Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 1 Mei 2012

55 tahun keganasan polis tak pernah berubah – Mapim

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyelar pemimpin kerajaan yang memperalat polis apabila berhadapan kemarahan rakyat hanya kerana mahu mengekalkan kuasa secara jijik.

Menyifatkan tindakan polis menggunakan kekerasan terhadap peserta Bersih 3.0, sama seperti dilakukan dalam perhimpunan sebelum ini, memberikan interpretasi kepada rakyat bagaimana agensi itu dijadikan kuda tunggangan kerajaan.

Menurut Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid, tindakan ganas polis itu tidak pernah berubah sejak zaman penjajah hingga 55 tahun selepas merdeka yang masih sama.
“Tindakan ganas polis selalunya dijustifikasi oleh pihak atasan dan pemimpin parti politik pemerintah. Akhirnya rakyat jugalah yang dipersalahkan. Kadang-kadang menambahburukkan lagi polis yang berpakaian awam turut bertindak ganas membelasah dan menangkap orang ramai secara rambang.

“Dari barat hingga timur, tidak ada beza polis dalam bertindak, yang mereka tahu membelasah, memukul dan menembak ke arah pendemonstran yang tidak bersenjata,” katanya pada kenyataan.

Tambah beliau, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyebelahi polis dengan kenyataan ‘dangkal’ sengaja menghina rakyat.“Kenyataan Perdana Menteri mengatakan bahawa polis yang menjadi mangsa bukan peserta demonstrasi adalah kenyataan yang menghina puluhan rakyat yang dipukul tanpa belas kasihan.“Bila beliau mengatakan semua pihak jangan membuat rumusan sebelum siasatan dilakukan, bermakna beliau juga sepatutnya tidak dengan mudah menuduh mereka yang berdemonstrasi dengan kata-kata keras,” katanya.

Tiada ulasan: