Ketua Persatuan Ulama Islam Antarabangsa, Dr Yusuf Qaradawi menolak seruan Presiden Palestin Mahmud Abas agar warga Arab dan kaum Muslimin mengunjungi Al-Quds sambil menegaskan haramnya berkunjung ke kota tersebut bagi selain warga Palestin.“Merupakan hak orang-orang Palestin untuk memasuki Al-Quds sesuka mereka, tetapi bagi selain warga Palestin, tidak boleh bagi mereka memasukinya.”
Beliau menambah, pengharaman lawatan tersebut bertujuan untuk tidak memberikan bayaran kepada penjajah kerana sesiapa yang berkunjung akan memberikan bayaran kepada kaum Zionis yang telah merampas negeri kaum Muslimin, sebab mereka akhirnya akan berinteraksi dengan kedutaan musuh tersebut untuk mendapatkan visa daripada mereka.“Kita selayaknya mempunyai perasaan memiliki Al-Quds dan sedia berjuang untuk ia kembali menjadi milik kita. Sesungguhnya tanggungjawab memerdekakan Al-Quds dan menyingkirkan penjajah Zionis adalah tanggungjawab umat Islam seluruhnya, bukan hanya tanggungjawab bangsa Palestin sahaja,” tegasnya.
Tambahnya lagi, tidak masuk akal jika kita biarkan warga Palestin berjuang bersendirian menghadapi Zionis yang mempunyai kekuatan tentera besar.“Sesungguhnya Al-Quds tidak akan dapat dikembalikan kecuali dengan peperangan dan jihad serta mengerahkan seluruh kekuatan bangsa Arab dan umat Islam.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan