Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 17 Mac 2012

Iklan Red Bull Diharamkan Di Afrika Selatan

JOHANNESBURG - Pengeluar minuman tenaga jenama Red Bull, telah menarik balik iklan di Afrika Selatan setelah masyarakat Islam dan Kristian membuat bantahan kerana ia memaparkan imej Nabi Isa as berjalan di atas air.


Para biskop Roman Katolik telah menggesa penganut agama Kristian agar jangan minum Red Bull ketika menjalani puasa Lent, puasa yang sering diamalkan sebelum perayaan Easter bulan depan, namun tidak meminta penganut Kristian memboikot minuman itu.

Iklan dalam bentuk kartun televisyen itu membayangkan Nabi Isa berjalan atas air kerana dia telah mendapat tenaga daripada minuman tenaga ajaib dan tahu di mana batu tersembunyi di bawah air untuk dipijak.

Majlis Kehakiman Muslim Afrika Selatan, kelmarin, memberi amaran kesan ekstremisme sekular terhadap sebarang agama.

Dalam mesej kepada ketua Persidangan Biskop Roman Katolik Afrika Selatan, Kardinal Wilfrid Napier, majlis Muslim itu mengatakan iklan itu melukakan agama Kristian, Islam dan pertubuhan agama secara keseluruhan.

Awal sebelum itu, Kardinal Napier telah meminta penganut Katolik mendermakan wang yang dijimatkan daripada membeli Red Bull semasa Lent.

Dalam kenyataannya, pembuat minuman tenaga itu berkata iklan yang digunakan syarikat itu sering menggunakan tema yang dikenali ramai. 'Bukan niat kami melukakan hati sesiapa,' jelas Red Bull.

Katanya, iklan yang disiarkan Selasa lalu, ditarik balik keesokan harinya (kelmarin) dan ia kesal bahawa iklan itu telah menimbulkan kesan mendalam di kalangan masyarakat beragama.

Tiada ulasan: