Wartawan wanita dari portal Merdeka Review, Chen Shaua Fui dikasari polis semasa beliau sedang merakam gambar anggota polis memukul peserta perhimpunan di sebuah restoran di Jalan Tun Perak.
Dalam kejadian jam 7.30 malam Sabtu lalu itu, Chen dilapor berkata, polis cuba merampas kamera selain kad media dan menendang kad pengenalannya.Katanya, anggota polis terbabit mengheret dua peserta berkenaan yang sedang makan dan memukul individu berkenaan.“Saya ingin merakam gambar tetapi diberi amaran oleh polis supaya tidak berbuat demikian, jadi saya tak (rakam gambar).
“Kemudian mereka pergi ke restoran lain di mana dua orang yang lain sedang makan. Polis tersebut meminta mereka menanggalkan baju mereka, menahan dan memukul mereka.
“Saya mahu rakam foto dan ketika itulah mereka pegang saya,” katanya, lapor Malaysiakini.
Menurut Chen, salah seorang anggota berkenaan memegang tangan kanannya manakala seorang lagi memegang tangan kirinya.
Sementara itu, wartawan Al Jazeera, Harry Fawcett turut dikasari 10 hingga 15 polis berpakaian seragam ketika beliau bersama jurukameranya, Ray Nones cuba merakam tindakan anggota berkenaan ke atas sekumpulan peserta himpunan.Fawcett berkata, beliau melihat tiga anggota polis memegang seorang lelaki dan pada masa sama, seorang polis itu menendang lelaki berkenaan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan