Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 30 Mei 2012

Patutlah Tak Tangkap .. Rupanya Geng Dia




Sewaktu PAS membentangkan Enakmen Jenayah Syariah pada tahun ketika memerintah negeri Terengganu pada tahun 2002, Umno memperlekeh dan menghina langkah PAS mahu melaksanakan Islam itu. Tiba-tiba, Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, PAS yang meluluskan Undang-undang Islam itu ditudh oleh Umno yang tidak mahukan Islam sebagai ‘Parti Ajaran Sesat’.

Menurutnya, ‘tembelang’ Umno itu pecah,apabila Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan soalan berkenaan perkara tersebut pada Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan April 2012 yang baru lalu."Akhirnya Dato’ Seri Tuan Guru tanya dalam Sidang Dewan baru-baru ini, sila nyatakan ajaran sesat yang ada di negeri Terengganu yang telah diwartakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan pejabat Agama sendiri,

“Exco kerajaan negeri YB Batu Rakit mewakili kerajaan dia sebut, ada empat ajaran sesat dalam negeri kita,”jelasnya.Ustaz Mohd Nor berkata, kerajaan negeri menjawab, ajaran sesat tersebut adalah ajaran Ayah Pin, ajaran Aurad Muhammadiyah, ajaran azhar Abdul Wahab dan Syarikat Rufaqa Corporation dan rangkaiannya yang menganuti dan membawa Aurad Muhammadiyah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Kampung Banggol Pauh, dekat sini pada Ahad malam 27 Mei.Sebaliknya, menurut Ustaz Mohd Nor, menurut kajian yang dibuatnya, Umnolah yang sebenarnya parti melindungi ahli-ahlinya yang mengamalkan ajaran sesat.Beliau menegaskan, individu yang mengaku menjadi Rasul Melayu Abdul Kahar Ahmad dan pengamal ajaran ‘kerajaan Langit’ Ayah pin adalah ahli umno yang aktif.“sebab apa Umno tidak menangkap Abdul Kahar kerana beiau adalah ahli Umno nombor ahli 0011339 jadi ahli Umno bahagian Gombak statusnya aktif dalam Umno,“Ayah Pin adalah ahli Umno cawangan Batu 13 Hulu Besut memegang keahlian bernombor 00791672,”jelasnya.

Tiada ulasan: