Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 8 Jun 2012

TOK GURU SAMBUT BAIK SIAR MANIFESTO DI RTM

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan parti politik menyiarkan manifesto mereka di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Menteri Besar Kelantan itu berkata langkah itu sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi apabila pemimpin dipilih melalui proses pengundian yang sah.

"Saya lebih daripada setuju (dengan cadangan tersebut)," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian projek usahasama antara Majlis Daerah Gua Musang dan Syarikat True Impression Sdn Bhd di Kota Bharu hari ini.Usahasama itu membabitkan pelaburan kira-kira RM20 juta untuk pembangunan Bandar Lama Gua Musang yang bakal menyaksikan pembinaan unit kedai, pejabat, rumah berkembar dan banglo yang dijangka siap dalam masa 18 bulan.

Semalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata parti politik kini dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM setelah kertas Kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri.Rais hari ini menjelaskan butiran terperinci mengenai peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi setiap parti politik yang ingin berbuat demikian akan dikeluarkan selepas pembubaran Parlimen.Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz berkata gua batu kapur yang banyak terdapat di Gua Musang akan dimanfaatkan sebagai tarikan pelancongan baharu melalui pemeliharaan lebah termasuk lebah kelulut.Beliau berkata Gua Musang yang kaya dengan alam semula jadi dilihat berpotensi untuk kegiatan memelihara lebah untuk tujuan pelancongan.

"Saya minta pihak berkenaan cari gua tertentu untuk pelihara lebah dan tak ganggu madu yang dihasilkan sebagai satu tarikan pelancongan. Kalau nak guna madu untuk tujuan komersil, kena cari gua lain (untuk tujuan tersebut)," katanya.Beliau turut menyarankan supaya tinja (najis) yang dihasilkan kelawar di gua dijadikan baja organik.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan.

- Bernama

Tiada ulasan: