ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menyatakan tentang hutang kerajaan Melaka terhadap Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM865.9juta pada tahun 2011 seperti yang ditanya soalan lisan kepada dewan baru-baru ini.
Semenjak dikendalikan oleh Ketua Menteri, Ali Rustam ketika memenangi pilihanraya pada tahun 1999 semasa PRU-10, hutang Kerajaan Melaka terhadap Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM482.4juta.
Penggal yang seterusnya iaitu penggal kedua menjadi Ketua Menteri pada tahun 2004 atau pada pilihanarya PRU-11, hutang Kerajaan Melaka terhadap Kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM978.4juta.
Tahun 2008 pula iaitu semasa PRU-12, hutangnya berkurang kepada RM441.8juta namun selepas 4 tahun ia meningkat kepada RM865.9juta pada 2011 dan dijangka akan meningkat sehingga ke RM1bilion pada 2012
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan