Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 10 Jun 2012

DPPM PERKENAL KAFFAH

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meningkatkan lagi kualiti pengajian PASTI dengan memperkenalkan kelas fardhu ain dan fardhu kifayah (Kaffah).Menurut Ketuanya, Nasrudin Hassan, Kaffah merupakan kurikulum lanjutan PASTI yang menyediakan kelas tambahan selepas waktu persekolahan. "PASTI merupakan projek DPPM yang dikenali di seluruh negara, jadi kami memperkasakan lagi PASTI dengan melancarkan Kaffah sebagai usaha berterusan ke arah perkembangan potensi anak-anak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.Nasrudin berkata, matlamat penubuhan Kaffah adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kecintaan yang tinggi kepada Allah dan Rasul serta mencintai al-Quran. 

 Selain itu, ia juga untuk melahirkan pelajar yang melaksanakan tuntutan ibadah selain melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak yang baik."Kaffah juga akan melahirkan pelajar yang memiliki sifat ghairah yang tinggi kepada Islam dan mampu memasyarakatkan Islam dalam lingkungan persekitarannya," katanya.Waktu pembelajaran Kaffah pula, bagi sekolah satu sessi dan separuh sessi, ia mengikut kesesuaian dan keperluan pihak pengurusan sekolah, dimasukkan dalam jadual asal yang sedia ada. Manakala kelas hujung minggu boleh dibuat dalam bentuk tuisyen selama tiga jam 30 minit untuk sehari iaitu pada Sabtu dan Ahad.Sementara itu, tenaga pengajar pula terdiri daripada guru-guru PASTI sendiri atau tenaga pengajar luar secara separuh masa.Orang ramai yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Kaffah boleh berurusan di Sektor Kaffah Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia di setiap negeri.

Tiada ulasan: