Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 30 Mei 2012

Melaka Bakal Muflis Jika BN Terus Berkuasa

Terkini keadaan rizab tunai kerajaan Melaka yang berakhir pada 2011 menunjukkan bahawa adalah RM8.26juta dan kemungkinan rizab tunai itu akan menurun lagi pada tahun yang akan berkahir 2012. Bolehkah Melaka dapat diselamatkan ekoran rezab tunainya di bawah angka RM10juta? Jangan sampai Melaka muflis di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Ali Rustam. Semenjak menjadi Ketua Menteri Melaka bermula pada tahun 1999, rezab tunai pada tahun 1999 adalah RM234.00juta. 

Rezab tunai itu semakin menyusut selepas 13 tahun Ali Rustam sebagai Ketua Menteri Melaka. Cuba kita kira dari PRU-10 hingga PRU-13 berapakah nilai penyusutan itu berlaku dan kenapa rakyat tidak sedar berkaitan rezab tunai ini? Penggal pertama Ali Rustam sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1999 pada PRU-10, rezab tunai kerajaan Melaka adalah berjumlah RM236.00juta. Mungkin ramai yang melihat angka ini besar dan akan lebih besar lagi sekiranya di bawah pentadbiran Ali rustam namun sasaran itu merosot dan tidak tepat. Kita simpulkan bahawa ada tiga angka. 

Penggal kedua pula menyaksikan Ali Rustam sebagai Ketua Menteri pada tahun 2004 pada PRU-11, rezab tunai menyusut lagi ke angka RM52.79juta. Penyusutan dari tiga angka terus kepada dua angka dan ini telah merisaukan status kewangan kerajaan negeri pada ketika itu. Walaupun BN menang besar pada tahun tersebut, rezab tunainya telah mengecil. Penggal ketiga bagi tahun 2008 atau pada PRU-12 ketika memerintah Melaka, rezab tunai kerajaan Melaka adalah pada RM12.27juta dan pada tahun lepas rezab tunai menyusut lagi kepada nilai satu angka sahaja iaitu pada RM8.26juta bagi tahun 2011. Apakah Melaka akan berhutang selepas PRU-13 sekiranya masih di bawah BN? Perkiraan senang bahawa hidup di bawah pemerintahan BN, sesebuah kerajaan itu boleh muflis ekoran pemborosan yang melampau. Jawapan ini merupakan jawapan lisan pada persidangan DUN pada 5 - 8 March 2012 yang lalu.~PAS MELAKA

 

Tiada ulasan: