Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 20 Jun 2012

DATUK ALI HAMSA KSN BARU MALAYSIA

Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru akan menggunakan pendekatan turun padang bagi mendekati anggota perkhidmatan awam, sekali gus mengeratkan hubungan sesama mereka. Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di Jabatan Perdana Menteri yang akan menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu juga bertekad meneruskan usaha meningkatkan keupayaan pelaksanaan dasar, projek dan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat.

 Saya amat menghargai kepercayaan Perdana Menteri dan akan berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan kakitangan awam. Sistem penyampaian kerajaan akan terus diperkasakan supaya rakyat mendapat manfaat. - Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

 “Kita akan sama-sama meningkatkan produktiviti supaya rakyat menghargai dan memuji perkhidmatan kerajaan yang ketika ini sudah berada di landasan yang baik,” katanya. Mohd Sidek akan tamat kontrak perkhidmatannya Sabtu ini, manakala pelantikan Ali yang sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, berkuat kuasa Ahad ini.

 Ali, 57, dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Alam Sekitar dan Ekonomi dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat. Beliau dilantik Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Januari 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Ali mempunyai pengalaman kerja yang luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri mulai 16 Disember 1997 hingga 21 April 2009 dan Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Trans-formation & Advancement sebelum bertugas sebagai Ketua Pengarah UKAS pada 22 April 2009. Beliau juga berkata banyak program yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Mohd Sidek akan diteruskan termasuk Strategi Lautan Biru dan Pasukan Petugas khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).

 “Saya amat menghargai kepercayaan Perdana Menteri dan akan berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan kakitangan awam. Sistem penyampaian kerajaan akan terus diperkasakan supaya rakyat mendapat manfaat,” katanya.

 INFO: Ketua Setiausaha Negara 

 Pelantikan Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. 
 Tidak boleh dipengaruhi atau terbabit secara aktif dalam politik. 
 Fungsi dalam Kabinet/kerajaan negeri
 Setiausaha Kabinet bagi Kerajaan Malaysia Setiausaha Mesyuarat Jemaah Menteri dan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri 
Setiausaha Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri 
Setiausaha Mesyuarat Khas Peringkat Menteri bagi Mengkaji Kemajuan Pelaksanaan Keputusan-Keputusan Laporan Antara Kerajaan (IGC) 1962.

Tiada ulasan: