Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 1 Mei 2012

Polis mirip Zionis Israel – Dewan Pemuda PAS

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar perlu bertanggungjawab ke atas insiden keganasan oleh anggotanya semasa himpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor berkata, KPN jelas gagal memastikan perhimpunan berjalan aman dan mengawal anggota bawahannya dengan baik sehingga ramai orang awam termasuk wartawan cedera dipukul.“Tindakan PDRM adalah tindakan ganas amat keterlaluan dan ia mirip Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

“Apa yang disaksikan melalui video yang diambil oleh orang ramai membuktikan pihak polis terlebih dahulu membuat provokasi dan membelasah orang ramai yang ditangkap dengan sesuka hati.“Mereka juga bertindak ganas menangkap dan memukul peserta Bersih dua jam selepas perhimpunan bersurai,” katanya dalam satu kenyataan.Riduan berkata, tindakan kejam polis menunjukkan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mungkir janji meskipun pada awalnya mereka berjanji untuk membenarkan perhimpunan Duduk Bantah ini berlangsung aman.
“Jika orang awam yang ditohmah menceroboh Dataran Merdeka menjadi sebab tindakan ganas polis, mengapa orang ramai lain yang berkumpul di lokasi luar dari Dataran Merdeka menjadi mangsa?
“Mengapa ribuan orang awam lain mesti menjadi mangsa keganasan ini? Sepatutnya mereka yang menceroboh Dataran Merdeka sahaja ditangkap, bukan mereka yang berkumpul di merata-rata kawasan lain?” soal beliau.

DPPM turut sedih kerana polis menjadikan orang awam termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas sebagai mangsa.Kata Riduan, PDRM gagal mengenal pasti yang mana rakyat bawahan yang perlu dilindungi, dan yang mana penjenayah yang perlu diperangi.“DPPM yakin, jika polis tidak mengambil tindakan apa-apa (provokasi) perhimpunan Bersih 3.0 berlangsung aman dan tenteram.“Berikutan itu, DPPM mendesak KPN bertanggungjawab ke atas insiden ini dengan meletak jawatan serta merta,” kata Riduan.

Tiada ulasan: