Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 7 April 2012

GMI SERTAI BERSIH 3.0


Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) juga akan menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini sebagai tanda solidariti kepada reformasi pilihan raya.Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata, walaupun lapan tuntutan Bersih 3.0 semuanya berkaitan pilihan raya dan tiada kaitan dengan desakan memansuhkan ISA, namun ianya harus disokong ke arah kerajaan yang bersih.


"Bersih 3.0 memang ada tuntutan yang khusus. Tapi kami akan turun sebagai solidariti, sebagai tanda setiakawan kita kepada Bersih 3.0."Isu pilihan raya tetap ada kaitan dengan GMI dan mereka ini adalah orang-orang yang menyokong gerakan anti ISA," kata beliau ketika ditemui di pejabat Suhakam hari ini.


Syed Ibrahim juga berkata, GMI tidak teragak-agak untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran sekali lagi jika kerajaan tidak mengotakan janji untuk memansuhkan ISA."Kalau hendak menuntut kerajaan mansuhkan ISA, kami akan adakan himpunan berasingan dan khusus mengenai ISA."Kami berkemungkinan besar akan mengadakan himpunan sekali lagi jika kerajaan masih meneruskan ISA," katanya.


Beliau sebelum ini menyerahkan memorandum kepada Suhakam bagi membantah sikap kerajaan yang melengah-lengahkan pemansuhan ISA."Kami berharap Suhakam dapat memberi tekanan kepada kerajaan agar segera mengotakan janji untuk memansuhkan ISA kerana kami percaya suara Suhakam masih didengar," katanya.

Tiada ulasan: