Majlis Peguam akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah Sabtu lalu.
Menurut surat pekeliling rasmi yang disiarkan portal berkenaan tengah hari tadi, EGM itu akan diadakan 11 Mei ini di sebuah hotel di ibu negara.
EGM tersebut bagi membincangkan usul Pengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee berhubung peristiwa dan sekitar perhimpunan pada 28 April lalu termasuk perkara-perkara yang berkaitan.
Turut dinyatakan, EGM itu memerlukan penyertaan 500 anggota.
Dalam himpunan itu, Majlis Peguam menurunkan pasukan pemantauan seramai 78 anggota.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan