan yang berani tetapi langsung tidak menjaga akhlak diri sebagai perempuan Melayu dan juga orang yang hendak didedahkan itu. Pendedahan itu walaupun berniat baik tetapi kaedahnnya tidak baik. Dalam hal-hal seperti itu biarlah ada etika. Niatnya baik tetapi kaedah atau jalan diambilnya tidak begitu baik dan tercela, ia sia-sia saja.

Janda itu mengakui dia dipermainkan oleh seorang ketua sebuah bahagian parti Umno di Kelantan. Dia mendakwa dia diperkosa oleh ketua bahagian Umno itu disebuah bilik hotel di Golok. Sedikit menimbulkan keraguan macam mana dia diperkosa kerana menurutnya temu janji itu dibuat terlebih dahulu, ertinya pertemuan di syurga dunia itu atas kehendaknya juga.

Jelas kalau mengikut hukum hudud lelaki dan perempuan itu tidak boleh dihukum dengan hukum hudud kerana ia tidak ada saksi.

“Dia ajak saya berjumpa dengannya, mulanya hendak berjumpa di Rantau Panjang, tetapi disebabkan dia bimbang diketahui orang sebab dia orang politik ramai orang kenal, dia mengajak saya ke Golok, “ceritanya.

Di Golok, dia menempah sebuah bilik hotel. Sebaik masuk bilik hotel kata janda itu ketua bahagian terus membuka seluar baju dan memaksa dia bersetubuh dengannya. “Saya cuba menolak tetapi apakan daya kudrat saya sebagai perempuan, akhirnya tepaksa mengalah,” sambungnya tanpa segan silu.

“Berapa lama main (bersetubuh) dengannya?” tanya penginterviu itu.
“Sebentar saja tak sampai setengah jam..” jawab si janda sedikit pun tidak menampakkan akan kekeksalan dan bersalah.

Janda itu juga mendakwa hasil perhubungan jantina itu menyebabkan dia mengandung dan terpasak menggugurkan kandungan. “Saya telah memberi tahu kepada dia (ketua bahgian itu) mengenai keadaan diri saya, saya ingat dia oang baik dan benar-benar mahu menerima saya sebagai isteri, tetapi tidak…dia minta saya menggurkan kandungan dan memberi RM600 untuk tujuan itu.,” jelasnya dengan wajah tenang dan tidak nampak rasa bersalah.

Saya difahamkan wang RM600 itu diberi melalui seorang perempuan yang merupakan bekas kepada sebuah pertubuhan Ngo yang terkenal di Kelantan satu masa dulu yang dipimpin oleh seorang ahli Parlimen lompat.

Janda itu yang mengaku mempunyai anak tiga, juga mendakwa selain daripada dirinya menjadi mangsa ketua bahagian itu, beberapa wanita lagi turut menjadi mangsa sama termasuk isteri orang dan anak dara. “Banyak lagi yang jadi mangsa dia ini… termasuk seorang isteri orang bersama anaknya sekali. Siang dipikul anak malam dia gendung emak..” katanya.

Bagaimana pun menurutnya mereka yang menjadi mangsa takut untuk tampil membuat pendedahan menyebabkan dia mengambil inisitif membuat pengakuan itu bagi menyelematakan orang lain yang mungkin menjadi mangsa ketua bahagian itu.

Apa yang saya nukil ini hanya intipati dari pendedahan janda itu. Banyak lagi dakwaan berhubung salah laku dan kerakusan sex ketua bahagian itu yang meloya dan menijikkan dicerita dalam rakaman Vcd yang memakan masa lebih setengah jam itu.

Saya yakin Vcd itu kini sudah beredar di kawasan Umno di mana lelaki itu menjadi ketuanya. Pada saya video itu amat memalu dan meloyakan dan ia boleh menjejaskan reputasi ketua bahagian berkenaan. Ketua bahagian itu tercemar dengan pendedahan janda itu dan ianya seharus dibuat laporan kepada polis.

Pendedahan dan pengakuan janda itu sama ada benar atau tidak ia perlu disiasat dan penyebarannya disekat kerana ia boleh memberi mudarat kepada pihak-pihak lain. Ketua bahagian yang disebut dalam pendedahan itu patut mengambil tindakan undang-undang ke atas janda berkenaan. Apakah laporan polis sudah dibuat?

Keberanian janda itu juga sesuatu yang mengilankan sesiapa yang menontonnya kerana ia dibuat tanpa beretika di mana mukanya tidak ditutup. Menunjukkan keberanian dengan membuat pendedahan maksiat itu secara tidak langsung menyebabkan orang boleh mentafsirkan sifat dan fiil perangai janda itu sendiri.

Dalam hal ini mungkin janda itu tidak boleh dipersalahkan sangat kerana dia inginkan keadilan dan pembelaan kerana merasakan dirinya teraniaya, tetapi pengusahanya perlu bertanggungjawab dan dipersalahkan. Kalaupun pendedahan untuk memalu dan menjatukan kerjaya politik ketua bahagian itu sepatutnya rakaman pendedahan itu dibuat secara beradat dan amalan biasa di mana wajah mangsa ditutupi.

Saya tidak mahu persoalan berapa bayaran kepada janda itu dan juga orang yang mengusahkannya, atau siapa terlibat. Tetapi dari Vcd pemdedahan berani bercampur tidak bermoral ini membuktikan inilah stail politik dan amalan orang Umno. Membuat pendedahan untuk memalukan seseorang tidak menjadi masalah kepada mereka apa yang penting kepuasan batin kerana berjaya mengaib dan kemudian menjatuhkan lawan. Kerana mempercayai orang yang menjadi tukang interviuw itu adalah orang Umno saya yakin ia adalah kerja Umno juga.

Yang dapat disimpulkan dari pendedahan dan penyebaran Vcd itu menunjukan Umno telah main kotor sesama sendiri. Umno meliwat puaknya sendiri. Kalaulah budaya jahiliah ini diteruskan macam mana Umno Kelantan berangan-angan untuk merampas Kelantan. Letihlah Mustapa Mohamed berusaha untuk menumbanhkan Kelantan kalau kerja-kerja dan budaya itu berleluasa. Saya percaya versi pendedahan sebegini kerana tidak berpuas hati sesama sendiri akan banyak lagi dikelaurkan.

Nampaknya menjatuhkan kawan dengan menyebarkan video lucah dan pendedahan berani ini menjadi satu trend baru dalam politik negara ini. Mungkin inilah yang diajar atau hasil ilham orang-orng Umno yang mereka cipta video lucah untuk memburukkan tokoh tertentu ia kini telah memakan diri sendiri. Wowww

Sumber : MSO

IJTIMA' TARBAWI 2011

Antara anak muda yang menghadiri Ijtimak Tarbawi 2011 



Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ust Idris bin Ahmad 



"Jasamu dikenang " Para Pelakon "Gua ikut Enta"

Antara Kepimpinan Pemuda yang hadir 



Sabtu, 29 Oktober 2011

AUDIT : SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD

Penggunaan Jangka Meter Automatik (AMR) : Pada tahun 2009, SAMB telah membeli 18 unit jangka meter automatik (AMR) dengan kos berjumlah RM0.39 juta. Semakan Audit terhadap laporan penyenggaraan yang dikeluarkan oleh pembekal mendapati 12 buah bateri di 7 lokasi AMR tidak boleh digunakan lagi walaupun penggunaannya hanya untuk tempoh 11 hingga 14 bulan sahaja. Bagi melicinkan pengurusan pengebilan, SAMB telah menggantikan bateri tersebut dengan kos bernilai RM5,115.


Perolehan Smart Meter : Mulai bulan April 2008, SAMB telah melantik pembekal untuk membekal dan memasang 5,000 unit Smart meter dengan nilai RM0.66 juta. Analisis Audit mendapati sehingga bulan Ogos 2010 hanya 2,916 daripada 5,000 unit Smart meter atau 58.3% masih berstatus aktif. Berdasarkan semakan terkini SAMB pada bulan Mac 2011, bilangan Smart meter berstatus aktif adalah 155 unit manakala 4,820 unit telah dihentikan penggunaannya.

SEMUA BANGUNAN DIROBOH KECUALI BANGUNAN BN ? INI TIDAK ADIL

Penyelia DUn Bukit Baru, Yusof Wahab mempertikaikan tindakan pihak berkuasa yang jelas menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan BN. Ketika bangunan lain habis dirobohkan bangunan kayu (gambar) yang menempatkan Pejabat BN Bukit Baru terletak berdekatan dengan masjid Bukit Baru tetap berdiri teguh tidak diganggu. "Sehingga ke hari ini, bangunan ini masih lagi teguh berdiri walaupun bangunan di sebelah dan belakangnya telah dirobohkan."

"Sepatutnya bangunan di kawasan tersebut perlu dirobohkan atas arahan kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan tersebut, yang menjadi persoalan sekarang mengapa ia tidak dirobohkan serta apakah kelebihan bangunan itu kepada kerajaan negeri?"Yusof berkata ketika bangunan lain telah ranap dimamah jentolak, bangunan istimewa ini seakan-akan dibiarkan dan kemungkinan ia akan digunakan dalam pilihan raya ke-13 nanti."Bangunan Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional ini tidak pun beroperasi tetapi 'kuasa' yang ada padanya terus gah berdiri."Menurutnya perkara ini tidak adil kepada mereka yang dipaksa berpindah semata-mata ingin memenuhi kehendak kerajaan negeri, namun pada masa yang sama ada bangunan yang dibiarkan tidak dirobohkan.

"Adakah pihak kerajaan Melaka bimbang sekiranya Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional ini dirobohkan, maka Barisan Nasional Melaka akan turut tumbang pada pilihan raya yang akan datang."
"Keistimewaan itu juga menyerlahkan sikap talam dua muka kerajaan negeri terhadap rakyat."
Yusof berkata rakyat terpaksa mengikut kehendak kerajaan namun pada masa yang sama menjadikan kerajaan jelas menggunakan mandat yang diberi rakyat untuk kepentingan diri dan parti mereka.
Beliau berharap rakyat di negeri Melaka membuka mata terhadap segala kepincangan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh kerajaan BN selama ini yang mementingkan diri sendiri dan memangsakan rakyat.

LAPORAN AUDIT : RIVER CRUISE MELAKA


  • Bot Tak Daftar dan Dilesenkan : Semakan Audit mendapati 9 buah bot penumpang yang dibeli antara bulan Mei hingga September 2009 masih belum didaftar dan dilesenkan. Bot-bot ini telah beroperasi tanpa lesen yang sah untuk tempoh 13 hingga 17 bulan. Hasil teguran Audit, Perbadanan telah mengambil tindakan dan kesemua 9 buah bot tersebut telah dilesen dan didaftarkan pada 1 November 2010.
  • Bot Tidak Di Insurankan : Semakan Audit mendapati, 28 daripada 40 buah bot tidak diinsurankan. Selepas teguran Audit, pihak Perbadanan memaklumkan kesemua 28 buah bot penumpang ini telah diinsurankan pada 1 Mac 2011. Namun pihak Audit tidak dapat membuat pengesahan kerana dokumen sokongan tidak dikemukakan.
    • Insuran Bot Diperbaharui Walaupun Bot Telah Rosak : Semakan Audit mendapati Bot Tun Teja telah diinsurankan untuk tempoh 8 Julai 2009 hingga 29 Julai 2011 dengan bayaran premium berjumlah RM3,464 walaupun telah rosak sejak awal tahun 2009. Keadaan bot Tun Teja yang rosak adalah seperti di Gambar
  • Kos Penyenggaraan Bot Dibayar 2 Kali : Semakan Audit terhadap baucar bayaran penyenggaraan bot MRC pada tahun 2009 mendapati pembekalan aksesori bagi bot Puteri Hang Li Po dan Hang Lekir telah dibayar sebanyak 2 kali berjumlah RM12,312.
  • Kutipan Bagi Tiket Hop-On Hop-Off : Semakan Audit mendapati pengambilan tiket dan penyerahan wang kutipan hasil tidak direkodkan. Semakan lanjut menunjukkan hasil kutipan jualan tiket HOHO bagi tempoh Jun hingga Disember 2010 yang diserahkan ke kaunter berbeza sejumlah RM17,970 berbanding bilangan tiket yang dikeluarkan kepada ketua jurumudi.
  • Hasil Jualan Tiket Digunakan Untuk Perbelanjaan Tunai: Semakan Audit selanjutnya terhadap rekod kutipan pada 31 Mei 2010, 1 Jun 2010 dan 5 Jun 2010 mendapati hasil kutipan berjumlah RM43,867 digunakan untuk perbelanjaan tunai semasa Pesta Sungai Melaka walaupun telah menggunakan sistem e-Ticketing.

PEMBELA : YB HILANG PERANAN ?

  • Di Melaka ada badan yang ditubuhkan kerajaan negeri di namakan PEMBELA
  • Tujuannya untuk membela nasib rakyat
  • Sakit jumpa Pembela.
  • Nak bayar hutang jumpa Pembela.
  • Nak pinjaman jumpa Pembela.
  • Dalam erti kata lain, nak apapun jumpa Pembela.
  • Persoalannya kenapa perlu ada Pembela.
  • Apa peranan yang sepatutnya dimainkan oleh seorang Wakil Rakyat.
  • Pembela sebenarnya untuk menutup kelemahan Wakil Rakyat UMNO.
  • Apa perlu lagi Pembela kalau wakil rakyat menjalankan tugas mereka.
  • Jangan bazirkan wang rakyat dengan Pembela, kembalikan fungsi Wakil Rakyat.

SELANGOR MAHU URUS AIR SENDIRI

Kerajaan Negeri Selangor bimbang dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang tidak terkawal dan gagal dikurangkan walaupun pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mendakwa telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkannya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Elizabeth Wong  berkata kegagalan Syabas menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan membuktikan syarikat konsesi air itu gagal menjalankan penyelenggaraan paip-paip air dengan baik seperti yang dikehendaki dalam perjanjian penswastaan air antara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi.

“Jika Syabas tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syabas masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang dari 30 peratus.

Katanya, walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 % pada 2009 berbanding 38.43 % pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020.

Tambahnya, tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air bersih di Lembah Klang akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan.

“Laporan Pengkajian Penilaian Aset Air Negeri Selangor oleh Ranhill mendapati, dua loji rawatan air iaitu Kalumpang dan Sg Sireh memerlukan penambahbaikan yang besar manakala 18 lagi loji memerlukan penambahbaikan,” katanya.

Ini, ujarnya menunjukkan pengendali loji-loji berkenaan, Puncak Niaga telah gagal melakukan usaha untuk menambahbaik loji-loji rawatan air ini bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi untuk keperluan pengguna.

Justeru, katanya tidak hairanlah jika loji-loji ini berfungsi di bawah kemampuannya sedangkan ia mampu menghasilkan air bersih yang mencukupi jika loji-loji itu dinaik taraf.

Menurutnya lagi, menteri-menteri Kerajaan Pusat lebih ghairah bercakap mengenai keperluaan membina Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2, bagi menutup kelemahan dan ketidakmampuan syarikat konsesi ini yang ada hubung kait dengan Umno.

Beliau menambah, Langat 2 yang dipertahankan kerajaan Pusat dan syarikat konsesi ini hanyalah loji yang membawa air mentah dari Pahang tetapi pembinaannya tidak akan mampu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bersih kepada pengguna.

Katanya, isu yang patut diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat ialah menyegerakan pengambilalihan pengurusan air kepada Kerajaan Negeri Selangor yang sengaja dilewat-lewatkan dan dibelenggu masalah-masalah yang tidak sepatutnya timbul.

Beliau berkata, pengurusan air akan lebih terjamin, terurus dan profesional jika kerajaan negeri diberi mandat untuk ambil alih dari syarikat konsesi kerana kepentingan rakyat lebih diutamakan berbanding keuntungan, tidak seperti syarikat konsesi yang mana keuntungan adalah segala-galanya.

“Jika kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air, kita amat yakin NRW berjaya diturunkan hanya sekitar 10 peratus dan tidak akan berdepan masalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat 10 peratus setiap tahun,” ujarnya yang juga Adun Bukit Lanjan.

Katanya, kejadian paip bocor berhampiran Lapangan Terbang Subang baru-baru ini menjadi contoh kepada ketidakcekapan Syabas dalam menyelenggara paip-paip ini.

Tambahnya, ia bukan saja mengundang kesengsaraan kepada pengguna jalan raya malah menyumbang kepada pembaziran air bersih sekali gus meningkatkan peratusan NRW.

“Syarikat konsesi gagal mempelbagaikan teknologi rawatan air seperti rawatan air dalam kontena yang lebih mudah, cepat dan murah berbanding membina Langat 2.

“Teknologi ini juga boleh digunakan untuk merawat air hujan sehingga bersih dan selamat untuk digunakan,” ujarnya.

IKAN MEMBUSUK DARI KEPALA

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menyedari bahawa kerajaaan yang dipimpin oleh Umno BN sekarang sudah pun gagal menguruskan hasil mahsul negara dengan berkesan.

“Umno digesa melihat kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain. TPM mestilah sedar bahawa busuk ikan itu sebenarnya bermula daripada kepala,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din.

Beliau mengulas arahan Muhyiddin agar tindakan disiplin atau hukuman setimpal diambil terhadap pihak yang terbukti melakukan pembaziran atau salah guna kuasa seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 seperti mana yang dilaporkan dalam salah sebuah akhbar arus perdana hari ini.

Katanya, itulah akibatnya apabila negara dipandu oleh Umno, apabila Islam tidak dijadikan asas utama dalam kehidupan, maka perasaan takut kepada Allah dalam menguruskan harta orang ramai akan hilang.

"Hadis ada menyebut bahawa anggota badan (perbuatan manusia) kita akan jadi rosak kalau hati sudah rosak, dan sebaliknya kehidupan kita akan jadi sejahtera kalai hati kita sejahtera, persoalannya ialah sejauhmana perjuangan Umno dalam mendidik hati rakyat," kata beliau.

Beliau berkata, ia amat berbeza dengan pemerintahan PAS sepertimana yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan yang senantiasa menitik beratkan tentang hati.

Sebab itulah, katanya kepimpinan kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS bersih dari rasuah dan seumpamanya.

"Satu-satu cara untuk menyelesaikan masalah ini bukannya menghukum pembazir tetapi ialah dengan menghukum Umno BN yang merupakan 'kepala ikan' dalam masalah ini," ujar beliau lagi.

Jumaat, 28 Oktober 2011

PEMBAZIRAN WANG RAKYAT SATU PENGKHIANATAN

A.KADIR JASIN

BUKANLAH tujuan kita sepanjang masa mencari salah Kerajaan. Kita juga harus mengiktiraf perkara-perkara betul yang Kerajaan lakukan. Tetapi kalau Kerajaan melalukan kesalahan, kita berhak mengutuknya kerana kita tidak memilih dan membiayai Kerajaan untuk melakukan kesalahan.

Atas prinsip itu, kita menyambut baik Laporan Ketua Juruaudit Negara yang memberi markah tinggi kepada kebanyakan Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan. Tetapi kita juga mengutuk kegagalan Kementerian, Jabatan dan Agensi yang gagal menunjukkan prestasi baik.

Pada 24 Oktober, portal berita Malaysian Insider melaporkan yang Jawatankuasa Akaun Awam Dewan Rakyat (PAC) akan menyiasat tujuh Kementerian dan Agensi kerana pengurusan kewangan yang lemah. Mereka adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Pengangkutan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Perbadanan Stadium.

Pengerusi PAC, Azmi Khalid dipetik memberitahu pemberita bahawa ini adalah tujuh yang diperakukan oleh Ketua Juruaudit Negara dalam laporan tahunannya yang terbaru. Kata Azmi, PAC akan memutuskan minggu depan kalau bilangan yang akan disiasat akan ditambah.

Azmi yang disertai Ketua Juruaudit Negara, Ambrin Buang, berkata, pengurusan kewangan Kementerian dan Agensi Kerajaan bertambah baik dengan 43 daripadanya mendapat skor tertinggi empat bintang, 60 tiga bintang dan dua mendapat dua bintang. Tidak ada yang memperoleh penarafan bintang merah iaitu satu bintang.

Saya tidak bercadang membuat analisis laporan Ketua Juruaudit Negara itu kerana media massa arus perdana dan baru telah banyak melaporkannya. Memadailah kalau saya katakan, kelemahan pengurusan kewangan awam, biar sekecil mana pun, tidak boleh dipandang remeh, apatah lagi dalam suasana kewangan negara yang semakin terhad dan mencabar.

Penyalahgunaan, pembaziran dan kebocoran peruntukan kewangan negara bertentangan langsung dengan mantera 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan menggambarkan kegagalan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang menjadi wadah perjuangan Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak.Apatah lagi, Perdana Menteri sendiri, sebagai Menteri Kewangan, adalah ketua turus kewangan negara. Jadi, kalau ada autoriti mutakhir yang perlu dipersalahkan kerana kelemahan pengurusan kewangan awam, hendak tidak hendak, orang itu adalah Perdana Menteri sendiri kerana beliau adalah Menteri Kewangan.

Sebab itulah saya dari dulu lagi, berpegang kepada prinsip bahawa Perdana Menteri tidak wajar menjadi Menteri Kewangan. Tetapi, oleh kerana Perdana Menteri memilih untuk turut menjadi Menteri Kewangan, maka beliau perlulah menanggung padah “the buck stops here” seperti yang diungkapkan oleh Presiden Amerika, Harry S. Truman.

Dalam ingatan saya, hanya Tunku Abdul Rahman Putra tidak pernah menjadi Menteri Kewangan. Yang lain semuanya menjadi Menteri Kewangan, kalau tidak lama, sekejap. Mohd Najib menjadi Menteri Kewangan sejak beliau menerajui negara pada awal 2009. Elok disebutkan yang dua daripada agensi yang akan disiasat oleh PAC terletak di bawah Kementerian Kewangan iaitu Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Itu belum diambil kira 9 Kementerian dan Jabatan yang terlebih berbelanja sebanyak RM3.73 bilion. Antaranya Kementerian Pelajaran, Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Secara peribadi, saya tidak membantah keras kalau kejadian terlebih berbelanja oleh Kementerian-Kementerian sosial dan ekonomi seperti Pelajaran, Kesihatan dan Pertanian bukan berpunca daripada pembaziran atau penyelewengan. Dalam suasana ekonomi yang lembap dan inflasi yang meningkat, adalah lebih baik Kerajaan berbelanja ke atas rakyat jelata daripada untuk kesenangan beberapa kerat Menteri dan pegawai tinggi. Jadi, eloklah dijimatkan perbelanjaan mengubahsuai rumah dan pejabat Menteri, perjalanan dan keraian yang tidak perlu.

Satu lagi, saya bimbang sikap sambil lewa sesetengah pegawai awam terhadap kewangan negara bukan sahaja merugikan rakyat jelata, malah akan membawa nama buruk kepada Kerajaan. Golongan yang paling dianakemaskan dan dijaga ibarat menatang minyak yang penuh adalah kakitangan awam. Tetapi, bukan sahaja perkhidmatan awam masih tidak cemerlang seperti yang dijanjikan di bawah GTP, malah (dengan ampun) wujud tanda-tanda ketidakpedulian dan sabotaj oleh elemen-elemen tertentu dalam perkhidmatan awam.

Akar umbi kepada kewujudan unsur-unsur negatif ini perlu didalami, difahami dan ditangani segera. Kepastian perlu dicari sama ada ia kebetulan atau disengajakan. Antara yang sering kita dengar adalah ketidakpuasan hati kakitangan awam terhadap campur tangan pihak luar dan pihak-pihak dalam Kerajaan yang diberikan kuasa eksekutif yang mengatasi kuasa Menteri dan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi.

Khamis, 27 Oktober 2011

TAHNIAH MUSLIMAT PAS BELI BANGUNAN UMNO


Setelah Dewan Pemuda Negeri Kelantan berjaya membeli Bangunan Umno Kota Bharu tidak lama dahulu, kini satu lagi bangunan milik pemimpin Umno berjaya dibeli oleh PAS.Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor berjaya membeli sebuah bangunan milik Ketua Pemuda Umno Bahagian Kelang yang mana ianya pernah menjadi Bilik Gerakan Umno pada Pilihanraya Umum 2004. Bangunan yang terletak di Seksyen 10 Shah Alam tersebut berjaya di beli setelah ianya dilelong baru-baru ini.

Nampaknya satu demi satu bangunan Umno kena lelong. Trend ini semakin menjadi-jadi dan saya yakin tidak lama lagi lebih banyak bangunan Umni akan lelong seperti juga partinya akan dilelong tidak lama lagi.Satu lagi bangunan yang dilihat berpotensi untuk dibeli ialah Bangunan Umno Temerloh yang sudah lama kosong dan rosak.

respon : Lepas nie kengkawan muslimat jasin pun boleh buat kira-kira yer .. 

NAJIB LAKI ROSMAH KECUT BILA DIAJAK BERDEBAT

Keengganan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin kerana bimbang rakyat akan mengetahui belanjawan Pakatan Rakyat jauh lebih baik.KeadilanDaily melaporkan, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, seperti mana dalam perdebatan harga minyak antara Anwar dan bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, rakyat akhirnya mengetahui fakta sebenar.

“Selepas perdebatan Anwar-Shabery, akhirnya rakyat mengetahui bahawa harga minyak di Malaysia memang boleh diturunkan sekaligus membidas dakwaan Umno BN kononnya jika harga diturunkan negara ini akan bankrap.

“Begitu juga jika Najib berdebat dengan Anwar, beliau mungkin ‘demam’ selepas itu,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.Shamsul memberi contoh bagaimana Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 misalnya membuktikan betapa teruknya pentadbiran Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan.Mengulas lanjut, Shamsul berkata pelbagai Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) sepakat dan bersetuju agar perdebatan antara Najib dan Anwar harus diadakan segera supaya rakyat boleh membuat pertimbangan.

Katanya, beberapa NGO yang terdiri dari pelbagai latar belakang seperti mahasiswa, pertubuhan Islam dan gerakan anak muda akan terus membuat desakan tersebut.“Mesyuarat antara NGO itu juga bersetuju untuk menghantar memorandum khas secara terus kepada pejabat Datuk Najib dalam masa terdekat.

“Memorandum itu juga adalah susulan surat jemputan yang sudah pun diserahkan Akademi Pak Sako sebelum ini,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.Pada 17 Oktober lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012 ekoran kritikan Najib terhadap Belanjawan Pakatan Rakyat kononnya tidak memahami kehendak rakyat.

Anwar berkata, debat itu harus diadakan segera dan secara terbuka kerana perbahasan belanjawan di Parlimen tidak mendapat liputan meluas.

ENOT MEMANG SENGAJA CARI PASAL

Baru reda menerima kecaman akibat mengeluarkan kenyataan salah mengenai hukum Hudud, pelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah sekali lagi menimbulkan kontroversi dan rasa tidak senang orang ramai.

Kali ini Enot, 32 yang menjalankan perniagaan kek bertindak "berani" apabila menghasilkan kek berbentuk tubuh wanita yang hanya berpakaian dalam.Gambar kek tersebut dimuat naik di laman Facebook Enot sendiri beberapa minggu yang lalu dan mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif daripada rakan facebooknya.

Gambar tersebut seterusnya turut dimuat naik di beberapa laman blog beserta komen-komen yang tertera.
Ada yang menyokong ciptaan kek yang "lain dari yang lain" itu dan tidak kurang juga yang membantah dengan menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak sopan.Namun Enot yang terkenal dengan watak komedi itu tetap mempertahankan ciptaannya itu dan menganggapnya sebagai hasil seni yang kreatif.

"Ni makanan halal dik apanya yang haram?? Adik Tuhan ke tahu letakkan haram dan halal atas kerja seseorang. Jadi kalau tak suka untuk melihatnya delete fb akak dari jadi friend adik ok tq...kita manusia buat kerja kita tak payah nak sibuk buat kerja Tuhan," salah satu tulisan Enot di ruangan komen.

Awal oktober lalu, Enot mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang melakukan zina akan menerima hukuman sula sedangkan hukuman yang sebenar ialah seratus sebatan bagi yang belum berkahwin manakala mereka yang sudah berkahwin direjam sampai mati.

“Memang zaman dulu orang islam mengamalkan hukum hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina, hukuman sula akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang ia tidak sesuai lagi. Kalau hukum hudud dilaksanakan, pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya.” kata Enot kepada Sinar Harian.

Ekoran itu, Enot menerima pelbagai kecaman termasuk ada pelanggan yang membatalkan tempahan kek gara-gara tidak senang dengan kenyataannya. 

komen : dah lah jahil murakkab .. laser sangat mulut tu apasal. 

Rabu, 26 Oktober 2011

NYARIS MAUT : DRIVER TERLENA

Dua penumpang wanita cedera apabila bas ekspres yang dinaiki mereka bersama 14 lagi melanggar belakang sebuah treler di KM 186.4 Lebuhraya Utara Selatan, di sini hari ini.Ketua Polis Daerah Jasin Superitendan Che Suza Che Hitam berkata kejadian berlaku kira-kira 2.30 petang ketika bas itu dalam perjalanan dari Melaka ke Johor Baharu-Singapura.

Kejadian itu menyebabkan seorang penumpang bas patah kaki dan dihantar ke Hospital Tangkak, manakala seorang lagi cedera ringan dan dihantar ke Hospital Jasin, katanya ketika dihubungi.Beliau berkata 14 lagi penumpang meneruskan perjalanan ke Johor Baharu dengan menaiki bas gantian.Punca kemalangan masih dalam siasatan, katanya

AMARAN BUAT PELAJAR YANG PONTENG SEKOLAH

Amaran buat pelajar sekolah yang berhasrat ponteng sekolah dan berlegar-legar di bandaraya Melaka.Wajah dan gelagat anda ketika ponteng bersama rakan-rakan bakal dipaparkan dalam satu laman web yang akan dibangunkan Kerajaan Negeri tidak lama lagi.Tindakan memaparkan gambar sebegini yang diambil orang awam merupakan satu langkah drastik Kerajaan Negeri bagi menangani gejala ponteng sekolah yang dilihat semakin membimbangkan, selain menjadi bukti kepada ibu bapa terhadap aktiviti melepak anak mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan, Datuk Gan Tian Loo berkata, pihaknya kini sedang berurusan dengan pakar-pakar teknologi maklumat (IT) untuk mewujudkan laman web berkenaan.Menurutnya, apabila siap nanti, orang awam boleh memuat naikkan sebarang gambar pelajar ponteng sekolah di dalam laman berkenaan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

“Kita terpaksa mengambil langkah ini sebagai usaha menangani gejala ponteng sekolah yang semakin berleluasa, terutamanya dalam kalangan pelajar di sekolah bandar.“Bukan itu sahaja. Ibu bapa juga sering menafikan anak mereka ponteng apabila dimaklumkan pihak sekolah. Dengan adanya laman web ini, sekurang-kurangnya akan ada bukti untuk ditunjukkan kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Menurut Tian Loo, setiap sekolah menengah mempunyai data lengkap mengenai pelajar mereka dan kerana itu, gambar mana-mana pelajar yang dipaparkan dalam laman berkenaan akan dapat dikesan sekolah.“Kita terpaksa mengambil langkah drastik ini untuk menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar kerana sekiranya ini tidak dilakukan, ia mungkin menyebabkan gejala sosial lebih teruk,” katanya.

Sambil menamakan beberapa lokasi seperti Melaka Sentral serta Dataran Pahla-wan sebagai lokasi mereka membuang masa, Tian Loo berkata, budaya lepak ini bukan sahaja menular dalam kalangan pelajar lelaki tetapi juga pelajar perempuan.Menurutnya, ini terbukti ketika operasi membanteras gejala ponteng baru-baru ini apabila ramai pelajar lelaki dan perempuan didapati melepak di sebuah pusat membeli-belah popular di bandaraya Melaka.“Mereka ini seolah-olah tidak peduli berjalan di khalayak ramai dengan berpakaian seragam sekolah, sedangkan pada waktu itu mereka sepatutnya berada di sekolah,” katanya

Kewangan Selangor Lebih Baik .. Kewangan Melaka ???

Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan keadaan kewangan Kerajaan Negeri Selangor tahun lepas bertambah baik berbanding tahun 2009 di mana ia mencatatkan penambahan sebanyak 20.2 peratus.

Kedudukan kewangan ini disifatkan sebagai memuaskan dengan menyaksikan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta atau 20.2 peratus kepada RM1,586.88 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,319.97 juta pada tahun 2009.

Kumpulan Wang Disatukan bermaksud segala hasil dan wang yang diterima oleh negeri dan kumpulkan menjadi satu "kumpulan wang". Hasil ini tidak termasuk dari sumber Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang lain.

Perkara ini termaktub di dalam Perkara 97(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Hasil Kerajaan Negeri yang berjumlah RM1,571.50 juta menurun sejumlah RM192.36 juta atau 10.9 peratus berbanding tahun 2009 yang berjumlah RM1,763.86 juta.

Perbelanjaan mengurus yang dilakukan turut menurun sejumlah RM382.56 juta atau 20.9 peratus menjadi RM1,447.26 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,829.82 juta pada tahun 2009.

Selain itu, laporan audit juga membuktikan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat berjaya mengurangkan tunggakan hasil negeri sejumlah RM99.87 juta atau 16.6 peratus kepada RM502.05 juta pada tahun 2010 berbanding RM601.92 juta pada tahun 2009.

Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat adalah elemen yang membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

RAKTAT MELAKA MAHU ORANG BARU


Rakyat negeri Melaka semakin muak dengan Ketua Menteri Melaka sekarang kerana :-
  • Menjalankan projek-projek membazir yang menghanguskan duit rakyat antaranya Eye On, Kincir, Litar Go-Kart dan lain-lain.
  • Mengutamakan kroni-kroni beliau sehingga ramai yang kaya raya dalam sekelip mata walaupun sebelum itu hanyalah Peon(Budak Pejabat) dan pekerja bawahan sahaja
  • Terlibat dengan rasuah semasa pemilihan Agung Umno
  • Mengutamakan pembangunan di kawasan sekitar Bukit Katil dan meminggirkan kawasan lain seperti Selandar, Batang Melaka, Masjid Tanah dan lain-lain
  • Gagal mentadbir kewangan negeri sehingga hutang negeri Melaka semakin meningkat
  • Bertindak merobohkan kawasan perniagaan orang Melayu seperti Padang Nyiru dan Bandar Hilir di depan Hotel Equatorial.
  • Bertindak merampas tanah rakyat walaupun rakyat tidak bersetuju seperti di kawasan PASTI Bukit Katil dan Surau Bukit Katil.
  • Memperbaiki mutu pengendalian  Persatuan Bola sepak negeri 
  • Dan banyak lagi ..............
Rakyat Melaka mahukan Ketua Menteri baru samada dari PR atau BN. Yang pasti kalau BN menang mereka mahu Ketua Menteri selain dari Datuk Seri Mohd Ali Rustam.....kalau PR menang sudah tentulah Ketua Menteri  bukan Ali Rustam.

Pulau Pinang Lebih Berjaya Dibawah PR

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010, kedudukan kewangan negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat di bawah ketua Menteri Lim Guan Eng telah bertambah baik dari 2009 hingga 2010.Laporan Audit berkenaan mendedahkan semua petunjuk kewangan di negeri ini telah meningkat pada tahun lepas.Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion


Manakala baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta.Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta.Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)

Sementara itu, beberapa hari sebelum Laporan Audit 2010 dikeluarkan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membentang Bajet 2012 yang mencatat defisit RM213.71 juta walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai Simpanan Terkumpul Negeri sebanyak RM572.49 juta, sehingga Disember 2010.Ketika membentangkan Bajet 2012, berkata berkata belanjawan defisit tahun ini dijangka tidak akan melibatkan kepada pengurangan yang drastik kepada jumlah Simpanan Terkumpul Negeri.

"Sungguhpun defisit sebanyak RM107.78 juta telah dijangka dalam bajet tahun semasa 2011, namun dijangka kerajaan negeri masih berupaya mencatatkan lebihan iaitu untuk empat tahun berturut-turut," ujarnya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Georgetown.Beliau berkata, kira-kira RM600.47 juta atau 95.29 peratus hutang kerajaan negeri berjaya dilangsaikan sejak Mac 2008 dan baki semasa hutang kerajaan negeri ialah RM29.66 juta sahaja.Baki hutang semasa ini adalah meliputi RM27.51 juta untuk 11 Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan RM2.15 juta bagi projek 'Indoor Archade & Seafood Centre di Batu Kawan.

"Dengan kata lain, Pulau Pinang mencatatkan pengurangan hutang RM600.47 juta ataupun 95.29 peratus dalam tiga setengah tahun ini; iaitu kadar yang paling cemerlang dia antara semua negeri di Malaysia," ujar beliau.

PERABIH DUIT RAKYAT SAJA



Bandingkan harga kontrak dengan harga pasaran. Berapa banyak bezanya.?
Berapa banyak duit rakyat melayang?
Berapa banyak pembaziran?
Berapa ramai yang menjadi kaya sekelip mata?
Berapa ramai orang yang sepatutnya mendapat manfaat dari duit itu dinafikan hak?

HANYA PETI UNDI DAPAT MENGATASI KEDURJANAAN SEPERTI INI

MINDA PJ MELAKA : SIAPA PUNYA MCC 1 ?

  • Kenapa kerajaan Melaka perlu berbelanja RM371,172.10 hanya untuk membeli plat kereta MCC 1 sehingga MCC 15 ?
  • Wajarkah dalam suasana rakyat disuruh berjimat tetapi kerajaan terus membazir.?
  • RM371 ribu bukan suatu jumlah kecil. Wang tersebut tak sepatutnya dibazirkan untuk membeli Plat kereta.
  • Plat MCC 1 dibeli dengan harga paling tinggi iaitu RM99,000.00
  • Plat MCC 2 dan MCC 8 masing masing dibeli dengan harga RM34,980.00
  • Dua hari lepas Melaka dilanda ribut, Alor Gajah, Kerubong dan di Gangsa, banyak rumah yang rosak. Kerajaan negeri memberi RM200 pada setiap yang terlibat.
  • Macam di Alor Gajah, lebih 40 rumah terlibat. Kerajaan Negeri belanja RM8000.00 untuk 40 keluarga. Boleh ditampung hanya dengan satu Plat sahaja iaitu MCC10, RM11,550.00
  • Sehingga hari ini masih ada rumah yang masih tidak berbumbung. Kenapa tak ditutup dengan MCC2 kalau tak cukup dengan MCC8.
  • Cuma jangan usik MCC1, tahu tak siapa punya ?

BENARKAH PRU KIAN HAMPIR ?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka bubar parlimen pada 11 November depan bagi membuka jalan kepada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) sekembalinya dari Mekah sekitar 6 November, seterusnya 1 Disember akan diumumkan sebagai hari penamaan calon dan 10 Disember (Sabtu) sebagai hari mengundi.

Demikian menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard.
Mengikut maklumat sumber dalaman yang beliau terima, tahun ini Najib dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor akan menunaikan ibadah Haji dan akan pergi ke Mekah dengan penerbangan terakhir.

Pemergian beliau ini juga dikaitkan dengan pembinaan dan pembaikan imej beliau dan isterinya yang teruk tercalar dengan beberapa isu.

“Diyakini telah disusun liputan media yang akan menyiarkan imej dan visual pasangan suami isteri ini mengerjakan ibadah Haji untuk memberikan satu persepsi baru kepada orang ramai khususnya dalam usaha mengepung undi orang Melayu.

“Jangan terkejut nanti kalau imej atau klip video Najib dan Rosmah memasuki Kaabah akan dimainkan tiap malam.

“Najib dan Rosmah dijadualkan balik dengan pesawat penerbangan khas sekitar 6 November. Selepas itu dia akan mengukur kejayaan misi hajinya selain dari membuat beberapa keputusan akhir menjelang tarikh penting 11 November”, katanya.

Nombor bertuah

CheguBard yang juga Ketua PKR Cabang Rembau memberitahu bahawa beliau difahamkan Najib memilih tarikh 11, 01 dan 10 kerana angka berkaitan 1 ini sengaja dipilih kerana mengikut nasihat paranormal dan tukang tilik yang menyatakan nombor berkaitan 1 merupakan nombor bertuah bagi Najib dan Rosmah.

Diyakini sehingga hari ini dari maklumat dalaman bahawa sah Najib akan mengikut tarikh ini walaupun ada pihak yang menasihatinya agar jangan mengadakan PRU awal dan secara mengejut.

“Pilihan raya awal ini dipercayai juga kerana krisis dalaman Umno yang semakin meruncing. Sudah ada pihak yang mahu menjatuhkan Najib dalam Umno sendiri. Najib tidak boleh membiarkan gejala ini merebak. Mereka yang terlibat perlu disingkirkan.

Namun sebelum itu Najib perlu mendapat mandat baru dan memastikan majoriti yang dinamakan sebagai calon PRU perlulah individu yang boleh menyokong beliau tanpa belah bagi”, ujar CheguBard.

Sementara itu, CheguBard turut menyatakan kebimbangan beliau bahawa Najib akan adakan PRU tanpa menunggu proses penambahbaikan pilihanraya.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat turun ke jalan raya sekitar di ibu kota bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil walaupun pihak berkuasa membuat berbagai sekatan dan halangan.

Najib sendiri akhirnya terpaksa mengakui bahawa kepincangan wujud dan proses pilihan raya memerlukan reformasi. Sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen diwujudkan untuk maksud tersebut.

Malangnya usaha Najib hanya pada kulit. Dalam mengumumkan langkah pemerkasaan demokrasi dalam negara tetapi beliau sendiri terus melakukan banyak kerja jahat dengan membunuh demokrasi ketika proses pilihan raya.

BN kurang ajar

“Isu penganugerahan istimewa orang asing dengan taraf warganegara secara mudah dengan syarat mengundi Barisan Nasional (BN) dilihat antara kemuncak kurang ajar BN ini.

“Justeru itu SAMM memberikan peringatan kepada Najib, Rosmah dan regim BN keseluruhannya, jangan ada sebarang PRU sehingga selesai proses penambahbaikan PRU khususnya melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0.

“Jika PRU diadakan sebelum proses reformasi maka PRU tersebut bakal menjadi PRU terkotor dalam sejarah negara,” ujar beliau.

Tegas CheguBard, “jika PRU tetap diadakan sebelum proses reformasi pilihan raya selesai maka PRU yang diadakan itu hanyalah penipuan dan hanya proses bohong yang hanya ingin memanjangkan hayat Umno dan BN.

“Najib dan regimnya mungkin boleh terus berdegil memanggil PRU dan jika ini berlaku yakinlah pasti akan ada mobilisasi terbesar rakyat dan SAMM tidak menolak kemungkinan kali ini bukan sekadar demonstrasi protes tetapi ia mobilisasi rakyat benar–benar untuk menumbangkan regim dan mobilisasi rakyat untuk memasuki Putrajaya”, tegas CheguBard.

Chegu Bard turut menegaskan mobilisasi rakyat kali ini akan benar–benar berwajah Malaysia dengan menolak sebarang sentimen perkauman.

“Dari pengamatan SAMM yang sama bergelumang di bawah, majoriti rakyat yang sedang terhimpit dengan kehidupan mereka, tidak redha BN terus mendapat mandat dengan cara menipu dan terus menghancurkan negara,” katanya.