Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 1 Mei 2012

Bersih 3.0: Keganasan polis seperti zaman Hitler dan Stalin – Anwar

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keganasan Kerajaan Umno BN terhadap peserta Bersih 3.0 menyerupai pemerintahan kuku besi pada zaman Adolf Hilter di Jerman dan Stalin di Kesatuan Soviet.

Beliau berkata, Umno BN tidak mempeduli tuntutan rakyat untuk mendapatkan pilihan raya bersih, sebaliknya menjadikan mereka mangsa keganasan.
“Pemerintahan kuku besi di mana-mana sahaja tidak akan menyebut punca kemarahan rakyat, tidak mempeduli tuntutan rakyat tetapi menjadikan rakyat sebagai mangsa.
“Ia sama seperti pada zaman Hitler, Starlin, Burma (sebelum ini). Mereka yang membantah akan menjadi penjenayah, (manakala) penindas dianggap bersih,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
Anwar berkata, kejayaan perhimpunan Bersih 3.0 menarik ratusan ribu rakyat hadir merupakan hari ‘merdeka’ rakyat.
Beliau berkata, kehadiran rakyat diibarat pesta yang dahagakan kebebasan dan pilihan raya adil.
“Lebih 300,000 rakyat hadir menuntut pilihan raya adil dan bebas. Dengan satu suara, anak muda, wanita, rakyat biasa dari semua kaum dan (lapisan) umur datang dengan kekuatan dan semangat untuk menuntut kebebasan dan mahu keadilan ditegakkan.
“Mesej mereka jelas, negara merdeka tidak boleh memperhamba dan memperbodohkan rakyat. Bersih 3.0 adalah impian rakyat Malaysia bahawa keabsahan pemerintah sekarang dan masa depan mestilah diputuskan melalui demokrasi yang bersih,” katanya.

Hadir sama dalam sidang media itu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya, Azmin Ali; Naib Presiden, Tian Chua serta bekas veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Tiada ulasan: