Seramai sembilan pelajar yang dikenal pasti terlibat dalam kejadian membuli dan memukul seorang murid Tahun Satu, Faqrul Hakimi Mohd Kamarulzaman, 7, pada awal bulan ini, sudah dikenakan tindakan.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Abdullah Hanapi berkata, semua pelajar dari sebuah sekolah menengah itu telah digantung persekolahan selama dua minggu, sejak seminggu lalu.
Katanya, mereka yang merupakan penghuni sama di rumah anak yatim di Taman England, Sikamat itu, bertindak agresif apabila tidak berpuas hati dengan cara Faqrul Hakimi menyidai tuala mandi.
“Selepas siasatan dibuat, kita dapati kejadian berlaku di rumah kebajikan tersebut dan antara punca utama kejadian adalah disebabkan sembilan pelajar senior ini tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang membuang air kecil di tuala mandinya dan tidak menyidainya dengan baik. Hanya kerana itu, mangsa dipukul dan dicederakan sehingga lebam seluruh badan,” katanya.
Menurutnya, disebabkan tindakan tersebut, tujuh pelajar yang juga penghuni di Taman England, Sikamat itu, diambil tindakan gantung persekolahan selama dua minggu, manakala dua lagi dihantar pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
“Kami cuba berjumpa dengan mangsa dan ibunya untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian berkenaan namun gagal kerana mereka sudah pulang ke kampung di Jempol. Kami tidak dapat berjumpa dengan murid terbabit dan ibunya kerana tiada alamat lengkap,” katanya.
Abdullah berkata, rumah anak yatim berkenaan masih dalam proses pendaftaran dengan JKM berikutan terdapat beberapa dokumen belum lengkap.Sinar Harian pada 6 Mac lalu, melaporkan seorang murid Tahun Satu trauma ke sekolah selepas dipercayai dipukul hingga menyebabkan seluruh anggota badannya cedera dan lebam.Kejadian itu hanya disedari oleh ibunya pada 2 Mac lalu, kira-kira jam 7.30 petang selepas dia mengambil anaknya dari rumah anak yatim berkenaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan