
Mohd Haijan memakai baju berwarna kuning dan selapis baju berwarna putih ketika perhimpunan itu berlangsung.Beliau membuka helaian baju putih kerana dalam perjalanan pulang ke rumah dan bimbang ia mungkin menyebabkannya dipukul polis.Peguam Lawyers for Liberty itu menambah, dua anggota polis itu terus memukulnya walaupun selepas menyatakan beliau seorang peguam.
Kemudian, katanya, tiga anggota polis tiba dan memukulnya walaupun beliau sudah ditahan, malah turut dipukul dua lagi anggota polis ketika dibawa ke Dataran Merdeka.Beliau luka di bahagian mata kiri, bengkak di rahang dan lebam di tubuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan