JERLUN - Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.
“Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.
“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.
Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.
“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,” katanya.
Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno.
“Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat kita tidak tercapai.
“Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap.
“Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud,” katanya. -SH
Ulasan GB
Nyanyuk Mahathir semakin menjadi-jadi mutakhir ini.
Beliau mengajak PAS menyertai UMNO untuk laksanakan hudud sedangkan:
1) Mahathirlah orang yang pernah menuduh PAS lebih bahaya dari komunis
2) Mahathirlah orangnya yang telah menghantar surat kepada TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengamcam untuk mengambil tindakan jika TG MB Kelantan itu ingin terus melaksanakn hudud
3) Mahathirlah orangnya yang mempersendakan hudud selama ini dengan pelbagai tuduhan yang diantara lainnya menyatakan hukum hudun adalah undang-undang yang tidak adil kepada rakyat Malaysia
4) Mahathirlah orangnya yang telah memulakan sekatan pembangunan di negeri-negeri yang dikuasai PAS khususnya Kelantan
5) Mahathirlah orangnya yang telah mengkhianati perjanjian royalti Petronas dengan menukarkan wang ehsan.
Justeru itu kenyataannya mengajak PAS menyertai UMNO hanya satu sandiwara politik semasa untuk menyelamatkan kareer politik anaknya, Mukhriz yang umum mengetahui UMNO Kedah ini terus menerus menghadapi zaman gelap gelitanya...~Greenboc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan