Selepas perdebatan 'secara langsung' dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada bulan Februari, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menerima satu lagi jemputan untuk berdepan dengan musuh politiknya pada 8 Julai ini.
Setiausaha akhbar Lim menghantar salinan surat jemputan tersebut kepada pihak media pagi ini.Tidak pasti sama Soi Lek bersetuju untuk menghadiri debat tersebut. Bertajuk 'Debat Lim-Chua 2.0', surat itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Datuk Michael Yeoh.Perdebatan ditetapkan dari jam 2.30 hingga 4.30 petang tetapi tidak dinyatakan tempat dan bahasa bagi debat tersebut.Tajuk debat tersebut ialah 'DAP dan MCA: Dasar siapa yang memberi faedah lebih baik kepada masyarakat?'.Ini akan meliputi dasar pendidikan, penjagaan kesihatan, kemakmuran ekonomi, khidmat masyarakat, perpaduan negara, kebajikan awam dan pembasmian kemiskinan.ASLI - sebuah badan pemikir tanpa keuntungan - telah menganjurkan debat pertama Lim-Chua sebelum ini.

Hadirin tidak akan dapat mengemukakan soalan secara terus dalam pusingan kedua perdebatan antara Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana pihak penganjur sedang merangka format baru.
Bercakap dalam sidang akhbar petang ini, Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) yang menganjurkan debat tersebut, Datuk Michael Yeoh berkata, hadirin perlu mengemukakan soalan mereka terlebih dahulu atau menulis pada kad.
Katanya, keputusan itu dibuat kerana terdapat tuduhan wujud berat sebelah dan tidak adil sewaktu sesi soal jawab dalam perdebatan sebelumnya.
Dalam perdebatan Lim dan Chua pada 18 Februari lalu terdapat aduan dari ahli DAP yang mereka tidak diberi peluang untuk mengemukakan soalan walaupun lama menunggu.
Dalam sesi soal jawab tersebut seorang ahli MCA yang kurang
dikenali, Jessie Ooi (kanan) menjadi 'bintang' dan mendapat gelaran 'Ms Tow Truck' kerana berapi-rapi mengemukakan soalan kepada Lim mengenai dasar kerajaan negeri Pulau Pinang.
Perdebatan bertajuk - Debat 2.0: DAP dan MCA: Dasar siapa memberi lebih faedah kepada negara? - akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway, Sunway Pyramid pada 8 Julai.
Dikendalikan dalam Bahasa Inggeris, debat tersebut akan berlangsung selama dua jam - dua kali ganda masa perdebatan sebelumnya.
Yeoh berkata beliau menjangka pedebat akan merangkumi bidang seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, kemakmuran ekonomi, perkhidmatan komuniti, perpaduan nasional, kebajikan awam dan pembasmian kemiskinan.
Menjelaskan mengenai tajuk debat tersebut, beliau berkata, terdapat keperluan yang lebih besar untuk memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai dasar-dasar awam ekoran pilihan raya umum yang semakin hampir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan