Kartunis Cepoi atau nama sebenarnya Md Amin Osman, 42, diheret, dipukul dan dipijak di muka oleh polis meskipun bersurai selepas himpunan Bersih 3.0.
“Kejadian jam 7 malam di kedai mamak dekat Lebuh Ampang, polis yang beruniform menyerbu masuk dan menangkap siapa saja yang pakai baju kuning.
“Saya ditarik keluar ketika sedang makan. Kemudian ditiarapkan ke lantai, dipijak di badan dan di muka. Ada polis ambil kesempatan tendang dan tumbuk,” katanya kepada KeadilanDaily.
Beliau berkata, kamera Nikon E500 miliknya bernilai RM2,600 dirampas dan dipecahkan manakala kad memorinya dibuang.
Cepoi yang menyertai semua himpunan Bersih sejak 2007 tetapi mengakui polis kali ini lebih zalim, malah sehingga dibawa ke Pulapol jam 8.30 malam, beliau bersama 20 lagi tahanan tidak diberi rawatan.
“Muka saya bengkak. Tapi ada yang lebih teruk. Berdarah-darah. Ada juga warga tua. Tapi, ini tidak melunturkan semangat saya untuk terus berjuang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan