Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 30 November 2011

Tindakan beberapa ahli kabinet Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjaga kebajikan pelajar ternyata tidak menyenangkan segelintit pihak.
Terbaru, gara-gara tidak mengikut beberapa prosedur rasmi universiti, tiga ahli MPP UTeM telah diberi surat amaran dan digantung tugas serta-merta daripada menjalankan tugas sebagai suara rakan-rakan mereka.
Noor Muhammad Jamaluddin Jusoh, (TYDP MPP), Nurul Atiqah Mohd Lazim (Exco Penerbitan dan Publisiti) dan Nurul Hidayah Omar (Exco Sukan dan Rekreasi) telah diberi surat pergantungan tugas berkuat-kuasa serta merta.
Mereka dituduh melanggar prosedur rasmi ketika menghantar satu memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin Oktober lalu (baca).
MPP sabotaj MPP?
Akan tetapi, satu pertanyaan telah timbul di mata warga kampus UTeM mengenai isu terbabit iaitu adakah terdapat ‘gunting dalam lipatan’ dalam Majlis Perwakilan Pelajar itu sendiri.
Ini berikutan berdasarkan surat berkenaan, surat berkenaan dilihat seperti dihantar oleh ahli kabinet Majlis Perwakilan Pelajar sendiri untuk menggantung tugas ketiga-tiga MPP terbabit.
Ketiga-tiga mereka sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung pergantungan terbabit.
Akan diperjelas hari ini
Sementara itu, menurut maklumat yang diterima, satu ‘Speaker Corner’ akan dianjur hari ini bermula jam 1 petang untuk menjelaskan berkenaan isu ini (pergantungan).
Selain itu, isu pindaan AUKU, isu klinik pelajar di UTeM juga akan diperjelaskan kepada warga kampus.

Tiada ulasan: