Suruhanjaya urusan Arab di Dewan Perwakilan Rakyat Mesir, menyarankan supaya dikaji semula masalah persempadanan antara Mesir dan Gaza bagi urusan kemanusiaan.“Mesir wajib memenuhi kewajipannya meneruskan program kemanusiaan dengan memberikan bantuan kemanusiaan melalui perlintasan Rafah,” kata wakil suruhanjaya, Jamal Hanafi.
Beliau menjelaskan bahawa parlimen menyarankan penghantaran bahan bantuan untuk rakyat seperti keperluan bahan bakar untuk elektrik di Gaza, pada saat pemerintah Israel tidak memberi komitmen dengan syarat-syarat kemanusiaan selain tidak mahu memenuhi keperluan asas rakyat sebagai wilayah terjajah.Mesir seharusnya mendesak dunia antarabangsa melakukan tanggungjawabnya menamatkan sekatan Gaza agar bantun antarabangsa boleh mengalir ke sana.
sumber : Harmoni Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan