Ternyata Umno BN sangat tertekan dengan komitmen kebangkitan rakyat apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dengan tegas memberitahu Dataran Merdeka tidak diwartakan untuk perhimpunan aman.
Nazri Aziz menegaskan perkara itu, sebaik sahaja Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan menganjurkan himpunan Bersih 3.0 bertemakan 'Duduk dan Bantah' di Dataran Merdeka pada 28 April ini.
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi (gambar) berkata, Nazri menyedari bahawa rakyat negara ini serius untuk melihat sebuah pilihan raya bersih dan adil ekoran banyak penipuan yang telah didedahkan.
"Nazri juga tahu, rakyat menyedari mereka telah diperbodohkan dan didodoi dengan irama janji dusta kononnya BN di bawah teraju Najib komited mendengar dan memenuhi hasrat rakyat melihat sebuah pilihan raya adil dan bersih melalui penubuhan PSC," katanya kepada Harakahdaily.
Hakikatnya, jelas Athirah harapan rakyat hancur berkecai mahu sebuah pilihan raya adil selepas PSC pula gagal menyantuni lapan tuntutan mereka pada 3 April lepas apabila Dewan Rakyat menolak laporan minoriti.
"Penolakan laporan minoriti itu, sebagai satu kemuncak penghinaan demokrasi negara kerana itulah perkara pokok yang dituntut oleh seluruh rakyat negara ini," katanya.
Justeru, katanya rakyat sudah tidak tahan dengan penipuan demi penipuan berlaku terhadap proses pilihan raya apatah lagi timbul pula ada konspirasi memberi kerakyatan kepada warga asing untuk mengundi dalam PRU nanti.
"Rakyat mana yang mahu gadaikan negara mereka kepada warga asing, Tengok suasana hari ini mereka sudah pun menguasai semua sektor pekerjaan yang ada dalam negara ini," katanya.
Sebelum ini, Nazri Aziz berkata Dataran Merdeka bukan merupakan tempat orang ramai dibenarkan untuk berhimpun walaupun secara aman.
Menurutnya, Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagai kawasan untuk mengadakan perhimpunan aman.
Dataran Merdeka cukup tersohor sebagai tempat orang ramai berhimpun dan duduk bersantai, bukan itu sahaja malah mat-mat motor juga memilih tempat ini sebagai 'port' mereka khususnya setiap malam minggu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan